LELAKI MILIK AKU ~ HASH AULIA

5 HARI LAGI TUTUP ORDER
LAST DATE 31 JULAI 2017
LIMITED PRINT
Keluaran August

RM40 sem  / RM 47 ss
termasuk postage 
Sinopsis

Badan sado, macho, serta rupa yang kacak, sepatutnya menjadi idaman wanita. Malangnya, dia turut digilai kaum sejenis. Tambahan pula, sikapnya yang tak reti bergaul dengan wanita semakin mengiakan telahan si keluarga.


"Kalau betul Dhizal bukan kaum yang dilaknat, buktikan! Kahwin dan dapatkan anak."


Dhizal buntu. Permintaan keluarga buat dia hilang arah. Kahwin? Dalam masa terdekat? Mustahil!


Tak ada jalan lain, akhirnya Dhizal nekad melamar cik setiausaha. Walau hakikatnya, antara mereka hanyalah bos dan pekerja.


"Dhia..kahwin dengan I, please.."


Dhia terngadah. Permintaan encik bos, buat dia kelu. Tambahan pula, status encik bos mengganggu fikiran.


"Bos kau tu, gay. Sebab tu dia tak pernah ada girlfriend."


Jauh di sudut hati, dia tak percaya. Mana mungkin bos yang gatal + miang + gedik itu homoseksual! Tapi, apabila melihat "adegan mesra" encik bos dan si pasangan, dia terkaku seribu bahasa.


"Jadi, betullah bos ni gay?"


"Kahwin dengan I, barulah you boleh nilaikan sama ada I gay atau tulen."


Awalnya, tawaran encik bos, ditolak mentah-mentah. Namun, bila hari berganti hari, hati mula kesian melihat Dhizal seringkali dipandang serong. Lalu, demi membuktikan "ketulenan" encik bos, Dhia akhirnya bersetuju menjadi "isteri eksperimen encik gay" walaupun dia tahu betapa besar risikonya. Hati dan hidup bakal tergadai jika Dhizal benar-benar gay
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment