DIA MANTAN KEKASIH ~ HESSA WIDAD

PRE ORDER
DIA MANTAN KEKASIH
BLURB

Setelah hampir enam tahun berlalu, Tengku Elina Maisara dipertemukan semula dengan mantan kekasihnya semula tanpa dirancang.

“Haaa… ingat pun Mai. Awak je tau yang panggil saya, Megatron. Itu maknanya Mai tak pernah lupakan saya. By the way, nama betul saya Megat Nasrudin. Awak panggil saya, Abang Megat jelah. Kitakan kawan. Mai kawan abangkan?” – Megat Nasrudin.

Pertemuan semula ini buatkan Megat bertekad untuk membuktikan yang cinta Elina berbalas juga akhirnya. Dia ingin menyakinkan Elina yang apa yang terjadi antara mereka adalah jodoh yang sudah tertulis. Tiada siapa yang mampu menghalangnya. Ikrar tu tak mungkin dimungkiri. Namun, Elina yang ditemuinya kini bukanlah Maisara yang mencintainya sepenuh hati sebelum ini. 

“Saya lepaskan awak pergi dan menghilang tanpa jejak bukan sebab saya tak sayang dan tak cintakan awak lagi. Tapi sebab saya yakin, sekuat manapun saya sayangkan awak, awak tetap pilih dia. Awak tetap menolak saya yang gemuk masa tu dan dia yang kurus macam bini popeye….” – Tengku Elina Maisara. 

Sudah sampai masanya aku bertindak sebagai seorang lelaki yang matang. Elina Maisara, abang akan buktikan yang abang betul-betul cintakan sayang. Mark my word, sayang. Mark my word – Megat Nasrudin.

Elina sesak bilamana tempoh lima tahun yang digunakan untuk menyembunyikan satu RAHSIA DIRI hampir tamat. Desakan ayahanda yang berkehendakannya memilih salah seorang calon suami telah buatkan Elina dalam dilema. Janjinya pada Megat dan maruah dirinya kembali menjadi pertaruhan. 

“I tetap dengan keputusan I untuk menjadikan you isteri I, Elly. Dulu nenda you yang pilih I. Sekarang ni ayahanda you pula yang pilih I sebagai calon suami you. You tak fikir ke, I ni memang jodoh you?” – Tengku Hanif

“I nak you bahagia Elly. Siapa pun yang you pilih, I nak you bahagia. Jika pilihan you Hanif, I nak you tahu dia bukanlah lelaki yang mencintai wanita seperti yang you fikirkan. Walaupun, dia kembar I tapi kami tak pernah sehaluan. Fikir bahagia you Elly. Fikirkan diri you dulu sebelum you fikirkan diri orang lain.” – Tengku Harris

Mampukah Megat menawan semula hati Elina serta meletakkan dirinya sebaris dengan calon suami pilihan ayahanda? Siapa jodoh Elina yang sebenar? Dan mampukah keluarga menerima RAHSIA yang dibongkar sendiri oleh Elina?

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment