KOMBO ABANG SINGA

KOMBO ABANG SINGA
RM63 SM / RM69 SS
TERMASUK POSTAGE
BELIAN SINGLE PUN BOLEH
SINOPSIS
I HATE YOU ABANG SINGA
“Abang minta maaf sebab ceraikan Leesya. Abang menyesal sangat buat Leesya macam tu. Abang masih sayang dan cintakan Leesya. Leesya sentiasa ada dalam hati abang.” Mata berlawan pandang. Rindunya aku dengan mata bundar ini. Tapi air muka Aleesya menunjukkan yang dia tak percaya dengan kata-kata Emir Haidar. Engkau ingat aku nak percaya dengan cakap kau tu ek? Aku masih fobia dengan kau. Sayang dan cinta konon. Isteri? Piirah… Bekas isteri tahu tak!
Orang yang betul-betul sayangkan kita, tak akan tinggalkan kita dengan mudah walaupun ada banyak sebab untuk berpisah. Dia pasti akan cari cara untuk bertahan. Tapi dia ni, ishh… Macam mana aku nak berpaut pada dahan cintanya yang reput kalau mamat kelabu asap ni, Allah duga sikit dah goyah.
“Maafkan abang sayang. Abang tahu abang bersalah. Tolong beri abang peluang untuk menebus kesalahan abang,” Wajah Aleesya yang menunduk dipandang hiba. Ekspresi wajah Aleesya cukup membuktikan yang dia betul-betul menyampah mendengar kata-kata Emir Haidar.
“Leesya benci dengan abang ya. Kalau Leesya tak benci, tolong pandang muka abang.” Terus aku pusingkan kepala ke kiri seolah-olah tidak mendengar kata-kata abang singa itu. Tengok pemandangan cantik di luar kafe ni lagi bagus. Tenang sikit hati aku yang hangat ni. Reaksi spontan yang ditunjukkan Aleesya membuat hati Emir Haidar terguris. Faham dengan bahasa badan yang Aleesya tunjukkan. Dia memang dah benci sangat dengan aku. Sedihnya…
I LOVE YOU ABANG SINGA
“Buat apa pergi hotel bos? Bos nak apakan saya?”
“Ikut ajelah. Jangan banyak cakap!” dia jeling aku geram.
“Mana boleh main ikut aje bos. Nanti tah apa-apa tah bos buat pada saya. Baik bos hantar saya balik. Kalau tak, saya terjun dari kereta ni.” Pintu kereta aku pegang. Bersedia untuk membuka pintu kereta.
“Apa yang awak merepek ni Aleesya! Nak bawa awak pergi makan pun kecoh sangat ni kenapa?” Ah, sudah... tinggi nada suara Tuan Emir.
“Cakaplah, bos nak bawa saya pergi makan. Tak adalah saya kalut sangat. Bos tak reti-reti ke nak beritahu saya awal-awal? Bukannya bos tak ada nombor telefon saya. Telefon ajelah, bukan susah sangat pun. Bos buat macam ni, sudah macam penyangak nak melarikan anak dara orang tahu tak!”
“Apa awak panggil saya? Penyangak!” tinggi dan garang sahaja suara bos singa ni.
“Er… sorry bos... Saya tak sengaja. Takut punya pasal saya ter…”

“Baik awak diam. Jangan banyak cakap lagi. Nanti saya bawa awak lari betul-betul baru awak tahu. Kita nak pergi makan aje pun, bukannya nak pergi Siam!”
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment