MEMANG SALAH DIRIKU ~ HANI FAZUHA

COMING SOON
LIMITED EDITION ~ HANI FAZUHA
MEMANG SALAH DIRIKU -
teaser 1
*****
“Kau pergi temu duga dengan siapa? Kenapa aku tak tahu?” Naik setakuk nada suaraku. Bukan apa, dia keluar tanpa aku tahu. Kalau jadi apa-apa, macam mana aku nak menjawab dengan mama dan juga Nek Yong?
“Saya... minta tolong along.” Suara dia kali ini teragak-agak. Mungkin terkesan dengan nada meninggi yang aku gunakan.
Mendengar jawapannya aku bukan saja nak menjerit tapi rasa nak telan orang hidup-hidup. Lamanya aku hanyut dengan dunia kerja sampai tak tahu apa yang berlaku di sekitar aku. Along balik Autralia semalam pun aku tak sempat nak jumpa dia sebelum bertolak.
“Maaf kalau awak marah. Saya bukan sengaja tak nak beritahu tapi sebab awak pernah cakap jangan semakkan fikiran awak yang sudah sedia semak dengan segala aktiviti saya. Dan awak juga kata awak tak kisah pun saya nak buat apa. Saya fikir, saya tak nak semakkan fikiran awak dan saya fikir awak tak kisah. Sebab itu saya tak beritahu. Saya...”
“Ada aku cakap aku marah?” Aku potong bicaranya yang panjang lebar macam orang tak bernafas tu. Tak nak mengaku yang aku marah.
“Ada aku cakap aku kisah?” Aku keluarkan lagi ayat untuk nampak sarkastik. Sebabnya, aku tak nak nampak yang aku sudah kalah dalam situasi ini.
Betullah aku yang kata begitu. Dan sekarang aku pula yang tak puas hati bila dia buat sesuatu tak beritahu aku.
“Jadi, saya boleh la mula kerja?” Dia tanya lagi, nada seperti teruja.
Aku pandang muka dia dan dia senyum. Tiba-tiba aku jadi tak tahu nak cakap apa. Serius, aku tak pernah tengok dia senyum begitu pada aku.

No comments:

Post a Comment