KOMBO JAN /FEB INTENS

KLIK GAMBAR UTK IMAGE LEBIH JELAS!
KOMBO LEBIH JIMAT RM55 SEM / RM61 SS  
[pos percuma]

1. SINOPSIS : TIDAK AKAN MELEPASKANMU karya Rass Lestari
“Farah, help me. I nak mati kebosanan dah ni,” rengek Luvreen dengan suara yang tersekat-sekat. 
Apalah nasib. Buat rambut, mekap cantik-cantik tapi sampai sekarang belum berpeluang nak tunjuk kat Kazrai. Ini semua salah mata ni ha! Kenapalah boleh terbabas tidur sampai terlepas dia nak tunggu Kazrai di depan pintu lif.
“Cik Luvreen, kalau bosan tidurlah dulu. Nanti saya kejutkan.”
Luvreen geleng. “Kalau I tidur maskara dan bulu mata I rosak nanti.”
Pulak? Farah jongket bahu. “Habis tu Cik Luvreen nak buat apa? Nak bantu saya semak dokumen ni? Okey juga, ni pun masih banyak lagi ni.”
“Oh no... no... no. I kena perhatikan pintu bilik mesyuarat tu. Nanti Kazrai keluar I tak perasan, melepaslah I.” 
“Tapi setahu saya, saya gajikan awak sebagai setiausaha bukan sekuriti.”
“Encik Kazrai!” Kelam-kabut Luvreen berdiri sebaik mendengar suara Kazrai.

INI kisah keluarga Issabella dan Engku Mujahid. Kazrai Fedriz persis mummynya manakala Kaisha sebaliknya. Kekecohan berlaku tatkala Luvreen dan Hasif, si bakal menantu muncul dalam keluarga mereka...
“I dah jatuh cinta kat you dan cinta I tak ada reverse gear.” – Luvreen.
“Orang-orang yang saya sayang gembira, tak ada alasan untuk saya tak gembira.” - Kazrai

APAKAH Luvreen mampu menawan hati jejaka sedingin Kazrai dan apa pula tindakan Kazrai terhadap Hasif yang mendendami keluarganya dan dalam waktu sama menjalin cinta dengan adiknya?
2. SINOPSIS : TIDAK MUNGKIN BERPALING karya Nurfaz
“Baiklah. Saya janji. Saya tidak lagi buat semua tu... dan biarlah kali ni pertemuan terakhir kita. Saya nak awak tahu. Cinta saya ikhlas. Tapi saya janji tidak sesekali kacau awak lagi...”
ITULAH janji Thia, gadis cantik, bijak, berkerjaya dan sukakan kanak-kanak setelah meluahkan rasa cintanya terhadap Zarul, lelaki yang dikenali di alam maya.
TETAPI siapa sangka ada pertemuan kali kedua untuk mereka. Ia bukan pertemuan indah seperti novel-novel yang Thia tulis. Cintanya dihina, diragui sedangkan dia hanya insan terpilih yang dipertanggungjawabkan oleh arwah Qalisya, kakak Zarul untuk menjaga anak-anak saudara lelaki itu.
“Perempuan macam Nur? Apa maksud abang dengan perempuan jenis saya?”
“Perempuan yang sekadar perempuan. Tidak lebih.”
“Perempuan yang habis madu sepah dibuang? Atau perempuan untuk lepaskan nafsu seperti pelacur?” Thia makin mengasak. Dia tidak peduli ayat sinikal yang digunakan. Memang itu kan pandangan Zarul padanya?

CUKUPLAH! Tiada lagi Zarul. Tiada lagi cinta. ‘Awak tidak perlu jadi suami untuk bantu saya dalam keadaan begini, awak hanya perlu jadi seorang manusia...’
“Stop calling me, Nur! Awak tak layak. Berapa kali saya kena ulang benda yang sama!” - Thia
BENARKAH Zarul tidak layak?
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment