KOMBO MUM LINZ

promosi sehingga  25 Disember 2018 
kombo mum linz HANYA RM60 SEM/ RM66 SS
poslaju percuma !
KOMBO MUM LINZ 
68SM / 70SS
SINGLE :-
DLD 30 /33SS + postge 8 sm/ss

ABCG 38/40 SS masuk postge
"Tengku."
Farish panggung kepala. Suratkhabar yang berada di tangannya dilipat dan diletak ke tepi meja. Terbantut rutinnya pada awal pagi iaitu membaca suratkhabar dan mengambil tahu isu terkini. Wajah sugul Afrina ditatap.
"Err.. semalam.. semalam.." Jari jemarinya diramas. Tidak tahu macam mana untuk berterus terang.
"Semalam.. Semalam.. Semalam apa??" Jerkah Farish membuatkan Afrina tersentak.
"Err.. Tengku cakap nak.."
"Aku nak apa?" Lagi sekali Afrina tersentak. Terangkat bahunya mendengar suara halilintar Farish.
"Tengku cakap, saya masih dara.. Tengku nak kahwin.."
"Aku nak kahwin dengan kau?" Soal Farish dengan senyum sinis bergayut di bibir.
"Ehh perempuan.. Kau pergi masuk bilik, tengok cermin besar dalam bilik tu. Sepadan ke kau dengan aku?"
"Tapi Tengku dah janji.. tak baik.." Air mata Afrina menitis. Tidak sangka Farish akan memungkiri janji yang dibuat semalam.
"Tak baik mungkir janji?? Heh! Janji tu siapa-siapa je boleh cakaplah. Kau tu perempuan murah, aku ni lelaki berduit. Aku dah beli kau dengan 200 ribu dah cukup mahal tau. Kau patut berterima kasih dengan aku, bukan melalak pagi petang siang malam. Hishh.. rimaslah aku layan perempuan macam kau ni. Sikit-sikit nangis. Lembik!!" Punggung diangkat dari kerusi sebelum kerusi ditolak kasar ke belakang.
Pipi Afrina dicengkam.
"Kau dengar sini ehh.. aku.. tak.. percayakan.. perkahwinan." Satu persatu patah perkataannya ditekan.


Selesai sahaja acara menyarung cincin dan bergambar, mereka semua dijemput menjamu selera hasil gabungan air tangan Ariana dengan Puan Sri Kirana. Rancak mereka berborak di meja makan. Riuh rendah suasananya. 

Kamelia Ariana dan Izzul Haq pula berbalas balas pandangan. Gembira di hati tiada siapa yang tahu.

"Seronok lah tu." Kabir Amirul menyakat adiknya yang tersenyum senyum di atas tangga selepas keluarga Izzul Haq bergerak balik.

"Mestilah seronok. Abang tahu apa?" Ariana mendaki tangga satu persatu. Mulut terkumat kamit menyanyi, senang hati.
Oh, mummy saya mahu kahwin..
Kahwin dengan siapa..
Dengan siapa saja..
Oh, mummy saya mahu kahwin..
Kahwin dengan siapa..
Dengan Izzul Haq, doktor pakar daddy..
Semakin kuat suara Kamelia Ariana menyanyi, abangnya ditingkat bawah dijeling.
"Eheemmm.. maaf, tertinggal phone." Kuat Izzul Haq berdehem, kaki melangkah masuk ke ruang tamu banglo Tan Sri Mahmud. Mukanya berkerut kerut menahan tawa dari meletus. Didengari setiap bait kata dari mulut Ariana dari tadi. Kabir Amirul yang menyuruh dia diam sejak 5 minit lepas.
"Dah habis ke adik? Nyanyilah lagi." Perli Kabir Amirul. Muka Ariana sudah berbahang malu. Mula berlari anak masuk ke biliknya.
Masuk saja ke dalam bilik, badan menerpa ke atas katil. Meniarap, muka ditekup ke bantal.
"Malunyaaa..." bantal ditumbuk tumbuk.
Biipp.. biipp.. pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya.
+ Sedap suara tunang I rupanya. Nanti first night kita, biey nak dengar lagi.. aummm ~my hubby~
"Waaaa... mummy.." Ariana seperti hendak meraung. Menyesal bersetuju pendekkan pertunangan mereka. Kalaulah dia tahu Izzul Haq boleh berubah menjadi lelaki yang menakutkan seperti tu, confirm dia tetapkan 3 bulan.

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment