Kombo Kata Hati Dia & Madihah


VERY LIMITED EDITION
Kombo Kata Hati Dia & Madihah 
RM68 / RM72 [termasuk pos]

HARGA SINGLE RM38 / RM42 
Termasuk pos 
SINOPSIS KATA HATI DIA KARYA Syina Hamdan 
“Mana kau dapat payung ni?” 
Soalan Ayu mengundang jelingan tajam Aazeen. Macam ini ke teman susah payah? Bukan nak tanya dia okey ke tak. Sibukkan hal payung ini pula. Menyesal tak pulangkan pada lelaki tadi kalau dia tahulah payung tiba-tiba menjadi topik utama.
“Drive ajelah, Ayu.” 
Malas Aazeen mahu panjangkan cerita. Biarlah kisah tadi dia simpan untuk dirinya sendiri. Mengenali Ayu dia pasti Ayu tak akan berhenti bertanya walau dia dah beritahu siapa pemilik payung ni. Kerat jarilah kalau Ayu hanya mengangguk atau paling tidak pun sebut huruf O.
“Setahu akulah kau bukannya rajin nak kelek payung ke sana ke mari. Kau pergi beli kat kedai belakang bus stop tu ke?” Ayu mengasak.
Bulat mata Aazeen. Alahai, Ayu. Tak habis lagi ke kisah payung? Tubuhnya mengiring sedikit. Menghadap Ayu yang sudah mula memandu.
“Ayu, kita ni dah lambat. Karang rekod kedatangan buruk. Boleh tak kau fokus memandu aje? Lagi satu aku nak betulkan fakta. Hari-hari aku bawa payung, tau. Kau memang tak nampaklah sebab aku simpan dalam beg. Cuma hari ni aje aku terlupa.” Panjang lebar Aazeen tarbiah Ayu sambil tangan sibuk mengibas kainnya yang basah sedikit di bahagian bawah.
“Tanya sikit pun nak marah.” Ayu mencebik. Nada suara mendatar sahaja.
Aazeen mengeluh. Tak pasal payung ini menjadi punca dia dan Ayu bertekak. Kenapalah dia terima bantuan lelaki tadi. Ini semua salah lelaki itu. Kalau tidak mesti sekarang ini dia dan Ayu sedang melalak mengikut lagu yang berkumandang di radio. Langsung tak ikut irama yang sebenar pula tu.
Dia membetulkan duduknya semula. Pandangan mata kembali menghala ke jalan raya. Nafas dihela dalam-dalam.
“Ada mamat mana entah bagi pinjam tadi.” 
Perlahan sahaja suara Aazeen tapi dia tahu Ayu dengar. Harapnya Ayu tak bertanya lanjut. Payung yang diselit di sisi tempat duduk dikerling. Terlayar seraut wajah tenang empunya payung di mindanya.
“Wahhh…Hensem tak mamat tu?”
Harapan jadi hampeh. Ini yang Aazeen malas nak beritahu. Perangai Ayu ni lain macam sikit kalau melibatkan makhluk Tuhan yang berlawanan jenis dengan mereka. Mesti rupa paras menjadi ukuran. Cuma dia tak tahu skala kacak dia dan Ayu sama atau berbeza. Kacak tu kan subjektif. Mana sama pada pandangan mata setiap orang.
“Entah.” Dia jongket bahu. Tak tahu nak bagi jawapan apa pada Ayu.
“Takkanlah kau tak ushar langsung?”
Aduhai, Ayu. Kenapalah kau buat kepala aku pening. Ligat otak Aazeen berfikir. Mencari jawapan yang boleh menutup mulut Ayu dari terus bertanya. 
“Ada dua mata, dua telinga, satu hidung, satu mulut, beribu helai rambut. Hensemlah kut.” 
“Hyperbola betul, kau kan?”
“Dah soalan kau tu KBAT sangat. Kenalah aku bagi jawapan KBAT juga.”
“Semua orang adalah semua tu. Kedekut. Nak makan soranglah tu.” 
“Eh, aku tak hadaplah, Ayu! Kalau kau nak sangat, percuma aku bagi. Ambillah buat pekasam.” 
Aazeen menggeleng. Rasa macam nak campak keluar payung yang menjadi isu perdebatan dia dengan Ayu sekarang ni. Menyusahkan betul. Tak cukup dengan triple malang. Quadruple malang dia dapat. Empat kali. Argh, bergegar otak.
“Aku bukan apalah, Aazeen. Kalau kau nak pulangkan payung tu, jangan lupa ajak aku sekali tau. Biar mata cantik aku ni belek sendiri rupa mamat tu. Biar otak geliga aku ni buat kira-kira hensemnya tahap berapa.”
Aazeen tersentak. Alamak! Macam mana dia nak pulangkan? Dia mana ada ambil nombor telefon lelaki tu. Hatta nama lelaki itu pun dia ingat-ingat lupa. Din, Dan, Don. Eh, entahlah. Dia tak ingat langsung. Parah. Kotak memori otaknya dah penuh kut.
“Wei, kau dengar tak?”
“Hmmm…”
“Hmmm tu okey ke tak?”
“One fine day, kalau aku terjumpa dia aku beritahu kau, okey?”
Senyap. Tiada balasan.
Aazen menoleh ke kanan. Dia tersengih bila melihat riak tak puas hati tergambar jelas di wajah Ayu. Segera jari telunjuknya menolak muka Ayu kembali memandang ke hadapan. Ada karang tercium bontot kereta depan jadinya. Quintuple malanglah dia hari ini.
“Ya, aku tak tahu nama dia.”
“Jangan beritahu aku…”
“Nombor telefon dia pun aku tak minta.”
“Payung tu…”
“Jadi wakaflah sampai aku berjumpa semula dengan mamat tu.”
SINOPSIS MADIHAH ~ Wawa Taufik
“Relax la, Dihah. Kurang-kurang, tiket kau free tau?”

Madihah menjeling. Lelaki di sebelah kanannya itu dipandang geram. Itu jelah yang diungkit Mikail. Mentang-mentanglah dia sponsor tiket, berlagak pula!
“Kau ungkit lagi sekali, putus sahabat!” Balas Madihah dengan tegas namun nadanya dikawal sebaik mungkin. Tidak mahu mengganggu penumpang lain. Malas nak bertekak dengan mamat penyibuk di sebelah kanannya ini.
Dikerling sedikit ke kerusi hadapan. Santai nampaknya Yasmeen melentok di bahu Eshan. Buat sakit mata betul!
“Kau jeling tu apasal? Sini… lentok kat aku.” Selamba Mikail menepuk bahu kirinya. Nada suaranya perlahan sahaja. Hanya untuk pendengaran Madihah. Di wajahnya sudah lebar dengan senyuman nakal.
Tak menunggu lama, dek rasa geram yang menebal, jemari runcing Madihah mendarat di paha kiri Mikail yang hanya dibaluti seluar pendek khakis itu.
“Aduh duh… aduh… hoi!” Terkuat suara Mikail mengaduh. Perit rasanya pulasan Madihah itu.
“Apasal, Mike?” Eshan yang berada di kerusi hadapan berpaling dan mengintai dari celahan kerusi.
“Ada semut api kat seat ni, bro.” Mikail membalas sambil tangannya mencapai tangan Madihah yang baru sahaja nak mendarat sekali lagi di pahanya.
Eshan tersenyum herot. Dia bagai ternampak tangan siapa yang Mikail pegang itu. Sengaja dia angkat-angkat kening kepada Mikail.
Mikail buat tak tahu sahaja. Malas melayan usikan dan perlian Eshan itu.
Nasib baik, Eshan kembali mengadap hadapan. Dia nampak lelaki itu menarik perlahan kepala Yasmeen agar kembali berlabuh di bahunya. Malah tanpa segan silu Eshan mengucup sisi kepala adik kesayangannya itu.
Mikail mencebik. Macam dia sorang ada bini!
“Weh! Lepas!”
Rontaan kecil dari Madihah membuatkan Mikail memandang ke kiri. Dahi berkerut dan kening hampir bercantum Madihah itu dipandang lama.
Madihah ni, manis juga. Cantik. Muka perempuan Melayu terakhir. Ala-ala iras Vanidah Imran. Cuma kulitnya sedikit cerah berbanding pelakon itu.
“Apa tengok-tengok? Ni… tangan aku jangan nak buat aset!”
Terus Mikail melepaskan genggaman tangannya pada tangan Madihah.
“Kau cantik juga kan, Dihah?” Selamba Mikail mengomen.
“Gila ke apa kau tu?”
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment