MR.HOPELESS ROMANTIK ~ SYAMNURIEZMIL

stok terhad! TIADA REPRINT
MR HOPELESS ROMANTIC ~ Syamnurizmil
[sambungan CIK SERBA TAU]
HARGA RM32.00 SEM / RM35.00 SS
termasuk postage

Kena baca CIK SERBA TAHU dulu, baru baca MR HOPELESS ROMANTIK. Jika belum ada CIK SERBA TAU.
HARGA CST RM28 sem / RM35.00 termasuk postage. atau POS SEKALIGUS MHR , CST hanya RM20.00 SEM/RM23 SS

SINOPSIS CIK SERBA TAU
Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.
Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

SINOPSIS MR.HOPELESS ROMANTIK
Andai cinta tak perlu kecewa, akulah orang yang paling bahagia. Ya, pasti aku sedang berbahagia dengan Sarah Nadine. Tak ada orang lain yang boleh membahagiakan aku, kecuali Sarah Nadine. Punyalah hopeless romantic aku masa tu!


Tapi...



Sarah Nadine tinggalkan aku sewaktu hari pernikahan aku dengan dia. Lebih kecewa, dia memilih lelaki lain berbanding aku. Walaupun begitu, aku tetap tak boleh nak lupakan Sarah Nadine. 



Mengharapkan dia kembali? Memang tak lah! Tapi, kenapa masih lagi teringat dan tak boleh nak move on? Kenapa aku masih lagi menutup pintu hati aku dan tak mahu mencuba cinta baru?



Arghhh Carl... kau memang Mr. Hopeless Romantic betul! Tak serik nak lupakan cinta lama tapi, tak minat pun nak mulakan cinta baru! Apa maknanya tu? Hopeless lah!
Sehinggalah...



“Pak cik boleh dakwa kamu dengan macam-macam dakwaan. Termasuk tuduhan memiliki 500 gram dadah. Kamu tahukan 15 gram heroin pun, hukumannya mati mandatori? Kamu jangan ingat, pak cik tak boleh buat.” – PAK ISMAIL ITAM INTERPOL



Aku menerima ugutan daripada bapak seorang perempuan yang bernama Aerna Isyqee. Semuanya, gara-gara dia membawa BMW pinjam yang hampir mencalarkan Porsche baru aku tu!



Tak pasal-pasal, aku kena ikut rancangan memikat anaknya yang macam Cik Serba Tahu tetapi, hal cinta langsung tak tahu. Kononnya, aku nak cuba cairkan hati Aerna Isyqee dengan rancangan hopeless romantic aku tu. Niat sebenarnya untuk membuatkan dia menyampah dan sekaligus akan menolak permintaan bapaknya.



Masalahnya sekarang, hati aku pula yang kena hacked!



So, Carl... kau dah habis fikir ke?
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment