Gelora ~ Yatt

LIMITED EDITION
GELORA
RM35.00 SEM / RM40.00 SS
poslaju RM8.00 / RM12.00 SS
AKU menghempaskan tubuh di atas katil. Ketika ini aku memang tiada perasaan nak jumpa sesiapa pun. Sakit hati aku belum habis. Sudahlah kena panggil monyet, kena tinggal pula tepi jalan. Hina betul rasanya. Rasa terhina melebihi rasa penat! Tok!Tok!Tok! Ketukan pintu mengejutkan aku yang hampir terlelap. Belum pun sempat aku beri kebenaran masuk, klik! Tombol pintu sudah pun dipulas. Terjengul muka Mak Pah. “Ayrish, tak kerja ke?” Mak Pah pandang aku dengan mata yang bulat. “Kerjalah ni Mak Pah.” “Kerja apa atas katil tu? Dah bangun, pergi hantar Tuan Irman ke pejabat Tan Sri.” “Ya Allah, office mendernya Mak Pah, dah lepas tengahari ni!” Haih, sakit hati pulak aku tengok orang tua ni. Mengarahnya mengalahkan tuan. “Suka hati akulah, nak masuk tengahari ke, petang ke, malam ke...!” Zasss! Berdesup darah aku. Serta merta aku bangun berdiri macam hantu cina. Mata aku terkebil-kebil memandang Irman dalam pakaian kasualnya. ‘Macam ni nak pergi office?’ Getus hati ku.Ini bukan ke office, ni nak pergi ngorat! Dia membetulkan kotnya. Baju T merahnya elok kemas dimasukkan ke dalam jeans hitam. Kot, baju T dan jeans… “Macam jurujual je.” Opss aku terlepas komen. Tapi untungnya dia tak dengar, kalau dengar takkan dia selamba sahaja beredar. “Cepat!” Satu saja kepandaiannya, bagi arahan! Sudahlah aku letih separuh mati. Kena hantar dia pulak… “Mana kunci? Kunci?” Aku mengekori Irman. Tapi dia tidak menjawab saolan aku sebaliknya terus bergerak keluar. Aku ikut juga. Kalau Tan Sri tengok dia memandu sendiri, habislah aku. “Tuan, bagi saya kunci tu.” Aku meninggikan suara. Tapi ketika itu dia sudahpun membuka pintu Porsche Boxsternya. Aku tersenyap! Tapi belum sampai tahap tersangap. Sebab benda warna gold itu memang sangat ekslusif. Biasanya aku hanya drive BMW milik Tan Sri saja. Aku berpatah balik, masuk ke dalam sebaik sahaja dia menghidupkan keretanya. Ponnnnnnnnnnnnnnnnn! Bersilat Mak Pah melatah mendengar hon panjang itu. Aku pula bergegas kembali ke luar. Aku jenguk ke pintu, Irman siap berkaca mata hitam di tempat duduk pemandu. Ponnnnnnnnnn! Sekali lagi Mak Pah melatah! Aku mula stress bila Irman buat perangai. “Kau nak aku tunggu kau sampai bila?” Terpancul ayat itu sebaik saja Irman menurunkan bumbung keretanya. Berdesup aku meluru ke arahnya. Kalau sekali lagi dia bunyi hon, mungkin Mak Pah akan melompat sampai ke bumbung pula. “Sapa hantar kau balik tadi?” “Jalan kaki.” Aku jawab tak jujur. Dia tenang memandu dan aku pula tenang duduk disebelah penumpang. “Pasal apa nak tipu aku?” Irman menempelak. “Ye, aku tak jalan kaki.” Kali ini aku jujur. Memang Arif yang hantar aku. Dia satu-satunya talian hayat yang aku ada. Sekalipun naik motorsikal sahaja, ia jauh lebih baik dari jalan kaki di panas terik itu. “Dia hantar lagi ke?” Irman menyoal aku macam inspektor polis. Aku angguk sambil pura-pura pandang ke

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

No comments:

Post a Comment