Miss Reporter vs Mr Milliionaire ~ Lana Sophilea

BAKI 2 NASKAH SHJ


habis tiada reprint
RM38 SEM  / RM40 SS
termasuk postage
“Here it is, Mr. Amril.” Mr. Chong datang semula dengan dua beg plastik berwarna putih di tangan. Am mengeluarkan kad dari dalam dompet Pradanya. Dompet sama yang aku nampak sewaktu kami berdua berbincang dalam bilik pejabatnya minggu lalu. Tak pasti pula sama ada ia kad debit atau kredit.



Hmm, tak kisahlah. Dia banyak duit. Tidak kira berapa banyak kali pun dia swipe kad itu, esok-esok pertambahan postitif juga. Selesai berurusniaga, mereka sekali lagi bersalaman dan kami keluar dari kedai tersebut.


“Nah.” Am hulur sebuah beg itu dekat aku. Terpinga aku dibuatnya. “Kali ni aku belanja kau. Kau dah belanja aku aiskrim, Hundred Plus dan ayam goreng Suharti, kan? So, this time round, biar aku belanja kau pulak.”

“Eh, takpe. Saya okey kot. Saya belanja bukannya nak mintak bos balas pun,” aku cakap jujur. Hmm, separuh jujur sebenarnya.

Yeah, aku tahu sebelum ini aku pernah cakap nak claim dekat company. Dan asyik merungut bila dia minta aku keluarkan duit belanja dia. Tapi aku tak bermaksud nak dia balas balik dengan sesuatu yang mahal. Belanja makan pun dah lebih dari cukup kut. Agak menakutkan juga bila Mr. Millionaire tetiba belanja. Sekali belanja mahal terus pula tu. Ada maksud apa-apa ke? Aku pula yang risau dan mula berfikiran negatif.

“No, Arisa. Aku dah belikan untuk kau. Nak tak nak, kau kena ambil jugak. Lagipun, kau dah susah payah ikut aku hantar flyers ke mailbox orang hari ni. Ni sebagai penghargaan aku kat kau.”

“Eh, takpe. Saya okey, bos. Serious no. No...” Aku tolak serius.

Bukannya apa. Aku jenis tak pakai jam. Jam tu aku nak buat apa pulak?

“Arisa...” Panggilnya keras. “Aku kira sampai tiga aje.” Hish, macam cikgu sekolah rendah aku pula main kira-kira. Nak tak nak, akhirnya, aku ambil juga.

“Thank you.”

“Welcome,” balasnya memakai jam tangan Patek Phillipe. Jam tangan Rolex dia sudah simpan dalam bekas dan masukkan ke dalam dashboard kereta.

“Buka dan tengoklah,” suruhnya bila perasan aku asyik memandang dia menukar jam tangan.

“Err, saya sebenarnya jenis tak pakai jam...” kan dah tak berguna jam tangan yang kau beri ni, bisikku dalam hati.

“Kau ni bukan jenis sukan. Bukan jugak jenis pakai jam. Kau jenis apa sebenarnya?” Am menyoal apabila keretanya sudah keluar dari petak parkir. Tergelak aku dengar soalan dia. Bila dia cakap macam itu, barulah aku perasan aku ini jenis apa aku sendiri tak tahu. Entahlah aku ini. Tidak ada minat yang spesifik.

“Entah,” jawabku disertakan gelakan. 

“Kau tak pakai jewelleries jugak ke?” Malunya bila dia tanya macam itu. Secepat itu aku tarik lengan baju kurung. Dia perasan ke yang lengan, tangan dan jemari aku ni tidak ada satu barang kemas pun? “Biasanya perempuan suka benda-benda macam ni...” tambahnya lagi.

“Kiranya saya bukan perempuanlah tak suka benda-benda begitu?”

Dia geleng perlahan. “Kenapa tak pakai?”

“Err...” Aku nak jawab apa?

“Saya tak suka sebenarnya. Pakai jam atau gelang, mesti tersangkut. Pakai cincin... tak biasa, tak selesa.”

“Kalau kahwin nanti takkan tak nak pakai cincin?”

Hmm, entahlah kenapa kami bincangkan topik ini.

“Saya akan usaha untuk selesakan diri.”

“Kau ni pelik dan rare, tau tak?”

“Entah,” jawabku sepatah.

“Ke, kau sengaja je tunjuk baik depan aku?”

“Hmph, boleh blah!” Ketawanya meledak.

“Kat mana rumah kau? Aku hantarkan terus.”

“Eh, tak payah. Kereta saya ada kat ofis lagi. Turunkan aje depan ofis.”

Hmm, kenapalah dia baik sangat kat aku hari ni? Rasa tetiba aje.

“Aku insist. Tunjukkan jalan. Kalau tak, aku bawa aje kau ke rumah aku.”

Haish! Dia ni dah kenapa menyusahkan diri hantar aku? Terpaksalah aku jadi waze dia saat itu dan dia hantar aku betul-betul depan rumah.

“Thank you,” ujarku kembali menghadapnya sebelum menutup pintu kereta.

“You’re welcome. Assalamualaikum, Arisa.”

“Ya, waalaikumsalam, Mr. Millionaire... See you tomorrow.” Aku tutup pintu kereta dia. Dia pijak accelerator. Aku masuk ke dalam rumah. Yana belum balik. Esok, aku kira nak tumpang Yana. Aku terus masuk dalam bilik. Teringin pula nak tengok dan buka hadiah penghargaan dari Mr. Millionaire tadi. Dengan cermat aku buka...

Bukan jam.

Tapi rantai emas putih yang bertulis nama aku dalam tulisan berangkai.

Gila Mr. Millionaire ni! Dah kenapa bagi aku rantai pula? Emas putih pula tu. Memang tak boleh refund balik!
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment