MYLOVELY MAI

REVIEW
BAKI TERHAD
HARGA RM30 SEM / RM33 SS
postage RM8 SEM / RM12 SS

“Kau buat apa sebenarnya di tepi sungai tu pagi tadi, Mai?” Kali ini soalan itu Faris ulang dengan nada yang sedikit lembut. Kalau dia berkasar, semakin melawan anak dara mejar bersara ni. Perangai sebiji macam perangai abah dia. Huh!


Takut-takut Maizatul bercerita. “Pagi tadi Mai berjoging. Macam biasa, Mai berlari sampai tepi sungai tu sebelum berpatah balik ke rumah. Tiap-tiap hari Mai buat rutin yang sama. Tak sangka pagi tadi Kamil tarik tangan Mai masa…” Tak sempat Maizatul menghabiskan cerita, Faris mencantas kata-katanya dengan geram.



“Yang kau gatal pergi berjoging sampai tepi sungai tu kenapa? Macam tak ada tempat lain dalam kampung ni yang kau boleh pergi. Patut pun si Kamil tu senang-senang aje dapat peluk dan gomol engkau. Mesti dia perhati aktiviti kau setiap hari. Dah itu rutin kau setiap pagi. Bodoh punya anak dara. Tak ada otak nak berfikir agaknya kau ni!” Hah… Kan dah kena cemuh dengan Faris.



“Mana Mai tahu dia ada dekat situ pagi tadi. Kalau Mai tahu, dah tentu Mai joging dekat tempat lain.” Tadi Faris panggil dia bodoh, ni Faris cakap dia gatal dan tak ada otak pulak. Sesedap rasa aje mamat ni kutuk dia. Panas pulak rasa hati Maizatul.



“Huh! Cakap pun tak gunalah Mai. Nasi dah jadi bubur. Engkau dengan Kamil punya angkara, tak pasal-pasal aku pulak yang kena paksa menikah dengan engkau. Kenapa kau tak kahwin saja dengan si Kamil tak guna tu hah?”



Faris meraup wajahnya. Tangan menyisir rambut ke belakang. Pangkal tengkuk diusap beberapa kali. Keluhan kasar dilepaskan untuk melegakan perasaan. Berbuku sungguh rasa hati. Dia balik nak bercuti, bukannya nak beristeri!



“Abang nak Mai kahwin dengan samseng yang mengacau Mai tiap-tiap hari tu ke?Tak hingin Mai. Mai benci dia!” Sisa air mata yang mengalir di pipi diseka dengan kasar.



“Apa kau panggil aku? Abang?” Berdiri terus Faris. Wajah Maizatul yang terperuk di penjuru katil direnung dengan tajam. Tangan mencekak pinggang gaya Siti Tanjung Perak yang sedang naik angin. Tangan kanan digenggam, telunjuk lurus dihala ke wajah Maizatul.



“Eh, perempuan. Kau dengar sini ya. Jangan kau berani nak panggil aku abang. Aku tak suka! Hanya orang yang aku sayang dan cinta sahaja yang boleh gunakan panggilan tu. Kau dah tahu aku ada kekasih, kenapa kau gatal nak kahwin juga dengan aku?” Amuk Faris geram.
LIMITED PRINT
HANYA JUAL ONLINE
TIADA DI KEDAI BUKU
HABIS TIADA REPRINT
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment