CINTA SAMPAI MATI

LIMITED EDITION 
tutup order utk 2nd batch
RM40.00 SEM / RM50.00 SS 

termasuk poslaju
“AKU nak perempuan tu. Berapa harga dia untuk satu malam?”



“Perempuan mana kau nak? Sini ada banyak perempuan.”

“Aku nak Wangi Nur Jannah."

Edika jongket senyum sinis. Entah dari mana datangnya lelaki ini. Tiba-tiba mendekati dia untuk ‘menyewa’ Wangi Nur Jannah. Tapi tak mustahil pun. Dah berapa ramai lelaki pelanggan kelab ini yang datang kepadanya menyatakan hasrat yang sama, namun Edika tolak mentah-mentah. 

Wangi Nur Jannah bukan stok pelacur murahan. Bukan 20 ringgit satu game. Bukan 30 ringgit. Bukan 50 ringgit. 200 pun bukan. Edika tidak sewenang-wenangnya serahkan Wangi kepada lelaki sebarangan. 

Sudah 15 tahun Edika bela Wangi. Berapa orang lelaki yang telah meniduri Wangi masih boleh dikira dengan jari.

Edika kerling lelaki bertopi hitam, berjaket kulit hitam dengan jeans biru itu. Tak pernah Edika lihat wajahnya melintas di hadapan mata. Lelaki itu juga langsung tidak memandang wajahnya dari awal lagi.

Sekali lagi Edika ukir senyum menyindir.

“Tak murah. Aku rasa kau tak mampu. Baliklah.” 

“Aku sanggup bayar.” Lelaki itu bersuara tegas.

Mencerun pandangan Edika mencari wajah lelaki itu. Dalam kesamaran dan kemeriahan cahaya yang datang dari lampu dan spotlight, wajah lelaki itu Edika amat-amati. Edika kagum dengan kesungguhan yang lelaki itu tonjolkan.

“10 ribu ringgit untuk satu malam. Sanggup?” duga Edika berserta senyum mengejek. Jawapan balas dari lelaki itu sudah boleh diagak. Tentu lelaki itu akan mengalah dan berundur.

“30 ribu. Tiga malam. Dan aku nak bawa dia ke tempat aku. Deal?” balas lelaki itu tanpa berfikir lama. Lelaki itu tetap dengan keputusannya untuk melanggani Wangi. Berapa jua harga yang Edika sebutkan, akan dipenuhi. 

Lebar senyum Edika. Ini bukan sebarang jerung. Rugi kalau dilepaskan. 

Lagipun, dari wajah lelaki itu, nampak bersih. Kalau mengaku masih teruna pun, orang akan percaya. Tapi kenapa tiba-tiba datang hendak melanggan pelacur pula? Kalau duit banyak sangat, pergilah cari bini. Bodoh. Kutuk Edika dalam hati.

Ahhh! Edika malas hendak berfikir panjang lagi. Lebih baik terima sahaja. 

“Deal. Esok, 9:00 malam, kau bawa duit dan kau boleh bawa dia pergi. Cukup tiga malam, pada waktu yang sama, kau kena hantar dia balik semula ke sini.”

“Okey.” 

Lelaki itu bangun dan terus berlalu meninggalkan Edika setelah memberi kata setuju. Sungguh, dia tidak sabar untuk ‘melanggan’ perempuan itu. Melanggan pelacur buat pertama kalinya dalam hidup. Dan pelacur itu adalah Wangi Nur Jannah! 

Damn!!! 

Tanpa sedar, air mata Abid mengalir. 

Saat ini terlintas di fikirannya. Kalaulah membunuh itu tidak berdosa, memang malam ini juga Abid akan bunuh Edika!

🌼🌼🌼

“CIK… cik… bangun. Kita dah sampai,” panggil si lelaki asing mengejutkan Wangi. Lekas-lekas Wangi membetulkan duduknya. Hujung skirt yang terangkat segera ditarik semula menutupi peha gebunya.

Wangi mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Di hadapannya sebuah hotel entahlah berapa bintang. Tetapi, jelas nampak mewahnya. Staff hotel yang setia menanti, membukakan pintu buat Wangi.

“Dah sampai.” Lelaki asing itu bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Pasti lelaki yang melanggannya untuk tiga malam. 

Seram sejuk Wangi rasakan. Apa agaknya bala tiga hari yang akan menimpa dirinya?

“Jom, saya hantarkan cik naik ke atas.” Lelaki asing itu memberi isyarat tangan agar Wangi mengikut langkahnya. 

Menghela nafas dalam-dalam, Wangi mula melangkah langkah.

Wangi dan lelaki asing itu kini berdua di dalam lif. Wangi memerhatikan nombor tingkat lif yang ditekan. Tingkat 15. 

Semakin hampir ke tingkat yang dituju, gelora dalam dada Wangi semakin menggila. 

Melangkah keluar, lelaki itu tercari-cari nombor bilik yang harus dituju. 

15-8. 

Lelaki asing sudah bersedia dengan access card. Membukakan pintu untuk Wangi dan menutup semula sebaik sahaja Wangi menapak masuk. Lelaki asing itu pun berlalu pergi meninggalkan Wangi berdua dengan seseorang yang sedang berdiri di balkoni. Membelakangkan Wangi.

🌼🌼🌼

WANGI masih berdiri di pintu. Dan lelaki itu masih berdiri di balkoni. 

Cahaya di dalam kamar hotel mewah itu samar-samar sahaja. Hanya satu lampu sudut yang menyala. Yang lain semua di matikan. 

Suasana begitu hening tanpa suara. Wangi bisu. Lelaki itu turut berdiam. Entah mengapa keadaan terasa begitu tegang dan pelik.

“Ehem! Ehem!” Sengaja Wangi berdeham. Kalau-kalau lelaki itu sebenarnya tidak sedar akan kehadiran Wangi. 

Lelaki itu tetap kaku di situ. 

Menarik nafas dalam-dalam, Wangi melangkah mendekati balkoni dan berhenti tidak jauh dengan lelaki itu.

“Err… nak saya mandi dulu ke?” tanya Wangi. Kebiasaannya begitu. Pelanggan akan menyuruh Wangi membersihkan tubuh dahulu sebelum digauli mereka. 

Lelaki itu tetap seperti tadi. 

Sepi.

Wangi memerhati lelaki itu dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Kelihatannya masih muda. Tidak seperti pelanggan Wangi yang lain. Yang layak Wangi panggil ayah!

Lelaki itu tampak kemas dalam baju lengan panjang berwarna hitam dan jeans biru gelap, Memandang tubuh sederhana yang berdiri di hadapannya, barulah Wangi perasan akan jaket hitam milik lelaki itu yang masih tersarung di tubuhnya. Cepat-cepat Wangi tanggalkan dan menyangkut jaket itu di tempatnya. Lalu kembali berdiri di hadapan balkoni. 

“Sorry. Tadi saya sejuk. Orang yang hantar tadi bagi saya pinjam jaket awak. Saya pulangkan ya.”

Bisu lelaki itu membuatkan Wangi tidak keruan. Aneh sungguh. Belum pernah lagi Wangi bertemu pelanggan begini. Tak semena-mena wajah Edika muncul bersama amarannya agar melayani pelanggan jerung ini sebaiknya. 

“Err… kenapa diam je? Malu ke?” Wangi pura-pura ketawa kecil. Cuba melonggarkan ketegangan yang begitu terik.

“Okey, takpa. Biar saya kenalkan diri. Nama saya, Wangi Nur Jannah.”

Abid pejam mata rapat-rapat. Membiarkan air mata terus mengalir. Sejak diberitahu Wangi dalam perjalanan menuju kepadanya, air mata Abid tidak mahu pergi walau diusir berkali-kali.

Kenyataan ini terlalu kejam bagi Abid. 

Menarik nafas sedalam-dalamnya, Abid mencari kekuatan. Perlahan-lahan Abid berpusing untuk berdepan dengan gadis yang telah meranapkan seluruh cintanya.

“Dan saya, Abid Bakhtiar Ubaidillah.”


“Haid Wangi dah lewat lebih 14 hari,” beritahu Wangi takut-takut. Takut dek renungan tajam Edika yang hampir sahaja mahu tembus ke jantungnya itu satu hal. Takut kalau kelewatan itu petanda kepada sesuatu.

Mendengarkan itu, Edika terus duduk. Meneliti Wangi dari hujung rambut dan hujung kaki. Dan kemudian bola matanya merenung lama perut Wangi.

Mengangkat punggung, lelaki itu menghampiri almari pakaiannya. Membuka laci dan mengeluarkan sesuatu.

“Nah. Pergi test.” Menghulurkan paket kecil berwarna putih, kemudiannya kembali berbaring di tempat beradunya.

Wangi menyambut peket kecil itu dengan wajah penuh tanda tanya. 

“Apa ni? Test? Test apa?” Test macam mana?”

Edika mendengus. Bangun dari baringnya, menggenggam pergelangan tangan Wangi, mengheret gadis itu ke bilik air. Menolak Wangi kasar.

“Testlah! Mengandung ke tidak?! Bodoh ke? Tak reti baca dekat luar tu?!” Pintu kamar mandi itu dihempas kuat.

Air mata Wangi mulai mengalir. Tertanya sendiri, mengapa Edika tiba-tiba sahaja melayaninya begini. Merenung paket putih itu, segalanya begitu asing buat Wangi. Wangi tidak pernah menggunakan alat penguji kehamilan. Malah Wangi tak pernah lihat pun.

Hampir lima minit Wangi di dalam bilik air. Perlahan-lahan Wangi membuka pintu. Dalam ketar tubuh, Wangi melangkah perlahan-lahan menghampiri Edika. Menghulurkan alat penguji kehamilan yang telah digunakan dan tiba-tiba dunia yang Wangi pandang, gelita serta merta.


EDIKA memarkir kereta betul-betul di hadapan Klinik Pakar Sakit Puan Dr. Kamala Devi. Klinik yang terkenal dalam perkhidmatan mengendalikan wanita-wanita yang hamil luar nikah. Edika merupakan ‘pelanggan tetap’ di klinik itu. 

“Jom,” ajak Edika. Membuka pintu dan mula melangkah keluar. 

Wangi tetap tidak berganjak. Tubuh Wangi mengeras. Kakinya seolah-olah dipaku di situ. 

Berkali-kali Wangi teguk liur. Tekaknya mulai kering dan perit.

“Hei… cepatlah!” panggil Edika lagi.

Perlahan-lahan Wangi, mengarahkan wajah kepada Edika. Dan perlahan-lahan juga Wangi mulai menggeleng. Ketakutan jelas terpancar di wajah Wangi.

Bagaimana jika benar-benar Wangi mengandung? Wangi takut. Saat ini barulah Wangi teringatkan ALLAH SWT. Teringat Abid Bakhtiar. Juga teringatkan ibu dan ayah. Memegang perut, kekesalan mulai menebal. Wangi tidak rela mengandungkan anak luar nikah. Wangi tidak rela dicaci masyarakat. Kalau anak ini lahir, dia juga akan turut menjadi bahan cacian. 

Edika menghampiri. Membuka pintu, lalu menarik Wangi keluar. Pergelangan tangan Wangi digenggam erat-erat lalu diheret menuju ke pintu klinik yang berkaca hitam.

“Minta IC, dik,” pinta pembantu klinik yang bernama Mary itu. 
Menggigil Wangi mengeluarkan kad pengenalan dari poket belakang seluar jeansnya.

“17 tahun? Sekolah lagi?” tanya Mary dengan suara yang agak jelas sehinggakan beberapa orang pesakit lain menghala pandang kea rah Wangi. 

Mahu tidak mahu, Wangi terpaksa mengangguk. Edika di sebelah hanya memerhati tanpa perasaan. 

“Y… y… ya. Tujuh… tujuh belas tahun. Sekolah.” Serentak itu, wajah ramah Mary berubah sinis. Edika masih tidak peduli. Dan pesakit-pesakit lain terus merenung Edika. Wangi benar-benar terasa dirinya bersendiri.

Wangi tunduk. Cuba menyorokkan wajah. Bertambah risau kalau ada yang mengenalinya. Manalah tahu, mungkin cikgu sekolahnya. Atau kawan-kawan ibu dan ayah. Atau mungkin jiran-jirannya. 

“Datang untuk apa?” tanya Mary agak kasar. Cepat-cepat Wangi angkat muka memandang wajah Mary, Wanita berbangsa India dengan wajah yang agak garang dan tubuh yang agak gempal. 

“Err… saya… saya…” Wangi menoleh ke sisi mencari Edika, memohon pertolongan.

“Nak check pregnant.” Selamba Edika menjawab. Suara Edika juga agak jelas. Membuatkan mata-mata pesakit lain terus melekat memerhatikan Wangi. Ingin rasanya Wangi lari. Tapi ke mana? 

Mary menjeling Wangi tajam. Dan jelingan itu terasa begitu tajam sehingga mengguris hati Wangi. Namun, Mary tidak boleh dipersalahkan. Pesalah seperti Wangi memang layak dilayan buruk. 

“Dah kahwin ke belum?!” satu lagi soalan Mary yang membuatkan kerongkong Wangi berasa hendak pecah.

Puas Wangi menahan, namun akhirnya Wangi tewas. Air matanya tumpah juga dihimpit perasaan yang tidak keruan. Dan Wangi berharap agar air mata itu mampu menjawab soalan yang Mary lontarkan. Kerana kerongkong Wangi sudah tidak mampu menuturkan sebarang perkataan kerana jiwanya dikuasai takut yang keterlaluan.

“I tanya you, dah kahwin ke belum?!” 

Meleset sungguh segala sangkaan. Mary bukan sahaja tidak memahami, namun seakan-akan sengaja hendak menambah malu Wangi di hadapan semua yang sedang menyaksikan babak pahit kehidupan Wangi ini.

“Belum,” jawab Wangi sehabis perlahan berserta gelengan. Moga-moga itu jawapan terakhir yang Mary perlukan.
Sekali lagi Mary menjeling tajam. 

Itu baru Mary. Wanita yang langsung tidak pernah mengenali Wangi pun sudah memandang serong begitu. Bagaimana nanti? Orang-orang yang mengenali Wangi di luar sana. Bagaimana pula cara pandangan yang bakal Wangi terima?

Mary menghadap skrin komputernya lalu menaip beberapa maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran Wangi. 

“Duduk sana. Tunggu nombor panggil,” beritahu Mary sambil menolak kad pengenalan Wangi tanpa memandang kepada gadis itu. 

Edika mendahului. Menghayun langkah menuju ke kerusi yang paling hujung di dalam klinik itu. Berjalan sambil tertunduk, Wangi lekas-lekas mengekori Edika. Mata-mata yang merenungnya cuba untuk tidak dipedulikan.

Hampir 45 minit berlalu. Puas Wangi meramas jemari. Cuba membuang resah. Edika pula sedari tadi, bisu tanpa kata. Wajahnya pula bersahaja. Langsung tidak terpamer susah hati terhadap apa yang menimpa Wangi. Walhal apa yang berlaku adalah ‘kerjanya’.

“Wangi Nur Jannah, masuk!”

Akhirnya nama Wangi dipanggil. Edika dan Wangi beriringan masuk ke dalam bilik doktor. 

“Hai…” Dr. Kamala Devi menyapa Edika mesra. Tangan dihulur kepada Edika.

“Hai, doc.” Edika menyambut huluran itu.

Memandang kepada Wangi, Dr. Kamala Devi tersenyum lalu memberi isyarat agar Wangi duduk.

“So? Ada apa?” tanya Dr. Kamala Devi.

“You tolong check dia. I rasa dia pregnant. Just nak make sure berapa minggu.”

Bulat mata Wangi memandang Edika. Maknanya Edika memang sudah tahu bahawa Wangi Nur Jannah mengandung? Ingin sekali Wangi meraung di situ. 

“Oh!” Dr. Kamala Devi ukir senyuman buat Wangi. 
Wangi mengalih wajah. Tidak sudi dan tidak mampu membalas senyuman itu. Ini bukan khabar gembira. Ini bala!

“Kenapa dik? Muka takut aja? Masa buat tak takut ke?” Dr. Kamala membahasakan Wangi.

Edika senyum sindir. 

“You sekolah mana ni? Pergi sekolah tak?” tanya Dr. Kamala Devi apabila Wangi tidak melayan soalannya sebentar tadi.

“Mak dia dah berhentikan dia sekolah. Sebab dia dah tak berminat nak pergi sekolah lagi.” Pantas Edika menerangkan. 
Memandang Edika, Wangi tertanya-tanya adakah kenyataan itu benar atau Edika hanya mengada-adakan cerita? Setahu Wangi, Edika yang melarang Wangi ke sekolah. Janii untuk menghantar dan menjemput Wangi pergi dan pulang sekolah hanya tinggal janji kosong.

Dr, Kamala Devi sekali lagi tayang senyum sinis. Kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya seperti sahaja doktor pakar itu sedang menghinanya.

“Baring dekat sana,” arah Dr. Kamala Devi seraya menunjukkan tempat untuk membuat imbasan ke atas kandungannya.

Tiada pilihan, Wangi menurut sahaja. 

Hampir lima minit berlalu. Akhirnya Dr, Kamala Devi menghulurkan tisu kepada Wangi untuk membersihkan ultrasound gel yang disapu di atas perutnya. 

“Yup. 4 weeks,” beritahu Dr. Kamala Devi dengan wajah serius tanpa senyuman. 

Edika jongket kening, lalu mengangguk-angguk tanda faham. 
Sementara Wangi sudah basah lencun wajah oleh air mata ketakutan dan penyesalan. 

“Okey, doc. So, bila boleh cuci? I tak mahu anak tu.”

“Edika!” Halang Wangi. Takkan semudah tu?

“Kau diam!” jerkah Edika lebih kasar.

Serentak itu Wangi menekup mulut. Cuba mengawal esakannya yang semakin tidak tertahan.

“You datang balik dua minggu lagi. Sebab appointment I penuh minggu ni.” Dr. Kamala Devi tidak mempedulikan Wangi. Dr. Kamala Devi sudah biasa dengan situasi begitu. 

“Orait. Deal. Kos macam biasa ke? Ada diskaun tak?” tanya Edika bersambung dengan hilai tawa. 

Dr. Kamala Devi tersenyum lebar. 

“Of course.”

Hati Wangi hancur berderai. Sampai hati Edika.


“HEY! Bangun! Bangun! You dah boleh bangun sekarang!” kejut pembantu Klinik Pakar Sakit Puan Dr. Kamala Devi itu sebaik sahaja Wangi mencelikkan mata. Kasar dan sinis sekali.

Wangi paksa diri untuk duduk dari bangunnya. Pandangan Wangi masih berpinar. 

Seingat Wangi, sebaik sahaja dia dibaringkan di katil klinik itu, Dr. Kamala Devi menekup mulutnya dengan tuala putih yang sudah dibasahkan dengan sejenis cecair. Tak sampai beberapa saat, Wangi terus tidak sedar. Dan kini, Wangi masih belum benar-benar ‘bangun’ dari lena. 

“Nah, pad. Kalau penuh, you boleh tukar. Toilet dekat sana, Tukar baju sekali. Lepas tu you boleh terus balik.”

Menyambut tuala wanita yang dihulurkan, Wangi cuba berdiri. Dalam terhuyung hayang, Wangi paksakan diri untuk berjalan. 

Di dalam tandas, Wangi menyarung semula pakaian. Tuala wanita yang dipakainya, penuh dengan darah. 

Sebak menerjah lagi. Merenung darah itu, Wangi terkenangkan anak yang baru sahaja dibunuhnya dengan sengaja. 

‘Maafkan mama, sayang. Mama tak ada pilihan.’

Dalam hayun langkah yang masih terasa melayang-layang, dan pandangan yang kabur oleh genang air mata, Wangi gagahkan diri. 

Sebaik sahaja sampai di bawah, Edika siap sedia berdiri di kereta. Lelaki itu menyambut Wangi dengan senyuman. Membukakan pintu di bahagian tempat duduk penumpang seluas-luasnya untuk Wangi. 

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Wangi, Betapa kesalnya Wangi rasakan. Betapa kelamnya masa hadapan yang Wangi pandang.

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment