KUSERU KAU PULANG

STOK TERHAD
KUSERU KAU PULANG
RM25 SEM / RM28 SS
postage RM8 SEM / RM12 SS
“Lepaskan anakku. Lepaskan! Ambillah semua hartaku, lepaskan Telani!” Dia cuba menahan tindakan orang-orang kampung. Lelaki itu menarik kembali anaknya dari lubang itu.
“Kau ke tepi Jala!” Beberapa lelaki menarik lelaki itu agar menjauhi anaknya. Lalu sedikit demi sedikit wanita itu ditanam hidup-hidup. Dia tetap cuba meronta, tapi rontaan itu hanya akan melemahkan lagi dirinya. Sesekali dia akan terbatuk-batuk bila tanah memasuki mulutnya. Tidak jauh dari situ, sekumpulan lelaki lagi sedang gigih mengumpulkan kayu api. Seorang lelaki kelihatan diikat pada buluh-buluh berwarna kuning. Kurungannya juga dari buluh yang berwarna kuning. Raungan keras kedengaran memenuhi kawasan tersebut. Lelaki itu dibakar hidup-hidup. Bau daging terbakar menusuk hidung. Lolongan ngeri memenuhi kawasan perkuburan itu seolah-olahbersahut -sahutan dengan pekikan unggas malam. “Saya mohon lepaskan dia!” Seorang lelaki dengan selempang putih yang menutupi bahunya tiba-tiba tampil dengan roman wajah yang cukup tenang.Jarinya menuding ke arah wanita yang sedang ditanam hidup-hidup itu.

“Kau siapa?” Salah seorang penduduk kampung itu bertanya dengan wajah penuh ingin tahu. “Aku hanya perantau yang lalu di sini. Jika tidak keberatan, izinkan aku membantu kalian.” Lelaki itu menjawab soalan itu dengan senyuman. “Kami ingin merejamnya. Dia penzina! Dia berzina dengan syaitan!” “Syaitan tidak akan mati tuan-tuan. Yang mati hanya jasadnya. Dia akan wujud kembali dalam bentuk yang lain.” “Ah, kau orang luar mana tahu. Pergi saja dari sini. Biar kami selesaikan urusan kami.” Lelaki itu dihalau oleh orang-orang kampung tersebut.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment