ATHENA ~ QUE SERA SERA

RM27.00 SEM / RM30 SS
(pos RM8.00/RM11.00).
Nad mengerang. Kepalanya terasa berat. Pelipis kepalanya rasa perit dan pedih. Perlahan-lahan dia buka mata. Semua yang dilihat jadi dua bayang kabur. Dia kelip mata kuat-kuat cuba fokuskan pandangan. Perlahan-lahan penglihatannya pulih. Nad belek dirinya pula. Tubuhnya sedang duduk kat atas kerusi dengan kedua-dua belah tangan diikat ke belakang. Kedua-dua belah kakinya diikat pada kaki kerusi. Siapa yang jahanam sangat layan dia dengan kasar macam ni? Udahlah curi pukul. Suka-suka dia aje. Tak ada rule of conduct ke hapa? Atau ini sebahagian daripada latihan? Memang gilalah siapa yang cipta module latihan ni!

“Seronok curi tulang?” Satu suara menegur dari belakang.

Curi tulang? What the heck? Nad menoleh cuba pandang belakang. Tapi pergerakannya terbatas. Dia pusing kepala semula ke depan dengan rasa tak puas hati kerana dituduh yang bukan-bukan. Dia pengsan. Bukan curi tulang!

“Athena.” Suara itu memanggil entah siapa-siapa. Agaknya sorang lagi jurulatih kot.

Nad buat bodoh sambil tumpukan perhatian kepada usahanya nak lepaskan diri daripada ikatan. Pergelangan tangannya terasa perit kerana bergeser dengan tali yang kasar.

“Kau pekak ke?” Suara tu mengherdik.

Nad ketap gigi. Dah kenapa lelaki ni meroyan tak tentu pasal? Lantak dialah. Nad kembali fokus dengan usahanya nak melepaskan diri.

“Aku panggil kau lah, bodoh!” Ares menendang kerusi yang diduduki oleh Athena hingga jatuh ke tepi, ke atas lantai.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment