BUKAN ROOMMATE BIASA ~ Syamnuriezmil

PRINT ON DEMAND
BUKAN ROOMMATE BIASA ~ Syamnuriezmil
RM20 SM / RM23 SS
Postage 7.00/11.00
Nurul Ayraa sering bermimpi tentang Daris Fahim. Tak kenal siapa Daris Fahim, tetapi... wajah itu sering muncul dalam mimpinya. Dahlah mimpi sebagai isteri kontrak, mimpi tu pula bersambung-sambung seperti sebuah drama.
.
“Aku nikah kan dikau, Daris Fahim bin Fahmi dengan Nurul Ayraa binti Naim dengan mas kahwinnya sebanyak RM120.00 tunai.”
“Aku terima nikah Nurul Ayraa binti Naim dengan...” .
.
Nurul Ayraa dikejutkan lagi... apabila lelaki yang bernama Daris Fahim menelefonnya mencari rumah untuk disewa selama sebulan. Tak pasal... gara-gara salah nombor itu,Nurul Ayraa menjadi petunjuk arah. Sehinggalah, Nurul Ayraa menjadi petunjuk arah ke pejabatnya sendiri. Rupa-rupanya, Daris Fahim merupakan juruaudit luar yang akan bertugas di syarikatnya selama sebulan. Mujurlah Nurul Ayraa tak pernah beritahu apa nama penuhnya. Kalau tak, kantoilah Nurul Ayraa!

Banyak kali Nurul Ayraa cuba menyelamatkan keadaan, akhirnya... penyamarannya terbongkar juga.
.
“Nama siapa?”
“Mama saya pesan, jangan cakap nama kita dekat strangers!”
“Okey, nama abang Daris. Abang ni kawan ucu.” “Eh, Daris? Nama boyfriend ucu! Oh... ini Daris boyfriend ucu eh yang telefon hari tu kannn?”
Muka Daris terus berubah.
Aku...
Dah warna hijau dah!
“Cik ucu? Cik ucu tu awak ke Ayraa?” .
.
Melalui Daris Fahim, Nurul Ayraa mendapat tahu bahawa orang-orang yang muncul di dalam mimpinya itu... sebenar-benarnya wujud. Pelik juga Nurul Ayraa, mengapa dia terlibat dalam kisah cinta tiga segi antara, Daris, tunangnya Sophie yang merupakan bekas kekasih Haris dan Haris, kawan baik Daris yang sebenarnya sudah pun meninggal dunia.
.
“Mungkin saya ditakdirkan... bukan untuk bagi idea kat awak... tapi, untuk membantu awak cari idea. Haaa...” .
.
Adakah mimpi Nurul Ayraa itu adalah untuk membantu Daris Fahim dan Sophie, ataupun menyatukan Daris Fahim dan Nurul Ayraa? .

Ada dua pilihan selepas kita bangun tidur, satu... tidur semula dan mimpi yang indah-indah atau dua, bangun dan mengejar mimpi itu menjadi kenyataan!

#BukanRoommateBiasa
#BlurbBukanRoommateBiasa
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment