MR HOT DADDY

PRE ORDER SEHINGGA 31 OGOS ATAU LEBIH AWAL JIKA KOATA PENUH.

PRINT ON DEMAND
ONLINE SAHAJA

CETAKAN TERHAD!!! SIAPA CEPAT DIA DAPAT

HARGA RM35.00 SEM / RM38.00 SS

Termasuk postage.
PENGHANTARAN OCTOBER 2017
Wajah ditekup ke bantal. Meluahkan rasa sedih dan sebak yang mencengkam hati.
Tangisannya langsung tidak kunjung henti dari semalam. Hidungnya sudah kemerah-merahan menandakan berjam-jam sudah dia menangis. Matanya pula membengkak. Wajah diangkat dari bantal.
Lantas nafas ditarik dan dihembus. Cuba meredakan tangisannya yang tiada noktah. Air mata yang masih mengalir menuruni lekuk wajahnya, diseka dengan hujung jari.
"Ini memang gila!" Gumam Amanda meluahkan perasaan yang berbuku geram pada Ilham.
"Sah... doktor segak tu dah gila! Dasar doktor tua, miang, gatal merenyam! Hisyyy..." Amanda mengepal penumbuk. Penumbuk kecilnya terus menerus menumbuk bantal tidurnya.
Punggung diangkat dari birai katil dan kaki dihayun laju menuju ke bilik air. Shower foam yang berada di dalam bilik air dipicit dengan banyak. Disental dengan kuat shower foam pada setiap gigitan cinta yang Ilham tinggalkan.
Amanda meneliti setiap ‘bekas’ tinggalan Ilham di tubuhnya. Hasil karya tanpa rela itu menimbulkan rasa sakit hati yang bukan sedikit. Apakah maruah dan harga dirinya begitu rendah pada pandangan Ilham?
"Kalaulah umi tak sampai tadi, confirm aku bagi penampar jepun kat doktor segak tu. Tahu tak doktor tua miang!" Amanda bercakap dengan refleksi dirinya sendiri yang terpantul dari dalam cermin di bilik air. Gayanya seakan bercakap dengan Ilham.
Segak? Ah, kenapa sebahagian dari akalnya berfikiran sebegitu?
"Habis hilang first kiss yang aku nak simpan untuk suami aku. Ni doktor segaklah punya pasal." Tangannya terus menggosok kulit lehernya sehingga kemerah-merahan.
Segak lagi! Ah, betulkan Doktor Ilham segak? Kepala digeleng-geleng kemudiannya. Kulitnya sudah terasa pedih akibat terlajak sental.
"Tapi yang pelik, tadi aku tak marah pulak. Kenapa aku boleh biarkan?" Kepala digeleng lagi.
'Apa kena dengan kau ni, Manda? Kenapalah duk fikir pasal doktor segak tu? Jangan cakap yang kau dah sukakan orang tua miang tu, Manda.' Akal mengingatkan hati yang bagaikan menderhaka.
"Hisyyy... mana aku nak sorok muka aku bila jumpa dengan doktor tu nanti? Dengan umi lagi..."
"Hailah doktor segak… kenapa kau buat aku macam ni?" Keluhan dilepas panjang. Tidak sanggup rasanya mengakui yang dia seakan merelakan perbuatan doktor tersebut ke atas dirinya.
Di bilik sebelah pula, Ilham kegelisahan. Kaki dihayun langkah ke kiri kanan. Mundar-mandir di depan katil. Telapak tangan naik mengusap belakang lehernya.
"Am... Am... Apa yang kau dah buat ni? Kau gila ke apa?" Nafas dihela dalam.
"Macam mana aku boleh terbabas tadi? Macam mana aku nak hadap muka dia lepas ni? Kat rumah umi, kat tempat kerja lagi." Punggung dihenyak kasar ke atas katil. Rambutnya dilurut ke belakang.
"Malu betul. Mulut aku cakap tak suka dekat dia tapi kenapa hati aku ni macam dah tersuka? Aku suka dia ke?" Kepala digeleng pula.
Takkan Doktor Ilham boleh jatuh cinta kepada cleaner seperti Amanda? Takkanlah? Kepalanya digeleng-gelengkan menafikan perasaan yang wujud itu.
“Ah, dia kata aku orang tua!” Ilham mengertap mulutnya.
Sudah seperti orang gila Ilham bercakap seorang diri di tengah-tengah malam. Badan direbahkan ke atas katil. Mata terkebil-kebil merenung siling yang dihiasi lampu kalimantang. Dia penat, benar-benar penat berfikir tentang Amanda.

WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment