BELLA ~ ACIK LANA

HARGA RM48.00 SEM / RM58.00 SS
termasuk poslaju
STOK TERHAD
PRINT ON DEMAND SAHAJA. TAK MASUK KEDAI BUKU.
Bella - Acik Lana
“Hmmm, apa benda yang kau nak story dengan

aku ni? Sampai tak menyempat nak tunggu petang,
cerita best sangat ke?”
Pertanyaan Faid membuatkan mata Bella
bersinar ceria. Dada disapa debar halus. Keterujaan
yang terpadam seketika tadi kembali memuncak saat
ini. Dengan muka malu-malu, dia memandang tepat
renungan Faid yang masih terarah kepadanya.
“Cerita ni memang best sangat-sangat.”
“Oh, really? Kau dapat naik pangkat ke apa?”
Tekaan Faid membuatkan Bella tergelak kuat.
Bab naik pangkat memang boleh buat dia bahagia
juga, tapi sekarang ada perkara lain yang lebih
membahagiakan. Terlalu gembira sampai pipi dah naik
lenguh sebab asyik nak tersenyum saja.
“Faid, ini bukan kes aku naik pangkat, but more
than that.”
“Maksud kau?” Kening Faid berkerut. Wajah
Bella yang putih kemerahan ditatap dalam-dalam.
Hmmm, dia dah boleh mengagak tapi sengaja dibiarkan
Bella membuka mulut sendiri.
“I’m in love…” balas Bella dengan kepala
tertunduk sedikit. Malu!
“Seriously, Bella? Again?” keluh Faid dengan
reaksi jelas bertentangan.
“Hmmm, aku dah agak kau akan cakap macam
tu,” kata Bella.
Dia kembali memandang ke wajah Faid yang
jelas mempamer riak bersahaja. Lelaki itu langsung tak
berkongsi keterujaan dengannya.
“Kali ni aku serius Faid, ini memang real. Dia
memang betul-betul sukakan aku,” jelas Bella yakin.
“Then apa jadi dengan Khairul? Dulu kau kata
Khairul pun sukakan kau jugak, kan?” pintas Faid dengan
suara serius. Air muka juga berubah sedikit tegang.
Memang setiap kali Bella datang dengan kisah
jatuh cinta, Faid akan bereaksi begini. Dia sebenarnya
risau kalau Bella dipermainkan oleh lelaki-lelaki bedebah
dekat luar sana tu. Semua suka mengambil kesempatan
saja, bukan serius pun.
“Faid, Khairul tu lain. Kau pun tahu dia rapat
dengan aku sebab nak kikis duit aku aje kan?” keluh
Bella seraya menyedut limau ais di dalam gelas.
“Aku yakin Daniel ni jauh bezanya dan dia
memang serius sukakan aku. Aku boleh rasa semua tu,”
sambung Bella lagi.
“Oh, so nama mamat tu Daniel?”
“Haah. Nama dia Daniel. Daniel yang handsome
bagai nak gila!” Tanpa mempedulikan reaksi dingin Faid,
Bella tertawa sendiri. Dengan muka berseri-seri, dia
menongkat dagu dengan mata terkelip membayangkan
wajah tampan Daniel. Aduhai, kali ini dia memang dah
jatuh cinta teruk. Lebih teruk daripada sebelum ini!
“Kau yakin ke dia betul-betul sukakan kau?
Aku bukan apa, aku cuma tak nak dia gamekan kau aje.
Bukan kau tak pernah kena, dah banyak kali kut kena.”
Nasihat Faid membuatkan Bella ketawa kecil.
Dah banyak kali dia mendengar ayat yang serupa. Tapi
Faid patut tahu yang kali ini kisah cintanya mungkin
berbeza. Mungkin bersama Daniel, dia boleh menemui
cinta yang dinanti-nantikannya selama ini. Umur dah
dua puluh enam tahun, tapi bercouple pun dia tak
pernah. Sedih dan loser sangat kan?
“Kalau Daniel dah ajak aku jadi partner dia
untuk company dinner malam esok, kau tak rasa ke dia
memang suka aku?” soal Bella dengan muka sedikit
yakin. “Punyalah ramai perempuan cantik dekat situ,
tapi dia tetap pilih aku.”
“Hmmm, entah-entah diaorang sengaja nak
kenakan kau, Bella.”
“Pleaselah, kau ni jangan fikir negatif sangat,
Faid.”
“Aku cakap benda betul, aku tak nak kau sakit
hati lagi. Aku tak nak orang-orang macam tu terus buli
kau. Bukannya kau tak pernah kena.”
Bella terdiam. Memang ada betulnya kata-kata
Faid sebab lelaki ini sudah banyak kali menjadi saksi
dirinya dibuli dan dipersendakan. Tapi siapa tahu kalau
Daniel betul-betul ikhlas ingin menjalin hubungan
dengannya? Tak cuba, tak tahu kan?
“Faid, nanti kau tolong aku cari baju untuk
dinner tu ya? Aku tak pandailah nak pilih baju yang
cantik-cantik.” Bella kembali mengukir senyuman manis.
Bagai tak terkesan dengan nasihat Faid sebentar tadi.
Dalam diam, perasaan Faid semakin berkocak
bimbang. Ingat lelaki yang digambarkan handsome bagai
nak gila macam Daniel tu ikhlas nak bercouple dengan
Bella? No way, dia tak percaya langsung! Ini mesti ada
benda yang tak kena. Tak mungkin lelaki seperti Daniel
ada ‘selera’ dengan perempuan sepertinya.

Blurb Love , Unlikely 

Timah – nama yang begitu sempoi, sesempoi orangnya. Pertembungan dengan si jejaka dalam suatu insiden yang tidak disengajakan menyerlahkan sifatnya yang tenang lagi selamba sehingga mampu mengusik perhatian dan menarik minat lelaki itu. Namun Timah punya kompleks rendah diri yang agak tinggi ekoran ‘kecomelan’ tubuh badannya, lebih-lebih lagi diri sering menjadi bahan usikan serta ejekan sejak alam persekolahan lagi.



Firas tidak mengerti mengapa dia sering ditolak oleh gadis itu. Namun dia tidak mampu menerima alasan-alasan yang dilemparkan Timah sedangkan hati yang disangka telah mati kini seakan bergetar kembali. Maka gadis itu berterusan diburu.

Dan ketika Timah mula akur dengan kehendak hati, langkah murninya telah disalah erti. Firas kecewa lalu meninggalkan si pemilik hatinya terkapar-kapar sendiri. Namun sejauh mana kaki mampu berlari, hati tidak mampu menjauhi. Timah kembali dijejaki setelah kebenaran menampar tepat ke pipi. Masih ada ruangkah untuk Firas kembali bertapak di hati si gadis?
atau
 www.wasap.my/60189666752 

No comments:

Post a Comment