TUAN I LOVE YOU ~ SUCI HIDAYAT

LIMITED EDITION
TUAN I LOVE YOU
PRE ORDER sehingga 31/8/2017
HARGA RM40.00 SEM / RM47.00 SS
termasuk kos poslaju
FREE GIFT FRIDGE MAGNET TUAN I LOVE YOU UTK 200 TERAWAL
MAKLUMAT PEMBELIAN #TUANILOVEYOU
===================================
1. PEMBELIAN ADALAH SECARA #PREORDER BUKAN READY STOK
2. NOVEL ADALAH BERSTATUS CETAKAN#TERHAD.
3. JUALAN SECARA #ONLINE SAHAJA.
4. SEHINGGA 31/8. BAYARAN DAN TEMPAHAN #TIDAK DITERIMA SELEPAS TARIKH AKHIR. DIBUKA SEMULA PADA DISEMBER 2017 SEKIRANYA MASIH ADA STOK.
5. 200 PEMBAYAR TERAWAL AKAN MENERIMA FREE FRIDGE MAGNET TUAN I LOVE YOU.
6. #CETAKAN DIBUAT SELEPAS PREORDER DITUTUP.

TEASER..
“Ain, kau tolong ambil piring lagi. Ambillah segala pinggan yang ada. Macam tak cukup ni. Kita semua ada 15 orang!” jerit Kak Shidah dari bilik mesyuarat.

“Ain! Cawan sekali! Cawan tak cukup!” jerit Kak Bed pulak.

“Ain, sudu sekali!” Kak Leha tumpang mengarah.

“Okey kak!” sahut Ain. Laju-laju Ain menghayun langkah.

Tetuan Azad & Co memang firma kecil sahaja. Ada 15 orang staf sahaja termasuk Tuan Azad. Bilik mesyuarat pun kecil. Ada 10 kerusi sahaja.

Hari ini hari jadi Tuan Azad. Semalam lagi Tuan Azad dah bagitau yang dia nak belanja semua staf makan hari ini. So, hari ini semua staf sibuk menghidang makanan. Disebabkan Ain yang paling muda, maka Ainlah yang paling sedap diarah-arah.

“Oraittt! Semua dah siapkan? Semua boleh duduk,” arah Tuan Azad.

Kelam kabut semua kakak-kakak dan makcik-makcik mendaratkan punggung. Berebut kerusi yang ada. Ada juga yang dah siap-siap ambil kerusi sendiri dari luar.

Masuk sahaja ke bilik mesyuarat, Ain mengitari ke segenap ruang. Semua orang dah duduk. Dan semua kerusi penuh. Automatik muncung itik Ain timbul. Ini yang sedih ni.

“Ain, bagi semua tu dulu. Kau pergi ambil kerusi,” suruh Kak Shidah.

“Oh, okey-okey.” Ain menghulurkan piring, cawan dan sudu kepada Kak Shidah dan mahu mengatur langkah keluar untuk mengambil kerusi. Tiba-tiba lengan Ain ditarik seseorang.

“Takpa Ain. Ain duduk. Biar Fadil tolong ambilkan.”

Cepat-cepat Ain rentap lengan. Tarik muka masam. Meluat tengok muka Fadil. Acah-acah sweet konon!

Fadil tetap senyum seraya melangkah keluar mengambilkan kerusi untuk Ain. Tak sampai seminit, Fadil masuk dengan kerusi di tangan. Kerusi itu Fadil letakkan di sebelahnya.

Ain kerut dahi. Duduk sebelah Fadil? Itu bala namanya!

“Fadil,” panggil Tuan Azad.

“Errr… ya Tuan?”

“Letak kerusi tu sini. Sebelah saya ada space lagi.”

“Errr…”

“Errr apa errr? Letak sini.” Tegas Tuan Azad beserta muka ketat langsung tak senyum. Oleh kerana Tuan Azad adalah bos dan Fadil cuma Mat Despatch di situ, memang selayaknya arahan Tuan Azad tidak layak Fadil ingkar. Dengan muka kerang basi, kerusi tadi Fadil angkat dan letakkan betul-betul di sebelah Tuan Azad.

Fuhhh! Lega hati Ain. Kalau tak, terpaksa duduk sebelah Fadil Dayus.

“Okey! Disebabkan hari ini birthday saya, biar saya yang potong kek untuk semua,” tawar Tuan Azad seraya mencapai pisau pemotong kek yang diperbuat daripada plastik itu.

Semua staf wanita kakak-kakak, makcik-makcik bersorak gembira. Ain yang duduk di sisi Tuan Azad pula dah senyum tersimpul-simpul sambil gentel-gentel jari sendiri. Sweetnya Tuan Azad ni alahai. Gentleman sangat! Setiap tindak-tanduk Tuan Azad tak lepas dari mata Ain.

Satu demi satu potongan kek diedar kepada setiap staf. Dan potongan yang terakhir, Tuan Azad letakkan di hadapannya.

“Eh… saya punya, Tuan Azad?”

“Oh? Awak tak dapat lagi ke? Tapi piring dah habis.”

Ain menggeleng laju.

“Belum.” Aduhai. Sedih betullah. Dahlah tadi aku yang paling last duduk sebab tak ada kerusi. Sekarang, aku sorang je yang tak dapat kek sebab piring dah habis. Ain pandang kawan-kawan sepejabat yang lain. Semua dah mula ngap kek Secret Recipe tu tak ubah macam piranha. Tak peduli langsung Ain yang kecur liur memandang.

Mata kembali kepada Tuan Azad.

“Takpalah. Awak share dengan saya, okey?” Tuan Azad mendekatkan piringnya dengan Ain.

Ain dah mula rasa nak pitam kerana terlalu excited! Gila hang! Share kek dengan Tuan Azad tuuu…

“Betul ke ni, Tuan Azad? Tuan Azad tak kisah ke share dengan saya?” Muka Ain dah pink habis! Rasa macam dah tak jejak bumi dah ni. Di awang-awangan.

“Betul. Ambil jelah.” balas Tuan Azad dengan muka kejung tak ada perasaan.

Luntur sikit keterujaan Ain. Alah Tuan Azad ni. Cubalah buat muka manis sikit. Aku nak feeling pun terbantut.

Jari Ain mulai mendekati kek.

Pap! Tiba-tiba sahaja Tuan Azad melepuk tangan Ain.

“Aduh! Kenapa? Tadi Tuan kata boleh share.”

Haih! Spesies mak Ain juga Tuan Azad ni. Suka lepuk-lepuk orang. Tapi… Ain suka! Hikhik. Alahhh… Tuan Azad saja je ni nak pegang-pegang tangan Ain. Tuan Azad suka Ain tapi malu nak mengaku. Kan kan kan? Hikhik.

“Awak dah basuh tangan ke belum?”

“Oh, sorry! Belum. Kejap saya pergi basuh tangan.” Ain mula angkat punggung.

“Eh, Ain. Tak payah.”

“Hah? Tak payah basuh?” Serta merta Ain duduk semula.

“Biar saya suapkan,” Tanpa kekok Tuan Azad mencubit kek lalu menghulurkan rapat ke mulut Ain.

Mendengar dan melihatkan tindak tanduk Tuan Azad, jantung Ain seakan berhenti berdegup. Masa juga seakan bergerak sangat perlahan. Wajah Ain berbahang menahan malu. Ombak dalam dada Ain mengganas. Perasaan Ain saat ini sukar dijelaskan.

“Buka mulut.”

Bagai terpukau, Ain membuka mulut dan mengunyah kek itu sangat perlahan. Kelopak mata Ain terus keras memandang Tuan Azad tak berkelip.

Pandangan mata saling bertentangan. Merenung Ain, Tuan Azad lukis senyum. Kek coklat di hadapannya dicubit lagi. Menyuap Ain buat kali kedua. Ketiga. Keempat.

Ain pulak main telan je kek tu. Tak ada nak kunyah-kunyah lagi.

Dan tiba-tiba baru Tuan Azad tersedar. Mereka bukan berdua sahaja di dalam bilik mesyuarat itu.

“Perghhh, Tuan! Sweetnya main suap-suap dengan Ain.”

“Wahhh… romantiklah Tuan Azad.”

“Amboi-amboi-amboi Tuan Azad. Bukan main lagi! Makan nasi minyaklah kita nanti!”

Staf-staf bersorak mengusik. Faham-faham jelah style geng-geng makcik bawang bila tengok drama pukul tujuh. Penuh perasaan.

Erkkk! Ain pun baru tersedar dari khayalannya. Macam orang hilang ingatan, Ain cuba mengingati semula apa yang berlaku.

“Dah-dah! Sambung makan!” suruh Tuan Azad. Giliran muka Tuan Azad pula merah padam. Sebenarnya niat dia lain. Dia cuma mahu membantu Ain membalas dendam terhadap Fadil. Untuk membuatkan Fadil cemburu. Tapi entah kenapa lain pula jadinya.

Ain masih kaku di sisi Tuan Azad. Bahang wajahnya masih ada. Memandang Tuan Azad, malu-malu.

“Erm… Ain. Awak pergilah basuh tangan,” ujar Tuan Azad. Tapi matanya langsung tak memandang Ain. Dari riaknya jelas Tuan Azad malu. Namun masih cuba mengawal egonya.

Keadaan di dalam bilik mesyuarat kembali normal. Masing-masing dah kembali jadi piranha. Tapi tidak Ain dan Tuan Azad. Tiba-tiba sahaja rasa kenyang.

“Tuan…” panggil Ain separuh berbisik apabila yakin tiada yang memandang mereka lagi.

“Apa?” Tuan Azad mengangkat wajah memandang Ain.

Ain senyum-senyum gigit bibir. Mencerun mata Ain merenung wajah tepat wajah Tuan Azad.

“Tuan suka saya eh?” soal Ain berani.

“Saya cakap, pergi-basuh-tangan.”

Oh Em Ji!!! Tuan Azad tak kata 'TIDAK'!

Cepat-cepat Ain pekup muka dengan kedua-dua tapak tangan! Menahan perasaan. Dari reaksi Tuan Azad, confirm!!! Confirm Tuan Azad dah jatuh cinta dengan Ain! Ain boleh baca! Sangat ketara.

“Tuan…” panggil Ain lagi.

“Apa lagi ni Ain?”

“Sebenarnya saya pun suka tuan.”

“Pergi basuh tangan, Nor Ain binti Mohd Noor!" Kali ini suara Tuan Azad lebih keras.

Berderai tawa Ain.

“Hikhik! Okey!” Pantas Ain bangun dan menghayun langkah ke pantry.

Satu langkah. Dua langkah. Tiga langkah. Dan Ain hentikan langkah. Berpusing dan menoleh ke arah Tuan Azad. Dan lelaki itu tertangkap sedang memerhatikan Ain. Cepat-cepat Tuan Azad larikan mata.

Haha! Teori Cinta yang Ain baca di Google, terbukti!

"Apabila seseorang laki-laki curi-curi memerhatikan kamu berarti dia sudah jatuh cinta sama kamu."

Yezzzzaaaa! Tuan, I Love You!
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment