TIGA JODOH

PRE ORDER
HARGA RM33.00 SEM / RM36.00 SS
termasuk postage

Mereka leka menyiapkan kerja sehingga ke jam 8.00 pagi. Semua kuih sudah pun siap disusun. Tinggal hanya untuk dihantar ke kedai Mak Lijah. Tiba-tiba , Kasih mendengar orang memberi salam di luar. Pastinya Farid sudah sampai untuk mengambil kuih. Ketika dia membuka pintu, dia terkejut apabila melihat bukan Farid yang datang, tetapi Borhan.
“Abang Borhan buat apa kat sini?” Tanya Kasih sambil matanya meliar. Takut juga jika orang lain nampak akan kehadiran Borhan di rumah itu. Kasih mula rasa tidak senang. Berani betul Borhan datang ke rumahnya.
“Kenapa dah lama tak nampak Kasih?” Tanya Borhan dengan selamba.
“Maafkan Kasih, Abang Borhan. Kalau abang tak ada apa-apa, baik abang balik.” Takut-takut Kasih cuba menghalau Borhan.
“Abang rindukan Kasih.”
“Baik abang balik sebelum orang lain nampak.”
“Kasih, abang takkan balik selagi Kasih tak beritahu yang Kasih sayangkan abang.”
Meluat sungguh Kasih mendengar butir bicara yang keluar dari bibir Borhan. Borhan benar-benar buat hidupnya jadi tunggang-langgang. “Maafkan Kasih, bang. Abang hak mutlak Misah. Kasih tak boleh nak terima abang dalam hidup Kasih.”
“Kalau Kasih rasa Misah tu penghalang pada hubungan kita, abang akan…”
“Cukup, bang! Kasih minta sangat dengan abang, jangan kacau Kasih lagi. Kasih merayu kat abang.” Rayu Kasih yang tidak sanggup melihat Borhan sering terkejar-kejar akan dirinya.
“Kasih, jangan buat abang macam ni. Tolonglah abang. Abang sayangkan Kasih.”
Borhan menongkat motosikalnya dan melangkah menuju ke muka pintu. Melihat akan keberanian Borhan itu membuatkan Kasih bertindak untuk segera menutup pintu. Tetapi Borhan lebih cepat mengambil tindakan dengan menolak keras daun pintu itu.
“Tolong, bang. Ini rumah saya. Tolong jangan buat perkara yang bukan-bukan kat sini!” Kasih cuba untuk menutup pintu dengan kudrat yang dia ada. Namun apalah daya seorang gadis sepertinya jika dibandingkan dengan kudrat lelaki seperti Borhan. Ia membuatkan Kasih hampir kalah.
“Borhan!”
Kali ini Borhan terkejut melihat Mak Senah yang tiba-tiba muncul.
“Err...”
“Kamu jangan sampai aku naikkan parang atas muka kamu, ya! Kurang ajar! Sampai ke sini kau kacau Kasih!”
Borhan mengundur kaki ke belakang. Dia terus berlari menuju ke motosikalnya.
“Oi! Kau buat apa kat sini!” Kali ini.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment