DIA LELAKI BERHANTU BY ADNIL ZAFF

BAKI TERHAD
HARGA RM30 SEM / RM33 SS
postage RM8 SEM / RM12 SS

“ABAH harap Hana sedar apa yang Hana buat ni.” 
Bicara abah ketika kami dalam perjalanan menuju ke hospital. 
Aku berdiam. Menanti kata-kata abah yang 
seterusnya. Abah yang sedang memandu menoleh kepadaku seketika. 
“Abah sependapat dengan mak. Abah tak mahu Hana letak diri Hana di dalam situasi yang menyulitkan hidup Hana nanti.” Sekali lagi abah mencelah kebisuanku. 
“Apa maksud abah? Hana cuma nak temankan Abang Zack sekejap aje, abah. Hana tak ada niat apa-apa 
pun.” Balasku perlahan. 
“Abah dan mak tahu apa yang Hana simpan selama ini. Tentang kedudukan Zackery dalam diri Hana. Abah nak Hana fikir baik-baik tentang itu. Fikir dalam-dalam. 
Fikir masak-masak. Inilah waktu yang sesuai untuk Hana buat keputusan yang terbaik buat diri Hana sendiri.” Abah terus berkata lembut kepadaku. 
“Tak ada apa yang nak difikirkan, abah. Hana cuma nak tolong Auntie Nora aje. Tak lebih dari itu. Hana tak mahu abah dan mak risaukan Hana. Hana tahu apa yang 
abah maksudkan tadi. Tapi bukan itu yang Hana pentingkan sekarang.” Ujarku dalam nada agak lemah. 
Ya! aku sebenarnya sudah lama berfikir tentang perasaanku kepada Zackery. Aku tahu aku tidak mampu berada di tempat yang aku harapkan itu. Aku selalu sedar Zackery tidak pernah memandang aku setinggi itu. 
Perasaan ini hanya ada padaku seorang. Dan aku tidak melakukannya kerana mahu cintaku dibalas. Sama sekali tidak! 
“Baguslah kalau Hana kata macam tu.

LIMITED PRINT

HANYA JUAL ONLINE
TIADA DI KEDAI BUKU
HABIS TIADA REPRINT
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment