LAST SET TRIO MUM LINZ

LAST SET TRIO MUM LINZ *HATI YANG TERCALAR BAKI STOK 1 NSKH SHJ!
TRIO MUM LINZ ~ Mum Linz
RM95.00SM / RM98.00SS
#DiaLelakiDurjana

"Ehh.. awak nak ke mana?" Soal Afrina sebaik melihat Farish menyembur minyak wangi di depan cermin. Terbantut hasratnya untuk turun ke tingkat bawah, ke bilik dobi. Dia ke bilik Farish memungut baju kotor, tetapi Farish pula bersiap-siap hendak keluar.

"Kau siapa nak sibuk hal aku?" Farish berpaling memandang Afrina yang memegang bakul baju kotor miliknya.

"Err.. saya tanya sebab malam ni bik Hatijah tak ada. Dia pergi rumah.."

"Lantak kau lah. Aku peduli apa." Pintas Farish mematikan bicara Afrina.
"Saya tak berani nak tinggal sorang." Adu Afrina. Memang dia seorang yang penakut. Lebih-lebih lagi di banglo mewah tiga tingkat Farish. Terlalu sunyi bila tengah malam.
Farish tergelak kecil. Langkah diatur ke arah Afrina yang tegak berdiri di depan pintu bilik air.
"Ni aku nak ingatkan kau. In case kau terlupa." Dahi Afrina ditunjal-tunjal dengan jari telunjuknya.
Afrina tertunduk, menikus. Dia sudah tersilap tafsir tentang Farish. Sangkaannya Farish akan kasihan kan dia.
"Aku dengan kau tak ada apa-apa ikatan atau pertalian. Kau tu hanya salah satu koleksi untuk aku puaskan nafsu aku. Memandangkan kau juga tak mendatangkan faedah pada aku 2, 3 hari ni baik aku pergi cari koleksi aku yang lain." Farish berlalu. Jaket kulit berwarna coklat yang terdampar di atas katilnya diambil.
-
#HatiYangTercalar
"Alah, kita pergi Tescolah. Ada aircond, tak panas. Tak pun kita pergi Mydin. Mydinkan banyak juga barang basah." Pujuk sang suami.
"Tak nak. Kat pasar, barang-barang segar. Harga pun lagi murah."
"Honey..." Suara sang suami sudah meleret.
"Gedik." Balas Nur Ameenah sepatah.
Suaminya tersenyum.
"Setuju kan?" Kening dijungkit.
"Yalah." Jawab Ameenah acuh tak acuh.
"Thank you, honey. Sebab tu biy sayang honey ketat-ketat tau." Hidung Nur Ameenah dicuit dengan hujung jari.
"Dah. Biy pergi siap cepat. Kejutkan Aryan sekali. Meen nak mandikan Nadeem dengan Nazreen ni." Nazreen yang berada diribanya diletakkan di atas stroller berkembar sebelum Nadeem yang berada di pangkuan suaminya diambil.
Nur Ameenah bangkit. Menunduk untuk meletakkan Nadeem pula ke dalam stroller.
Papp! 
Punggungnya ditepuk dari arah belakang.
Nur Ameenah menoleh, geram. Jelingan dihadiahkan kepada suaminya yang tersengih miang.
"Amboi, menggodanya jelingan tu. Rasa macam biy nak terkam honey sekarang juga. Punggung tu, mantap sangat.." Usik sang suami lalu ketawa.
"Such a pervert!" Balas Nur Ameenah sebal.
-
#AbamBekuCikGedik
"Bieeeyyy..." Meleret suara Ariana. Tersenyum simpul, hajatnya hampir terlunas jika abangnya tak kacau daun.
"Apa?" Langsung tidak memandang isterinya di atas katil.
"Biey tak pakai underwear ke?" Soal Ariana tanpa segan silu.
"Pakailah." Jawab Izzul Haq sepatah. 
"Tak nampak biey sarung pun. Haaa... tak pakai ehh.." Ariana menduga. Jari telunjuk digoyang goyangkan ke kiri kanan.
Izzul Haq mendengus sebal. Zip depan beg bajunya dibuka, diambil brief berwarna merah terang. Terlupa, biasanya di rumah dia jarang memakai underwear kecuali keluar dari rumah. Kaki diatur ke bilik air, tidak mahu membuat free show depan isterinya yang gatal merenyam.
"Nak pi mana tu?? Pakailah depan sayang. Nakkk tenggokkk..." Ariana bersuara lunak, manja.
"Nak tengok apa? Gataii noh.." Izzul Haq membalas dengan loghat utaranya. Kamelia Ariana sudah terkekek kekek ketawa. Senang hati.
"Sayang suka... warna... merah.. biey... turn me on.." Ariana belum habis lagi menggoda. Merangkak menuruni katil.
Izzul Haq menggelengkan kepala. Apalah nasibnya dapat isteri yang tak ada perasaan malu. Pintu bilik air ditutup rapat, dikunci.
"Turn me on konon.. suka warna merahlah... dia yang gatal merenyam.." Izzul Haq membebel didalam bilik air.
"Bieyyy.. sayang dengar..." Kamelia Ariana bersuara.

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment