TAHANAN TUAN DHAZRIF ~ QAYS RICO

PRE ORDER SEHINGGA 31 MEI SHJ!
TahananTuanDhazrif 
(Qays Rico)
HARGA RM38 SEM / RM45 SS
termasuk poslaju

Dhazrif perhatikan saja gelagat satu susuk tubuh yang sejak tadi menarik perhatiannya. Santai berpeluk tubuh bersandarkan kereta. Setiap tingkah laku si dia sejak tadi Dhazrif dah rakam dengan sepasang mata miliknya. Juga dengan telefon bimbit kepunyaan Khalid.

Menggeleng. Tak cukup duit sangat ke sampai perlu jdi 'pickpocket'? Anak kepada lelaki berpangkat Datuk? Menipulah kalau tak berduit. Sungguh dia tak faham.
"Tuan.." Suara si pembantu berkepala botak cuba hendak mencelah. Nampak teragak-agak dengan suruhan majikannya.
"Tuan kenal ke budak tu?" soal Khalid ingin tahu.
Menoleh, Dhazrif tayang wajah tak beriak.
"Heret dia masuk kereta, Lid."
Khalid telan liur. Merenung wajah majikan yang dah boleh dikira bujang terlajak. Umur nak masuk 35 tahun, bayang teman wanita pun tak pernah ada.
"Tapi.."
"Kau boleh buat ke tak boleh buat?" Nada tegas sudah melontar.
Khalid sedut nafas dalam-dalam. Tak sempat nak jawab, Dhazrif rampas telefon bimbit yang merakam setiap 'gerak-geri' si dia sebelum melangkah mendekati si dia yang masih rancak dengan aktiviti tak bermoral yang dibuat.
Kalau Khalid tak boleh buat, biar dia saja yang buat. Langkah kaki dipasang kemas. Cuba membaca bahasa tubuh si dia. Yang pasti, si dia takkan terlepas untuk kali ini.
I'll catch you, kid.
Hati menggumam.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment