MISS REPORTER vs MR MILLIONAIRE

BAKI TERHAD
HARGA RM30 SEM / RM33 SS
postage RM8 SEM / RM12 SS

“Kenal ke dengan perempuan rambut ikal tu?”

“Firhana ke, kenapa?” Entahlah nama perempuan tu siapa. Apa yang aku tahu dia rambut ikal dan perasan cantik. Macamlah dia satu-satunya perempuan cantik dalam dunia ni. Boleh blah!
“Ada apa-apa dengan dia?” Meledak ketawa Mr. Millionaire.

“Kau ni dah kenapa? Dah tukar title jadi isteri aku pulak ke tanya soalan macam ni?”
“Buka, takde niat pun. Tadi dia tanya sama ada kita ada apa-apa atau tak. Saya jawab takde dan bagitahu yang saya ni cuma setiausaha sebulan aje. Dia macam tak puas hati. Siap jeling saya lagi. Saya rasalah... dia ada hati kat bos. Takut pulak.” Makin galak Mr. Millionaire gelak dengan penerangan aku.

“Apa pulak yag kau nak takut?”
“Nanti semua fans bos serang saya kat rumah.” Hei, inilah tugas aku yang menyebabkan ramai orang tak sukakan aku.

“Takdelah. Ingat aku ni banyak sangat fans ke?”
“Banyak. Tu baru satu yang saya jumpa. Esok-esok belum tahu lagi.”
“Jangan risaulah part tu.” Senangnya dia kata jangan risau. Aku dah risau separuh mati kut.
“Bos tak tahu ke dia suka kat bos?” Soalku. Mustahil dia tak tahu.
“Tahu...”

“Habis tu?”
“Habis tu apa?” Dia kerutkan kening dia.
“Tak nak bagi chance?”

“Adoilah! Banyak lagi lelaki lain kat dunia ni.”
“Tapi dia nak bos aje.”
“Aku tak nak dia.” Okey, fine.

“Nanti lepas ni, bagitahu saya ahead of time kalau ada perempuan macam tu lagi yang bakal kita jumpa bila nak pergi mana-mana.”

“Hmm, tengoklah. Aku tak reti benda-benda macam ni. Aku pun nak lari jugak dari diorang semua ni.” Aku senyum dalam hati, nak sangat korek rahsia dia. Instinct journalist aku dah muncul dah.
“Mesti banyak yang sukakan bos, kan?”

“Bila banyak duit, orang sukalah, kan? Dulu waktu aku bukan siapa-siapa takde pulak yang sanggup bersusah payah dengan aku.” Sedih pula aku yang mendengar.

“Bos pernah ada girlfriend ke?”
“Pernah, dulu. Waktu aku study kat Korea...” Mr. Millionaire sengaja bagi ayat dia tergantung. Diam semacam tak nak bagitahu. Aku nak tahu juga sebab aku adalah journalist dan beginilah lumrah journalist. Agak jaga tepi kain orang sikit.

“Lepas tu?” Dia diam juga. Perahsia sangat Mr. Millionaire ini. Nak korek masa lalu dia pun susah. “Ex bos tinggalkan bos ke?” Firhana atau apa sahaja nama perempuan rambut ikal itu cakap dia tidak percaya perempuan. Sebab ditinggalkan oleh ex dia ke?
“Aku nak balik rumah. Aku dropkan kau kat depan ofis aje."
Lain pula jawapan dia. Dia tak nak kongsi kisah hidup dia yang satu ini. Baiklah, aku tanya lain kali. Belum habis lagi kajian aku untuk bahagian yang satu ini. Aku tak kenal perkataan putus asa selagi tak dapat jawapan. Kena sangat dengan kerjaya aku.
“Hmm, okey.” Aku jongket bahu.
LIMITED PRINT
HANYA JUAL ONLINE
TIADA DI KEDAI BUKU
HABIS TIADA REPRINT
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment