KOMBO KERANA KASIH ~ TERATAK KASIH

READY STOK
*LIMITED PRINT*
KOMBO KERANA KASIH
RM63 SEM / RM67 SS termasuk postage
Nak beli single pun blh.
TAJUK : SURAT UNTUK ABANG

PENULIS : AK RAFFHAN
HARGA : RM28 [SM/ SS]
POSTAGE : RM7 [SM] / RM11 [SS]
MARYAM hanya seorang gadis biasa. Yang berkeinginan untuk jatuh cinta dan saat cinta itu hadir, di luar waras pemikirannya, dia terjerat dengan nafsu. Rasa menyesal menyelubungi diri namun segalanya sudah tidak berguna bila dia ditinggalkan. Namun, itu bukan penamat hidupnya. Dia kembali bangkit untuk menggapai hidup. 

Cumanya... untuk bangkit itu mudah. Untuk kekal bertahan itu yang payah.

“Aku bukan perempuan baik-baik. Siapa aje yang ikhlas nak terima perempuan kotor macam aku ni?” - Maryam.

"Percaya cakap aku, satu hari nanti mesti kau akan jumpa lelaki baik. Yang boleh terima kau, Akeef dan masa silam kau seadanya. Percayalah cakap aku. ALLAH tu Maha Adil." - Linda.

Maryam bukan tidak mahu percaya tapi banyak insan yang dia jumpa yang bermuka plastik. Pura-pura menerima padahal ada udang di sebalik batu.

Maryam sangka hidupnya akan bahagia selamanya bersama Akeef. Tapi, tidak ada siapa yang menyangka mentari yang diharapkan sampai ke petang, ribut dan bah berkunjung di tengah hari. Dia tersepit antara masa lalu dan masa depan yang membelenggu jiwa wanitanya. Antara keinginan dan ketakutan, dia terpaksa memilih antara dua. Kedua-duanya bakal menghukum diri. Lantas apa yang harus dia lakukan?

Dan bagi seorang Akeef. Dia hanya mahukan susuk seorang AYAH. Seperti orang lain, dia juga teringin menyebut sebaris perkataan itu. Leman bukan ayahnya walau bibirnya menyebut ayah. Dia mahu seorang lelaki yang layak dipanggil ayah dan dalam masa yang sama, layak menjadi suami bagi ibu tercinta. Lalu hadir Hadi dan Ebrahim. 

Siapa antara mereka, yang jadi pilihan Akeef?

TUHAN ….

Boleh tak abang mintak sesuatu untuk ibu?

Abang nak mintak TUHAN berikan ibu suami yang paling soleh. Suami yang takkan sakitkan hati ibu. Suami yang akan bawa ibu masuk syurga. Boleh tak? - Akeef
-
-
TAJUK : SEKALI AKAD KULAFAZ

PENULIS : JAZZMEEN
HARGA : RM28 [SM/ SS]
POSTAGE : RM7 [SM] / RM11 [SS]

Tiga tahun lalu, Azmira memang bahagia menjadi isteri seorang Ahmad Syukri Iman. Namun bahagia yang diharapkan tidak berpanjangan. Dan yang membuat angkara bukannya orang lain, melainkan encik suami sendiri. Kecewa dengan apa yang berlaku, Azmira tekad menjauh. 

Kini, takdir mempertemukan mereka kembali. Azmira bukan lagi gadis polos seperti dahulu. Kehadiran Hafeez dalam hidupnya buat dia tekad mengubah status diri. Permintaan Azmira pada Syukri cuma satu. Bercerai. Tetapi kenapa payah sangat lelaki itu mahu melepaskannya? Kenapa perlu ada syarat yang dikenakan lelaki yang jelas tidak pernah mencintainya itu?

“Mira kena tinggal selama seratus hari di rumah ini. Bantu abang jaga Rifqi, lepas tu abang akan pertimbangkan permintaan Mira!”

“Kenapa pulak Mira kena tolong jaga Rifqi? Dia anak abang dengan Mona, bukan anak Mira!”

“Suka hati abanglah nak kenakan apa syarat sekali pun. Soalnya sekarang Mira tak ada pilihan. Kalau Mira tak nak pun tak apa. Abang tak rugi apa-apa pun. Cuma… Mira akan kekal sebagai isteri abang dan abang akan tuntut hak mutlak sebagai suami!” 

Azmira nanar! Kalau tak diturut, dia akan terus memegang status isteri. Status yang banyak buat dia makan hati daripada bahagia. Namun, kalau diturut, dia bimbang! Bimbang kalau hatinya kembali rapuh bila terpaksa berhadapan dengan Syukri setiap hari. 

“Susahnya nak yakinkan Cik Bomba abang ni yang abang memang betul-betul sayang dan cintakan dia aje. Apa abang kena buat supaya Mira percaya segala kata-kata abang?”

Apabila sering dilayan dengan lembut, disogok kata cinta setiap hari... hati mana yang tidak terusik. Namun kenangan lama buat Azmira terpaksa berhati-hati. Bukan mudah untuknya mempercayai kata-kata Syukri lebih-lebih lagi dengan kemunculan Tengku Nelly!

Bagi Syukri, sekali akad dilafazkan, yang itulah yang menjadi pemilik hatinya hingga akhir hayat. Namun, mampukah Syukri mempertahankan haknya sebagai suami dan meneruskan rumah tangga mereka jika hati cik isteri masih lagi diselubungi perasaan waswas?

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment