MR. PHILOPHOBIA ~ HASH AULIA

PRE ORDER
RM40 SEM / RM47 SS
termasuk poslaju
Lama Yuhara pandang jejaka depan mata. CiptaanNYA sungguh sempurna. Tiada cacat cela. Dari hujung rambut, hingga ke hujung kaki...SEMPURNA!
Pakej model antarabangsa. Raut wajah pula, agak kacak di mata perempuan. Bisa buat hati cair. Tapi, apa masalah lelaki ni sampai mamanya tahap merayu meminta tolong?

Philophobia?
No-no-no. Yuhara geleng laju. Mustahil lelaki depan mata ni trauma dengan cinta. Kalau dia yang mainkan perasaan perempuan, Yuhara percaya. 100% tanpa was-was!
Atau...aunty cuma berseloroh dengan dia?
Sedut nafas, Yuhara hembus panjang. Jemari naik mengetuk dagu. Gaya berfikir kononnya. Kemudian, sekali lagi dia tenung anak teruna orang. Kebetulan, saat itu si lelaki turut menoleh ke arahnya. Tanpa sengaja, pandangan mereka bertaut.
Si jantung berdetak laju walaupun renungan si jejaka biasa-biasa sahaja.
"Errr... Hai." Dek kalut, Yuhara sengih. Tangan naik melambai. Say hello.
Malangnya, si lelaki cuma menjeling tajam seraya berlalu.
Spontan, tangan yang melambai jatuh ke sisi. Senyuman di bibir padam serta-merta dan wajah berubah kelat.
Okay!
Ini bukan penyakit philophobia, tapi Som-ke-san-gus!
Sombong! Kerek! Perasan bagus!
Somkesangus!
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment