DEAR USTAZ WILL YOU MARRY ME? ~ Ameera Ameer


DEAR USTAZ WILL YOU MARRY ME? ~ Ameera Ameer  PENULIS NOVEL BEST SELLER
RM28 SEM / RM31.SS 
poslaju RM8 / RM12.SS
BEST SGT!
Cerita yg santai , kelakar dan sangat menghiburkan sehingga saya asyik senyum dan habiskan novel ni semalam dlm masa 5 jam , siap bg telefon pada 3 cucu supaya mrk duk diam2 dan jgn kacau toksue. Bagi saya best , belakang2 tu sedih + sweet
Pada pendpt saya watak heroin tu mmg pembaris + sengal , 2 bffnya juga sengal . Sbb tu lah jalan cerita ni hidup ditambah pula heronya ustaz alim , pemalu tapi dlm hati ada bunga. 
Kehidupan Hazel gadis cina ank org kaya ternama tidak seindah org lain , selepas mamanya meninggal kerana kecewa dgn papanya yg mempunyai perempuan lain menyebabkan Hazel menyimpan perasaan benci terhadap papanya tambahan lg sebaik saja mamanya meninggal papanya berkahwin dgn perempuan beranak 1 itu dan tingkahlaku emak tirinya menambahkan lg perasaan benci Hazel berbelas tahun lamanya. Dia berkawan rapat dengan Siti dan Hanis semasa di universiti dan selepas habis belajar , dia tinggal di kondo yg diberi oleh papanya seorang diri . 
Sebelum dia bekerja ,dia telah bercuti di kampung Siti di Batu Pahat , dia terdengar seseorang mengalunkan ayat2 suci Al Quran dan Siti menyatakan suara itu milik ustaz yg hamsome yg baru datang mengajar di surau kampungnya , Hazel menyatakan dia ingin mengenali ustaz tersebut . Siti tidak menyangka si Hazel terlalu agresif sehinggakan dia selamba meminta nombor telefon dari ustaz Anas sendiri . Anas seorang yg pemalu dan demi mengelakkan sesuatu yg buruk , dia tidak memberikan nombor telefonnya dan menyuruh Hazel mengirim surat . 3 pucuk surat salam perkenalan yang dikirim oleh Hazel kepada Anas melalui adik Siti tidak dibalas Anas walaupun dia gelihati dgn tingkah laku Hazel itu , Hazel bertindak menyerang Anas di surau semasa lelaki itu mengadakan ceramah ,melihat pernampilan sopan Hazel yg sopan berbaju kurung dan bertudung menyebabkan hati Anas berdebar , lebih kelakar lagi , kesengalan Hazel menyebabkan Anas dan Siti terpaku bilamana Hazel mengajak Anas berkahwin dan jika Anas tak memberi jawapan dalam tempoh 24 jam , Hazel paham dan berjanji tidak akan menganggu Anas lagi .
Setahun berlalu, Hazel bekerja sebagai akauntan bersama Hanis di Syarikat milik ayah Hanis. Kehadiran satu2nya gadis cina di syarikat itu diterima baik oleh semua pekerja2 disitu. Hazel juga gembira walaupun syarikat itu agak islamik ,akan tetapi semuanya berubah bila Anas yg rupa2nya abg Hanis mengambil alih syarikat selepas ayahnya bersara. Hazel yg malu dgn sikapnya di Batu Pahat dulu sering mengelakkan diri dr Anas. Anas yg gembira apabila melihat Hazel pula cuba utk mendekatkan diri dgn gadis yg telah disukainya dalam diam itu tambahan lagi bila melihat gadis itu tidak kekok bergaul dengan keluarganya dan teman sepejabat. 
Kehadiran Brendan membuatkan hubungan yg masih samar2 itu mula bergolak sedikit. Nak tahu apa yg berlaku seterusnya . Sila beli dan baca..

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment