KOMBO MUM LINZ II

BAKI TERHAD
BAKI TERKINI HATI YANG TERCALAR 1 NASKAH SHJ LAGI!

KOMBO MUM LINZ II 

68SM / 70SS

SINGLE :-

DLD 30 /33SS + postge 8 sm/ss

HYT 40/rm43SS termasuk postge

#DiaLelakiDurjana

"Ehh.. awak nak ke mana?" Soal Afrina sebaik melihat Farish menyembur minyak wangi di depan cermin. Terbantut hasratnya untuk turun ke tingkat bawah, ke bilik dobi. Dia ke bilik Farish memungut baju kotor, tetapi Farish pula bersiap-siap hendak keluar.

"Kau siapa nak sibuk hal aku?" Farish berpaling memandang Afrina yang memegang bakul baju kotor miliknya.

"Err.. saya tanya sebab malam ni bik Hatijah tak ada. Dia pergi rumah.."

"Lantak kau lah. Aku peduli apa." Pintas Farish mematikan bicara Afrina.
"Saya tak berani nak tinggal sorang." Adu Afrina. Memang dia seorang yang penakut. Lebih-lebih lagi di banglo mewah tiga tingkat Farish. Terlalu sunyi bila tengah malam.
Farish tergelak kecil. Langkah diatur ke arah Afrina yang tegak berdiri di depan pintu bilik air.
"Ni aku nak ingatkan kau. In case kau terlupa." Dahi Afrina ditunjal-tunjal dengan jari telunjuknya.
Afrina tertunduk, menikus. Dia sudah tersilap tafsir tentang Farish. Sangkaannya Farish akan kasihan kan dia.
"Aku dengan kau tak ada apa-apa ikatan atau pertalian. Kau tu hanya salah satu koleksi untuk aku puaskan nafsu aku. Memandangkan kau juga tak mendatangkan faedah pada aku 2, 3 hari ni baik aku pergi cari koleksi aku yang lain." Farish berlalu. Jaket kulit berwarna coklat yang terdampar di atas katilnya diambil.
-
-
#HatiYangTercalar
"Alah, kita pergi Tescolah. Ada aircond, tak panas. Tak pun kita pergi Mydin. Mydinkan banyak juga barang basah." Pujuk sang suami.

"Tak nak. Kat pasar, barang-barang segar. Harga pun lagi murah."
"Honey..." Suara sang suami sudah meleret.
"Gedik." Balas Nur Ameenah sepatah.
Suaminya tersenyum.
"Setuju kan?" Kening dijungkit.
"Yalah." Jawab Ameenah acuh tak acuh.
"Thank you, honey. Sebab tu biy sayang honey ketat-ketat tau." Hidung Nur Ameenah dicuit dengan hujung jari.
"Dah. Biy pergi siap cepat. Kejutkan Aryan sekali. Meen nak mandikan Nadeem dengan Nazreen ni." Nazreen yang berada diribanya diletakkan di atas stroller berkembar sebelum Nadeem yang berada di pangkuan suaminya diambil.
Nur Ameenah bangkit. Menunduk untuk meletakkan Nadeem pula ke dalam stroller.
Papp!
Punggungnya ditepuk dari arah belakang.
Nur Ameenah menoleh, geram. Jelingan dihadiahkan kepada suaminya yang tersengih miang.
"Amboi, menggodanya jelingan tu. Rasa macam biy nak terkam honey sekarang juga. Punggung tu, mantap sangat.." Usik sang suami lalu ketawa.
"Such a pervert!" Balas Nur Ameenah sebal.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment