AYE AYE TUAN PRESIDEN ~ QUE SERA SERA

limited stocks available
Tajuk: Aye, Aye Tuan Presiden!
Harga termasuk pos: RM34sm/RM38ss
Mujur calar sikit. Peluru tu berjaya gores bahu aku. Walaupun luka kecil, terpaksa aku berlakon seolah-olah luka itu sakit sangat. Yalah... Setiausaha Akhbar Tuan Presiden yang anggun bergaya ni bukan ejen gagah perkasa. Dia orang awam. Itu penyamaran aku. Mereka tak boleh tau aku siapa.

Terpaksalah aku berlakon histeria tadi lepas Najmi tunjuk luka tu. Sekarang ni kononnya aku dah tenang. Luka dah dirawat, disapu ubat dan dibalut kemas. Cuma aku belum bertukar baju sebab kami terkurung dalam pejabat Tuan Presiden dikawal rapi oleh pasukan polis. Great sangat!
Sebotol air tersua depan aku. Terkejut dibuatnya. Serius aku tak perasan bila Najmi datang. Bahaya betul untuk sniper macam aku. Tak sepatutnya aku alpa. Kalau dia tu musuh dan tembak aku tadi? Mati kodok jawabnya. 
Aku sambut air yang dihulurkan. Najmi tarik kerusi dan duduk depan aku.
“Saya curious.” Muka Najmi tiba-tiba serius.
Aku terus pasang mode berjaga-jaga. Cuba duga soalan dia. Aku harus pandai putar-belit kalau nak penyamaran aku berjaya.
“Macam mana awak tau ada orang tengah aim ke arah tuan?” Najmi pandang muka aku. Curiga sekali air muka dia. Tak macam gaya Setiausaha Sulit pula aku tengok. Dia ni ejen khas juga ke? Naaahhhhhh! Kami dah siasat latar belakang dia. Najmi orang awam.
“Well... dulu saya pernah join latihan ketenteraan selama 6 bulan. Konon nak jadi komando. Tapi langsung tak layak. Cuma saya sempatlah diajar menembak...cara-cara nak kenal ancaman.” Aku bagi jawapan yang masuk akal sebab itu yang ada dalam rekod aku pun. Memang aku gagal ujian saringan nak jadi ahli elit pasukan komando. Lagipun mana ada pelatih perempuan yang dibenarkan turut serta dalam pemilihan tu.
“Pergerakan awak tadi..swift...like a tigress.” Najmi senyum.
Tegak roma aku tengok senyuman dia tu. Penuh muslihat tapi amat menggoda tulang rusuk aku. Memang tergugat betul perasaan tiap kali Najmi rapat dengan aku macam ni.
“Saya dah biasa terkam lelaki macam tu.” Oopsss! Mak ai. Terlepas cakap!
Muka Najmi berubah terkejut. Hilang terus senyuman muslihat dia. Muka polos terkejut. Dah sah dia salah faham maksud kata-kata aku tadi. Yang aku nak maksudkan, aku dah biasa jadi human barrier untuk lindungi orang daripada jadi mangsa sniper macam aku. Dan setakat hari ni, semua yang aku terkam untuk selamatkan nyawa tu memang lelaki. So...bukan salah aku la kalau aku dah biasa terkam lelaki, kan?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment