TRIPLE BAD BOYS ~ suci hidayat

PREORDER DILANJUTKAN SEHINGGA 30 MEI 2018
TRIPLE BAD BOYS
Sinopsis EZRAEL | Bad Romance
==========

ENGKU EZRAEL. Setiap detik dalam hidup lelaki itu hanya untuk melebarkan sayap kekayaan. Tanpa peduli caranya. Halal atau haram. Asalkan ada hasilnya.
Langsung tiada ruang dalam hidupnya buat makhluk yang bernama perempuan dan sejenis perasaan bernama cinta. Melainkan apabila perlu. Apabila kedua-duanya itu perlu dijadikan alat atau alas kaki merentang jalan Ezrael menuju matlamat utama hidupnya.
“Awak perlu tahu yang tak semua benda boleh dibeli dengan duit!” - Ezza Ezreena.
“Dan kau perlu tahu Ezza Ezreena binti Naser, seorang Engku Ezrael, tak pernah tak dapat apa yang dia nak.” - Engku Ezrael.
EZZA EZREENA. Entah mengapa gadis itu terheret ke dalam permainan ini. Sedangkan Ezza, gadis yang tak punya apa-apa. Hidup hanya bersandarkan cinta Saiful, yang diharapkan untuk menjadi pelindung sehingga ke syurga. Tapi malang bagi Ezza, apabila Saiful sama seperti Ezrael. Mata hatinya buta dipalam wang ringgit.
“Lupakan Saiful. Lelaki jenis apa sanggup jual tunang sendiri. Dan kau patut berterima kasih dan bersyukur sebab aku sudi beli kau.”
“Yang menjual dan yang membeli, sama-sama syaitan!”
Ezrael tak peduli. Ezza yang sudah meringkuk di dalam penjaranya tak akan dibebaskan selagi apa yang dikejarnya tidak dia miliki.
“Apa yang awak nak sebenarnya Ezrael?”
“Jatuh cinta dengan aku. Dan selepas itu aku akan bebaskan kau.”
Syarat gila apakah ini? Dan benarkah apabila cinta itu bersemi nanti, Ezrael sanggup mengotakan janji?
♥️♥️♥️
Sinopsis RAEED | Stranger I Need You 
==========

RAEED AMZAR dan RANAA AISHA.
Kerana sejarah hitam kehidupan silam masing-masing, kedua-duanya senang saling mencintai tanpa mengenal antara satu sama lain.

♥️ Selamat pagi, sayang.

💙 Morning, sayang.
♥️ Awak baru bangun?

💙 Hmm... baru bangun.
♥️ Tido lewat semalam?

💙 Yup...
♥️ Dating? Jumpa girlfriend la tu kan...

💙 Haha! Taklah. Mana ada gf. Dah siap nak pergi kuliah?
♥️ Yup! Baru lepas pakai baju. Nak mekap kejap.

💙 Pakai baju warna apa?
♥️ As usual. Pink! My favourite.

💙 Seksi tak?
♥️ Of course!

💙 Not good. Naughty girl.
♥️ Haha! Whatever...

💙 Hmm. Jaga diri awak.
♥️ Okies! Dah siap. Cantiknya saya hari ni.

♥️ Huh... yelah tu.
♥️ Tak percaya?

💙 Percaya.
♥️ Awak tak teringin nak jumpa saya? Tak nak tengok saya?

💙 Hmm... awak?
♥️ Hmm... nak. Tapi tak nak. Saya selesa kita macam ni. Saya tak kenal awak. Dan awak tak kenal saya. But... we love each other. We share everything together.

💙 Yup... saya pun rasa yang sama. Mungkin lebih baik kita terus macam ni.
♥️ Got to go now. I love you...Mr. Stranger.

💙 Love you too... Miss I-Don't-Know-Who.
♥️ Haha! Muah! See you!

💙 See you, sayang.
Sehinggalah berlaku satu tragedi yang membongkarkan siapa diri mereka yang sebenarnya. Membogelkan kisah perit semalam. Masihkah mereka saling mencinta? Atau itu petanda berakhirnya sebuah kisah bahagia?
🌸🌸🌸
SINOPSIS JIBRAEL | You’re Mine
==========

Sinopsis JIBRAEL / You’re Mine!
You are mine and only mine. All rights reserved.

KU JIBRAEL KU JALEEL, lelaki jelmaan hero novel yang menjadi dambaan jiwa setiap perempuan. Sempurna luar dan dalam, sangat penyayang dan terlalu menyukai bayi dan kanak-kanak.
Tapi, itu dulu. Lelaki itu berubah 360 darjah apabila satu-satunya wanita yang terlalu dicintai, yang dipilih untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya, meninggalkannya begitu sahaja. Malah kelelakian JIBRAEL tercabar apabila ditinggalkan di dalam majlis pernikahannya sendiri.
Hormatnya pada perempuan, lenyap. Perempuan menjadi makhluk yang sangat dibenci. Seorang demi seorang perempuan menjadi mangsa dendamnya. Ditabur manisan cinta, diragut kehormatan mereka, lalu perempuan-perempuan itu ditinggalkan begitu sahaja.
Namun, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah padam. Keinginan itulah yang menemukan Jibrael dengan Dara Adalia.
“Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaja kau lahirkan anak aku, tugas kau selesai. Dan kau boleh pergi sebaik sahaja aku lafazkan talak.” – Ku Jibrael.
Kerana tertipu, terdesak dan terjerat, Dara terpaksa bersetuju, rela dan akur.
Dara jatuh cinta kepada Jibrael sebaik sahaja termeterai ikatan halal di antara mereka. Dan rasa cinta itu semakin mekar disetiap sentuhan meskipun Jibrael berulang kali mengingatkan bahawa perasaan cinta diharamkan sama sekali di dalam perkahwinan mereka.
Bagaikan banduan yang menunggu detik kematian di tali gantung, begitulah takutnya Dara menghitung detik melahirkan anak yang dikandungnya. Kerana bersama dengan kelahiran zuriat itu nanti, akan ternoktah jua hubungan di antara dirinya dengan Jibrael dan memisahkan dia dari darah dagingnya yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.
“Tugas saya dah selesai. Saya dah bersedia untuk diceraikan. Saya berjanji tak akan tuntut apa-apa lagi dan takkan sesekali mengaku bahawa sayalah yang perempuan yang melahirkan Ku Jaziel bin Ku Jibrael.” – Dara Adalia.
Apakah takdir Tuhan Yang Maha Penyayang itu sekejam perancangan Jibrael?
🌸🌸🌸
LIMITED SET
atau

WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment