Pre Order & Giveaway Contest

Atas permintaan ramai yg email dan ws kami, Pre Order CISP & Giveaway contest telah dilanjutkan sehingga 25 Julai.
Kami akn umumkan nama peserta dan 2 org pemenang pada 26 Julai, inshaa Allah :)



CARANYA PERNYERTAAN:-
PRE ORDER NOVEL CALON ISTERI SEORANG PLAYBOY dan anda berpeluang menang HANDBAG STYLO TU.
BANKIN BAYARAN BUKU KE SALAH 1 ACC DIBAWAH:
CIMB 12170003733207
MAYBANK 512343655328
Norshahidah abdul wahap

email mybizsantaishop@gmail.com / WHATSAPP KE 010-4398892 bukti byrn, nama dan no fon anda.

Harga RM38.00 / RM41.00
POSTAGE RM8SM/12SS

SELEPAS PRE ORDER HARGA LAIN... BUKU LIMITED PRINT!!

Sis akn umum pemenang selepas buku ready stok okeyy.. gud luck 😉😉😉
TERIMA KASIH 😉
==============

ADAKAH INI TEASER YANG TERAKHIR? 😏

BUAT YANG MERINDU, NAH KITA KASI.

***** CALON ISTERI SEORANG PLAYBOY****

Iskandar menguap. Berair matanya.

" Dah ke belum?", tanya Iskandar.

Mula berasa bosan duduk lama-lama di situ tanpa banyak bergerak.

" Sikit je lagi". Amina masih tekun melukis.

" Cepatlah sikit. Aku dah mengantuk ni. Kau tak ada lagu ke? Pasanglah. Sekurangnya tak adalah bosan kau pandang muka aku, aku pandang muka kau".

Amina menghembus nafas. Kenapalah Datin Zuraina harus menghantar anaknya ini ke sini? Bagaikan malapetaka bila lelaki itu pijak di galeri. Macam-macam permintaannya. Yang pelik-pelik.

Amina tekan player. Memutar lagu kegemarannya Lemak Manis, nyanyian penyanyi lama Roslan Madun. Sesuai dengan seleranya yang lebih kemelayuan.

Sopan santun, anak melayu
Senyum terukir, senyum terukis bila disapa
Dalam pantun... ku kirim rindu
Rindu mengalir...
Rindu mengalir di dalam kata
Lemak manis alah amboi amboi
Santan kelapa alah amboi amboi
Ku pandanglah manis, alah amboi amboi
Anak siapa

Terangkat kening Iskandar. Lagu apa dia pasang ni. Memang betul-betul orang lama lah dia ni. Memang aku dengan dia ni bagaikan kasut terompah dengan kasut nike. Kolot!

" Tunggu sekejap". Iskandar bangun keluar dari galeri. Menonong jalannya.

Amina yang sedang melukis, terhenti jemarinya. Mata cantiknya terarah pada bayang Iskandar yang sudah menghilang. Erm?? Ke mana dia nak pergi? Tadi beria minta aku lukiskan muka dia. Terkebil-kebil Amina sendiri.

Sejenak, Iskandar muncul di pintu membawa sekeping cd di tangan. Cd yang dia ambil dari dalam keretanya. Dia menghampiri Amina yang seakan tercengang. " Ambil. Pasang cd ni. Lagu kau tu kalau seminit lagi aku dengar, mahu bernanah telinga aku nih".

Ternganga Amina dengan perlakuan lelaki kaya yang amat berlagak itu. Dia cakap dekat lagu favourite aku? Melampau!

" Wahai anak Datin Zuraina, sedarlah sikit awak di tempat siapa ye. Ini kan galeri saya. Tolong hormat tuan rumah ye". Kecik saja mata Amina memandang muka Iskandar yang macam tak ada perasaan.

" Aku kisah ke kau tuan rumah ke apa. Customer always right. Pernah dengar ayat tu?". Bibir Iskandar tersenyum sinis. Dipandang saja dua alis mata tuan punya galeri.

" Ikut suka awaklah". Amina mengalah. Sabar Amina. Lelaki ini adalah ujian untuk kau awal pagi begini.

Amina segera mengambil cd yang dihulur.

Iskandar tersenyum merasa diri menang.

" Ingat ye, customer always right", perli Iskandar lagi.

Sabar Amina... sabar. Buat bodoh saja dengan lelaki perangai hodoh ni. Amina menarik nafas. Dipasang cd yang diberi.

Bergema lagu One Night Only, nyanyian Beyonce Knowles dari filem Dreamgirls.

Come on baby
One night
You want all my love and my devotion
You want my loving soul right on the line
I had no doubt that I could love you forever
The only trouble is I really dont have the time

" Macam ni baru bersemangat nak jadi patung depan kau. Tak adalah aku mengantuk. Ini tak lagu lama yang kau pasang"

" Sekejap ye". Amina masuk ke stor galerinya. Menyandar di dinding. Eeeeiiiii, geramnya!

BERSAMBUNG...
WhatsApp 010-4398892


atau

No comments:

Post a Comment