DIA LELAKI BERHANTU ~ ADNIL ZAFF

BAKI TERHAD
rm38 sem / rm40 ss
termasuk postage
“Oh. Jadi awak nak saya panggil awak apa? Baby? Darling?” ucapku lantas tergelak kecil. Zackery memandang ke arahku. 
“Selalu dalam novel, kau buat watak isteri panggil suami dia darling ke?” tanya Zackery sambil tersenyum sendiri.
“Tengok watak wanita tu pulaklah. Sesetengah perempuan memang suka panggil suami darling. Tak suka panggilan abang. Nampak kolot.”
“Tapi kau jenis perempuan yang kolot, kan?” celah lelaki itu pantas. Senyumannya masih tersungging elok di bibir.
“Oh! Mana awak tahu yang saya ni kolot?” cabarku mula seronok melihat dia sudah mula banyak bercakap.
“Sebab dulu kau tak suka aku pegang tangan kau,” jawab Zackery mudah.
“Hanya sebab tu awak rasa saya ni kolot?”
“Kadang-kadang aku nampak kau pakai kain batik. Tapi aku suka. Sebab kau nampak seksi, bila pakai kain batik. Masa tu baru aku dapat tengok bentuk tubuh kau yang sebenarnya. Kalau tak, aku tengok kau suka pakai baju longgar,” jawab Zackery semakin selamba. Dia mula memandangku dengan sedikit sengihan.
Berderau darahku entah kenapa. Aku tak tahu pulak yang dia suka perhatikan aku. Yalah... lelaki yang ada masalah seperti Zackery, yang tidak berfungsi hanya organ bawahannya itu saja. Keinginan tetap ada. Agaknyalah.
“Hmm... saya ni memang kolot. Saya memang tak pandai nak pakai baju tidur seksi-seksi ni. Saya tak pernah nampak mak saya buat begitu di rumah,” balasku sekadar bersahaja.
“Kadang-kadang aku rasa hubungan ni cuma sementara aja. Sebab tu kita ni masih macam ni. Kau pun takkan nak hidup dengan lelaki macam aku selama-lamanya, kan?” ucap Zackery perlahan. Nadanya sudah mula berubah. Riak wajahnya juga mula berubah sedikit.
“Awak rasa saya ni macam tu ke? Lebih baik saya pilih lelaki lain aja semenjak awal. Buat apa saya nak buang masa kahwin dengan awak, kalau akhirnya itu pilihan saya?”
“Habis tu kenapa kau tak panggil suami kau macam watak perempuan-perempuan dalam novel kau tu? Aku rasa kau kahwin dengan aku sebab kasihankan aku. Bukan sebab kau memang sayangkan aku.” Zackery pantas mengenakan aku semula. 
Panggil abang? Macam pelik pulak aku rasa. Tiba-tiba aku kehilangan idea mahu menjawab.
“Kau tak suka ke apa yang aku cakap ni?” soal Zackery tatkala aku masih terus berdiam.
“Tak. Bukan saya tak suka. Saya sebenarnya. Err...” aku hanya terkaku setelah itu. Gugup dalam diam. Lelaki itu masih memusatkan pandangannya kepadaku. Membuatkan aku semakin payah mahu meluahkan kata. 
“Saya seganlah. Lagipun awak cuma tua dua tahun aja dari saya,” jawabku akhirnya. Relevankah agak-agaknya alasan yang aku beri itu? Entah. Itu jawapan lebih kepada mahu mengelak sebenarnya.
“Sama macam kau, aku pun rasa janggal nak ubah kebiasaan tu. Tapi aku faham. Mana ada perempuan yang mahu meletakkan harapan pada lelaki cacat macam aku ni,” sambut Zackery agak tenang.
Aku menghela nafas perlahan memikirkan kata-kata lelaki itu. Ah! Hana.. nak panggil abang malu pulak. Yang kau pelawa diri kau jadi isteri dia, kau tak malu pun, getus hatiku sendiri.
“Sorrylah. Saya takut lidah saya ni terbelit-belit. Saya memang tak biasa panggil awak macam tu. Nak kena praktis dulu bagi mahir,” jawabku mula merapu entah apa-apa. Spontan aku memandang ke arah lain dengan lidah terjelir. Geli geleman dengan jawapan sendiri. Kulit muka sudah terasa tebal melihat senyum aneh di bibir Zackery. Nak mengejek akulah tu!
 “Suka hati kaulah. Aku bukannya memaksa,” jawab Zackery perlahan.
Tiba-tiba aku terasa bersalah pula melihat wajahnya sudah berubah lain macam. Dia kecil hati ke? Hatiku tertanya sendiri. Tetapi aku terus berdiam sambil memandang ke halaman rumah dari atas balkoni itu.
“Pergilah buat kerja kau. Tak payah temankan aku kat sini,” ucap Zackery tiba-tiba.
“Awak marah saya ke?”
“Tak.” Zackery menjawab sepatah tanpa memandangku. Tak marah konon. Tapi nada macam sedang merajuk saja?
“Saya minta maaf kalau saya dah buat awak kecil hati dengan saya,” ucapku perlahan.
“Aku tak layak pun nak kecil hati dengan kau. Aku ni cuma kawan kau. Kau tu dah macam jururawat aku,” balasnya dalam nada sinis. Aku sempat terpandangkan ekor matanya mengerling aku.
Bagi ajalah apa yang dia nak Hana oi! Bukannya dia minta apa pun! jerit hati ku sendiri. Alahai, aku bab pujuk-pujuk orang merajuk ni memang lemah. Spontan aku mula menghela nafas perlahan.
“Abang.” Akhirnya aku tebalkan juga muka memanggil dia begitu. Tetapi sungguh! Perasaan saat ini memang tidak menentu. Rasa macam nak terjun dari balkoni pun ada.
Zackery buat pekak tanpa menoleh. Aku mula menggerutu geram melihat muka tidak berperasannya. Panggil abang tak lut ya? Okay, kita cuba sekali lagi. 
“Baby,” usikku dalam menahan tawa.
“Jangan panggil aku macam tu! Aku tak suka!” tukas Zackery spontan. Aku segera ketawa melihat gelagatnya. Tahu pun malu! 
“Habis tu awak buat pekak aja saya panggil tadi? Panggil abang tak nak layan. Panggil baby layan pulak. Panggil baby lagi nanti, baru tau,” usikku sambil ketawa melihat gelagatnya. Ego konon.
Zackery terus membatu seolah-olah tidak mendengar. Perlahan aku mula mencapai tangannya. 
“Okaylah. Merajuk! Hana minta maaf,” pujukku halus. Lelaki itu tetap pegun tidak melayan. Tapi tangannya tidak pula ditariknya. 
“Abang,” panggilku lembut.
“Ya.” Lelaki itu akhirnya menjawab perlahan. Aku pulak rasa mahu tergelak melihat reaksi Zackery. Aku tahu dia sendiri pun janggal mahu mengubah kebiasaannya beraku engkau dengan aku.
“Kalau nak bermanja cakap ajalah. Tak payah nak malu-malu. Bukan ada orang lain nampak pun kat sini,” ucapku sambil tersenyum memandangnya.
Zackery buat-buat tidak dengar. Saat aku cuba mencari pandangan matanya, dia segera memandang ke arah lain. Sekilas pandang, aku tahu dia malu tapi mahu.
“Alah! Tu macam nak ketawa aja? Saja buat sombong konon,” cebirku perlahan.
Spontan Zackery menoleh kepadaku dengan pandangan ekor mata. Aku meletakkan tangan di bawah dagunya. 
“Nak gelak ke tak ni?” usikku sambil ketawa kecil.
Zackery mencebik. Konon tak lut. Namun seketika kemudian satu senyuman sudah mula dilakar oleh bibirnya. Dan saat itu aku tersedar, dia sedang menggenggam jemariku.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment