SEMAHAL LAFAZMU dan YANG MISTERI ~ HASH AULIA

STOK TERHAD!
HARGA SINGLE RM40.00 SEM / RM47.00 SS
HARGA KOMBO RM70.00 SEM / RM80.00 SS
termasuk postage
☑️ READY STOCK

☑️ PENGEPOSAN SEMINGGU SEKALI SETIAP HARI KHAMIS
☑️ TERHAD!!
☑️ ONLINE SAHAJA
☑️ FEEDBACK POSITIF

*SEMAHAL LAFAZMU*

“Err..ma…ma..” Semakin si abang menghampiri, semakin dia gagap. Seluruh tubuh menggigil kecil.

“Mama apa?”

“Allah…” Spontan bibir menjerit perlahan apabila lengan sasa si abang sudah mengepung tubuhnya. Mata terpejam rapat.

“Mama cak…”

“Tak nak.” Tiba-tiba Adellia menekup bibir sendiri. Kepala tergeleng laju. Dan aksi si adik itu, buat dia kerut dahi.

Hairan!

Apa yang tak nak? Reez membisu sesaat. Cuba memahami aksi diluar kawalan si adik. Dan bila dia mula menangkap maksud tersirat itu, pantas mata membuntang luas. Lengan yang menongkat pintu, dia tarik ke sisi.

“Jangan-jangan kau fikir aku nak kiss kau?”

Laju saja Adellia jatuhkan tangan ke sisi. Bebola mata mengitari bilik. Langsung tak pandang si abang yang dah mula renung dia dengan renungan yang sukar dia tafsirkan.

“Like seriously?” Reez dah mula senyum senget.

“Kau fikir aku nak kiss kau?” Dia ulang kembali ayat yang memalukan dirinya.

Pinggir bibir dia ketap. Dalam hati, dia menyumpah seranah diri sendiri dah terlalu over beraksi.

Stupid me!

“Mama suruh belikan barang-barang dapur. Makanan dalam peti dah habis.” Dan-dan lancar pula ayat dia kali ini. Tadi, kemain gagap.

“Tadi kau fikir apa, Hazen? Kau ingat aku nak kiss kau ke?”

Spontan langkah Adellia terpaku. Tangan yang memulas tombol pintu juga beku. Dia gigit bibir. Malu bukan kepalang. Rasa hangat dah menyimbah seluruh wajah. Macam manalah dia boleh terlepas laku?

Memalukan betul!

“Really, Hazen?” Nada suara si abang kedengaran mengejek.

Tombol pintu dia genggam kemas. Melepaskan geram.

“Hazen?”

“No! Jangan nak merapu boleh tak?” Selar dia pada si abang. Mata mencerlung tajam.

“Kau suka aku ke?”

Soalan membunuh menghentak jiwa. Adellia kematian bicara dikala Reez ketawa galak.

“Tak pernah terfikir nak bercinta dengan abang sendiri.”

“Kau yakin ke aku abang kau?”

Sebaris ayat si abang buat dia tergamam sesaat. Wajah berubah serius. Si abang yang sedang ketawa-ketawa turut berhenti.

*YANG MISTERI*

Sekarang ni, dia agak pelik dengan sikap Naufal. Dari yang agak serius, tiba-tiba jadi romantik. Kalau dulu, duduk sebatu. Sekarang ni, kalau boleh dia nak menempel atas riba.

Sungguh! Kadangkala Alana rimas dengan sikap Naufal yang sekarang.

"Nak pergi mana?"

Spontan langkah Alana terhenti apabila encik suami menegur. Pusing tubuh, Naufal sedang memandangnya. Santai dalam tuala paras pinggang. Rambut masih basah. Baru lepas mandi agaknya.

"Keluar."

"Dengan siapa?"

"Marlisa."

Tangan yang mengelap rambut, berhenti mendadak. Tuala kecil dia tarik, mata tajam memandang Alana.

"I tak izinkan." Tegas.

"Pernah ke I minta izin you nak keluar dengan dia?" Berani pula Alana membalas.

" I cakap I tak izinkan. I tak izinkan!"

"Dan perlu ke I dengar .."

Sekelip mata, seperti kilat, Naufal sudah berada di depan mata. Alana terkaku. Liur ditelan kesat.

"Aaarghhhhh..." Bibir spontan menjerit apabila tubuhnya sudah ditolak ke katil dan Naufal selamba menindihnya.

Belum sempat dia buka mulut membalas, nafas sudah dicuri. Kedua-dua belah tangannya dikunci ke tilam. Naufal mula buat 'sesuatu' yang tak pernah dia buat selama mereka berkahwin.
atau

WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment