HURIN ANNATASYA

TINGGAL SATU NASKAH SHJ!
-
Hurin Annatasya
Harga: RM33 / RM40
TERMASUK POSLAJU

Aku tutup suis komputer. Sebelum tidur, aku nak jenguk Mak Cik Betty dulu. Nak pastikan keadaan dia selesa dan lena tidurnya. Pintu bilik Mak Cik Betty aku buka perlahan-lahan. Masya-Allah… terpaku aku melihatkan apa yang berlaku di atas katil. Tersentuh sungguh hati aku. Tak sangka orang yang aku kutuk selalu dalam hati berperangai macam tu.

Dalam suram cahaya, aku nampak Mak Cik Betty tidur lena berbantalkan lengan Abang Badang. Bahu kanan Mak Cik Betty ditepuk perlahan-lahan. Tak sangka begitu sekali dia layan mama dia dengan baik. Walaupun Abang Badang tu nampak berlagak dan sedikit kasar bila marahkan aku dengan suaranya yang macam petir berdentum itu , tapi aku puji dia kerana punya hati yang mulia kerana menghormati dan menyayangi mama dia. Untunglah siapa yang jadi isteri dia nanti.

Aku tutup pintu perlahan-lahan. Tak mahu menganggu mereka berdua. Hem… Kalaulah… Ish, Malu pulak aku nak habiskan ayat yang ada dalam kepala aku ni.

(Kalaulah aku dapat baring atas lengan Abang Badang tu kan best. Miahahaha… Huii… Gatal kau Hurin!)

No comments:

Post a Comment