PANAHAN CINTA MR AGORAPHOBIA


STOK TERHAD
RM28 SEM / RM31 SS
postage RM8 SEM / RM12 SS
Tok! Tok!
Tidak ada jawapan.
"Assalamualaikum.." Aku cuba memberikan salam pula.
Masih tidak ada jawapan. Apa aku nak buat ni? Terkulat-kulat aku sendirian. Mungkin dia dah tidur agaknya. Ah, abort mission, Thalia. Abort mission! Aku mula memberikan arahan buat diri sendiri. Lagipun tiba-tiba rasa tak berani pulak.
Baru sahaja kaki hendak melangkah, pintu dipulas dari dalam. Terkuak luas daun pintu yang aku ketuk-ketuk tadi dan susuk tubuh lelaki itu menjelma di muka pintu. Hanya memakai seluar tracksuit biru dan tidak berbaju, menampakkan tubuh tegap dan maskulin miliknya. Masalah ni! Aku cuba fokuskan pandangan pada wajahnya sahaja. Nampaknya, anak mata Tuan Faleeq sudah mula berlari ke arah rambutku yang terlepas bebas dan turun ke leherku. Aku nampak riaknya berubah dan pandangannya kembali melekat pada mataku semula.
"Tuan Faleeq.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku. Tadi berani sangat Thalia..sekarang kenapa jantung rasa macam nak pecah ni? Dia merenung ke arahku dengan penuh tanda tanya. "Why are you still awake at this hour?" Soalnya dengan penuh prihatin. Pandangan redup itu bertamu di wajah membuatkan aku sedikit tidak keruan. "Err..saya nak kasi ni." Terus aku menghulurkan dulang di tangan ke arahnya dengan gugup. "Thank you." Ucapnya yang mahu mengambil cawan dari dalam dulang.
Dengan cermat aku melangkah ke dalam. Kalau aku tak masuk, bagaimana aku nak cari tahu tentang sebab dia berlagak begitu denganku? Manalah tahu aku dapat jumpa apa-apa pembayang atau hint kat dalam ni. Tuan Faleeq juga turut sama masuk ke dalam bilik ini. Pintu ditutupnya rapat dan aku mulalah kekok. Nafas aku tarik dalam-dalam.
"Don't.." Terburu-buru aku menghalang. Dia dah tayang riak pelik. Aku tersenyum sedikit. "Cawan tu masih panas lagi. Saya letakkan dulang ni atas meja ya?" Sebaik sahaja berkata begitu, dia bergerak ke sebelah kiri pintu bagi memberi laluan kepadaku untuk masuk.
Fail dicapai dan seluruh fokusnya hanya di situ. Nak goda konon, sembang dengan kau pun dia tak nak! Macam ada berlian dalam mulutnya tu. Pandanganku terhala pada rak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta mainan di sudut kanan bilik. Menarik!
Setelah meletakkan dulang ke atas meja kerjanya, aku terus menoleh ke arah lelaki itu. Nyata dia sedang merenung ke mari. Tshirt yang terdampar di atas sofa dicapainya dan dia terus sarungkan ke tubuh. No more freeshow ya! Aku lihat dia meraupkan wajahnya apabila pandangan kami bertemu. Dah kenapa macam tak keruan pula keadaan lelaki yang selalu berkeyakinan tinggi itu? "Ini bilik kerja awak?" Soalku sekadar berbahasa basi. Dia angguk kecil. "Yes..my working zone." Itu sahaja yang keluar dari bibirnya dan dia sudah mula duduk kembali di atas kerusi.
Aku lihat dia sudah mula menarik nafas dalam-dalam. Seperti sedang mengumpul kesabaran pun ada. Alamak..! Kepalanya ditoleh ke mari. Aku dah mula gigit bibir bawah. Kenapa dia tenung aku macam nak makan pula? Tak suka agaknya aku berlama-lama di sini.
"Tu semua awak punya ke?" Soalku. Cuba untuk ajak dia berbual. Mungkin dengan mendekatinya begini hubungan kami akan semakin berkembang. "Hm." Hanya itu sahaja yang keluar dari bibirnya. Tidak, dia tak pun pandang ke sini. Aku terus melangkah ke sudut yang dipenuhi dengan pelbagai jenis replika kereta-kereta mewah itu. "Ni semua koleksi awak masa kecik dulu ye?" Soalku lagi. Aku menoleh ke arahnya. Dia hanya angguk dengan wajah yang sangat serius. "Boleh saya tengok?" Soalku lagi.
"Well, please be fast ya..and close the door bila keluar nanti." Tegasnya tanpa memandang ke mari. Yes, berhasil!
"I think you should leave now. It's already late you know. Keluar." Tegas suara itu bergema dengan sedikit tidak selesa. Isk, sadisnya! Aku dah kena halau. Entah keberanian dari mana yang datang, boleh pula aku menggeleng ke arahnya. "Tak nak keluar." Tegasku. Lelaki itu dah mula usap dagu pandang sini. Misteri sungguh renungannya tu. "Ala...bolehlah saya lepak kat sini kejap..pleaseeeee.." Rengekku separuh merayu. Aku lihat wajahnya terus berubah seratus peratus. Aku juga pelik bagaimana aku boleh bersuara manja-manja begini dengannya. Terus dia berdehem dan melarikan anak mata ke arah fail di atas meja. "Thanks!" Bersama senyuman aku terus menoleh ke hadapan semula.
Dengan baju tidur satin paras lutut di tubuh, aku terus mengginjatkan kaki untuk mencapainya. Terkenang pula memori saat ayah bawak aku dan Tira untuk saksikan pertunjukan aerobatik oleh pasukan tentera udara masa kecil dulu. Mengimbau kenangan betul. Ala..tak sampailah nak ambil helikopter ni! Sedikit lagi boleh capai ni. Aku cuba lagi ginjatkan kaki dan tanpa aku duga tangan dah tersentuh sesuatu. Aduss..ada benda dah terjun ke bawah. Aku tunduk pandang lantai. Replika kereta BMW dah tergolek tepi kaki.
Tapi menarik betullah kereta-kereta mainan ni. Dari yang kecik-kecik tapak tangan sampai yang besar sikit dari kotak kasut ada di dalam koleksinya. Wah..ni mesti permainan lelaki tu masa kecil dulu. Eh, ada helikopter lah kat bahagian rak yang paling atas. Siap bercorak askar lagi. Teringat terus aku kat ayah di kampung. Ayah kan askar pencen! "Aysara!" Alamak, dia marah aku ke? Terus aku toleh ke belakang. Aku lihat wajah ketat Tuan Faleeq sedang menarik nafas dalam-dalam dan kemudian fail di hadapan mata ditutupnya terus. Gulp! Mati aku! Dengan sedikit rasa cemas aku terus mengutip kereta mainan tersebut dari atas lantai. Nyata apabila aku panggung kepala, Tuan Faleeq sudah berada di hadapanku. Aku terus mengundur beberapa langkah ke belakang dan dia juga mengambil jumlah langkah yang sama sehingga aku sudah tidak ada ruang untuk melangkah lagi. Tersandar pada dinding bilik akhirnya diriku ini. Pap!
Pucat lesi terus wajah aku saat ini. Bagai berliter-liter darah disedut drakula.
Tangan kiri ditekapkan kemas ke dinding, betul-betul di sisi kanan wajahku. Tubuh tinggi lampainya dibongkokkan sedikit dan anak matanya yang tajam itu sudah pun menikam mataku. "Sorry..nah!" Kelam-kabut aku bersuara seraya menghulurkan kereta BMW merah dalam genggaman ke arahnya dengan wajah yang cemas. Tapi dia tak ambil pun. Aku telan liur. Ah, mesti dia marah sangat ni! "Okay fine, saya keluar sekarang." Ucapku bersama debaran yang sudah mula menggunung gara-gara terlalu gugup. Dengan senyuman yang sedikit aneh dia menggelengkan kepala. "Too late, Sara..too late." Bisiknya romantik, mampu buat tubuhku jadi keras kejung. Kenapa renungannya semakin lama semakin redup dan penuh pesona? Pandangan yang penuh misteri itu benar-benar buat jantung aku tak keruan. Sabar Thalia..sabar! "Aysara..you're making it hard for me tonight. All I want now is you. Your sexiness is distracting me.." Bisiknya di antara dengar dan tidak.

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment