LAST SET TRIO KOMBO

LAST SET TRIO KOMBO
RM95.00 SM / RM100.00 SS
*NOVEL MISS REPORTER BAKI STOK 1 NSKAH SHJ!!
miss reporter vs mrmillionair
“Hish, saya tak nak.” Aku lihat sekeliling. Memang aku tak salah. Semua yang ada di sini adalah pasangan couple. Ada pula yang aku nampak macam muka budak perempuan yang masih muda. Belasan tahun. Galak berpelukan dengan pakwe tanpa segan silu. Tak ingat mak ayah dekat rumah. Tak ingat Allah. Matilah aku kalau tempat ini diserbu. Dengan diorang semua sekali aku ditangkap. Ya Allah, menakutkannya tempat macam ni!

“Kau takut ke?” Am pandang aku.

“Ya, saya takut. Saya tak suka tempat macam ni. Kalau bos nak, bos turunlah seorang. Bagi saya kunci kereta, saya nak balik. Saya takut...” Dengan beraninya aku hulur tangan. Berdoa agar dia serahkan kunci kereta dia.



“Rare kau ni...”

Rare tak rare, aku nak blah dari sini. Itu bukan point utama sekarang. Point utama adalah kehormatan dan keselamatan aku. Sudahlah iman senipis kulit bawang. Kalau tak pertahankan sekarang, aku takut ada orang ketiga antara kami.



Tak jadi Am keluar, dia terus hidupkan kereta dan kami terus blah dari tempat itu. Bergegar jantung dan seluruh tubuhku dia bawa aku ke tempat menakutkan itu. Dia ingat aku ini sama macam orang-orang di tempat itu ke? Sekarang pun aku sudah tidak dapat percayakan dia lagi. Tidak mustahil dia tidak ada niat lain dekat aku sebab hanya kami berdua sahaja sekarang. Kalaulah dia bunuh aku dan urgh...

Ah, gila, Arisa! Fikiran aku dah fikir benda pelik-pelik dah.

“Tempat tu bukan semuanya couple yang datang. Ada aje yang datang dengan kawan-kawan.”

Hmph, nak aku fikir yang baik-baik sajalah tu. Sorry. Aku dah tak dapat fikir benda yang baik sekarang sebab dah nampak keadaan sebenar macam mana. Jangan nak cuba pengaruh fikiran aku jadikan positif. Takkan berjaya!

“Aku nak bawa kau tengok bintang, cantik bintang kat sana.”

“Tak perlu, thanks. Kat mana-mana pun boleh tengok bintang. Kat rumah saya pun boleh aje nampak bintang.”

Am senyum dengar komen aku. “Ye, aku tahu. Tapi kat sana boleh nampak everything.”

“Everything macam budak belasan tahun bercouple, kan? Berpelukan dengan pasangan masing-masing, kan? Kesian mak ayah diorang.”

“Kau betul-betul rare.”

“Whatever! Lepas ni, jangan bawa saya keluar dinner lagi.”

“Yelah... sorry, takkan buat lagi. Baru aku nampak sifat sebenar kau, Arisa. Kau satu dalam sejuta. Buat aku jatuh cinta. Tiba-tiba.”
-
-
#dialelakidurjana
"Tak nak!" Jawab Afrina laju. Kepala digeleng-geleng. Lutut dipaut rapat ke dada.
'Gila betul si Tengku ni. Ada ke main mintak macam tu je. Dia ingat dara aku ni macam gula-gula ke?' Desis hati kecil Afrina.

Farish tergelak besar.

"Aku suka jugak perempuan macam kau ni. Play hard to get." Rambut Afrina yang berserabai dikuak perlahan. Senyuman mekar di bibirnya.

Tangan Farish ditepis kuat. Afrina memalingkan wajahnya ke kanan. Tidak suka disentuh sembarangan.

"Jangan Tengku. Saya bukan perempuan macam tu."

"Habis tu kau nak cakap kau ni perempuan baik-baik? Suci murni? Tak pernah disentuh lelaki? Macam tu?" Anak matanya menentang anak mata Afrina. Terus raut wajahnya berubah. Tegang. Baginya tiada perempuan yang suci dan setia di dunia ini.

Pantas Afrina menundukkan wajahnya. Takut. Dia seorang perempuan yang pemalu dan pendiam. Bila berdepan dengan Farish, rasa takut itu berganda-ganda. Tingkah laku Farish yang kasar, renungan Farish yang tajam dan kata-kata Farish yang berbisa, semua itu seperti cerita seram dalam hidupnya.

Farish bangkit. Pergelangan tangan Afrina ditarik kuat sehingga Afrina bangun berdiri. Pipi Afrina dicengkam supaya Afrina memandang ke arahnya.

"Aku tak suka bila aku bercakap tapi orang tak tengok muka aku. Macam aku tengah bercakap sorang-sorang."

"Tengku nak apa sebenarnya? Apa salah saya? Kita baru kenal semalam. Kenapa Tengku culik saya?" Soal Afrina bertubi-tubi. Disuntik sedikit keberanian dalam dirinya. Setitis air mata menitis di pipi mulusnya. Sakit. Tangan Farish masih setia di wajahnya. Perit.

Farish tersenyum. Senget.

"Kau Afrina Zuhaira Kassim kan? What a small world.."

"Maksud Tengku.."

"Bapak kau tu berhutang dengan aku seratus ribu ringgit. Kau tahu?" Cantas Farish. Pipi Afrina dilepas. Tangannya melingkar pula ke pinggang Afrina. Ditarik rapat sehingga depan badan Afrina bersentuhan dengan dada bidangnya.

Afrina menggeleng. Dia tahu bapaknya berhutang. Tetapi dengan Ah Meng. Bukan dengan Tengku di depannya sekarang. Tangannya menahan sedaya upaya supaya dadanya tidak melekat rapat pada dada bidang Farish.

"Setahu saya bapak saya berhutang dengan Ah Meng. Tengku ni..."

"Aku ni bos Ah Meng. So kau dah faham sekarang?" Potong Farish lagi sekali, laju. Farish tersenyum bila dapat merasakan degup jantung Afrina yang kencang. Bukan dia tidak tahu yang Afrina takut dengannya.

Melihat wajah Afrina yang lencun dengan air mata membuatkan dia semakin berminat dengan Afrina. Belum pernah sebelum ini, mana-mana perempuan menolaknya. Perempuan itu sendiri yang datang kepadanya minta ditiduri, bukan menolak, merayu dan menangis seperti Afrina.

DIA LELAKI BERHANTU
Raihana sudah lama menyimpan perasaan cinta kepada Zackery. Sayangnya dia hanya mampu menyepikan diri. Zackery tidak mungkin akan memandang wanita biasa seperti dia. Namun satu takdir merubah banyak perkara!



Akibat kemalangan, Zackery kehilangan upaya serta satu-satu adiknya telah meninggal dunia. Daripada seorang yang gah, Zackery hidup sebagai lelaki lumpuh. Hidup segan matinya tak mahu. Meratapi nasib diri dibiarkan terkontang kanting oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak upaya.



Raihana hadir menghulurkan bakti demi Tuhan, demi cinta. Zackery dikahwininya. Dipupuk, dijaga, dibelai dan dimanja seperti selayaknya. Namun hatinya terus runsing.. Tidak tahu derita apa yang sedang menghurung suaminya. Suatu hari petunjuk Allah tiba. Zackery rupanya sedang didampingi makhluk lain.


Dibawa berubat, mereka berdepan dengan jawapan persoalan misteri mengapa Zackery lumpuh selama ini. Bersama Pak Kiyai, Zackery belajar ilmu agama. Sekaligus Zackery dan Raihana terpaksa berjauhan.

Sayangnya, ketika berjauhan Raihana digemparkan dengan warkah luka. Dia telah diceraikan Zackery! Hampa. Raihana membawa diri jauh dari keluarga. 
Beberapa tahun menjanda, Raihana diketemukan semula dengan Zackery ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama kenyataan lain.

“Apa pulak yang dah merasuk abang ni? Pak Kiyai tu tak ubatkan abang betul-betul agaknya sampai abang tak faham apa yang abang sendiri buat!”-Raihana
“Abang betul-betul tak faham! Jangan mempersendakan abang macam ni! Abang masih suami Hana tau!!!”- Zackery

Mereka masih suami isteri yang sah? Kata Julia dan Adila, Zackery itu lelaki berhantu. Manakan tidak? Seburuk mana perangai Zackery di mata orang lain, Raihana tetap menginginkan lelaki itu. Sayangnya, mereka tidak mendapat restu.

Dia Lelaki Berhantu, kisah pengorbanan dan kesilapan masa lalu. Setelah sekian lama berkorban dan terpisah, bagaimanakah untuk mereka menggapai bahagia itu?


atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment