KERANA AKU ISTERI BIDAAN



Harga RM27.00 Sem/ RM30.00 Sbh/Srwk

Sinopsis 
Farel tergamam! Seketika dia terbuai namun dia segera matikan renungan. Dia tidak boleh kalah. Ya! Dia tidak boleh benarkan Raina menggodanya sehingga dia lupa misi asalnya.Apapun yang berlaku, imannya harus kental. Dia harus mengusir godaan Raina. Seketika kemudian, Farel senyum senget.
“You kena buat lebih dari tu kalau nak goda I,” ujar Farel seraya menolak tubuh Raina ke tepi. Dengan senyuman yang masih ada di bibir, dia melangkah selamba meninggalkan Raina yang sudah terkulat-kulat sendiri.

Buat lebih daripada tu? Hahhh... Bengang Raina. Dia tidak puas hati, strateginya tidak menjadi. Namun dia berjaya menyelamatkan sehelai. Raina berlari semula ke pintu biliknya dan mencampak sahaja baju di tangan. Hendak tahu apa yang bakal dibuat Farel kepada baju-bajunya, dia ekori lelaki itu sehingga ke belakang rumah. 
Raina hanya mampu memerhati apabila Farel hidupkan lampu belakang dan keluar lalu menuang pakaiannya ke dalam baldi aluminium yang diletakkan bersebelahan tempat longgokan sampah. Seketika kemudian, lelaki itu ambil satu botol putih dari stor bersebelahan dan menuang isinya ke atas longgokan pakaiannya tadi. Bila bau minyak petrol naik ke hidungnya...
Oh my... Gilanya dia... Ya Allah, baju aku... Berkerut-kerut muka Raina tidak percaya. Matanya membulat, rahang pipi sudah bergerak, mulut sudah terherot-herot, berharap Farel membatalkan niatnya itu.

Segera dia mendekat...
“Farel.... Farel... Tu baju tidur seksi I tu, tak kan you nak bakar pulak...” Lengan Farel dipegang. Mahu dekat ke longgokan baju-bajunya, Farel menghadang. Kenapa gila pulak Farel ni sampai baju tidur pun nak dibakar sekali?
Farel menoleh. 
“I suka baju tu... You mesti suka, kan? Mahal tu I beli,” pujuk Raina.
“Ya... I suka...” Farel ambil sehelai baju tidur Raina.
Raina lega. “Rel, tu lagi... Blaus warna putih tu... Tolong ambik sekali.” Nak minta semua, memang dia tak dapat, cukuplah dapat sehelai dua. 
Farel capai blaus putih yang dimaksudkan, kemudian dia tersenyum dan berpaling mendepani Raina.
“You nak ni?”
Raina angguk. Cuaknya dia melihat perangai gila Farel malam ini setelah dijamu mesra olehnya.
“Kirim salam!” Farel terus lempar semula ke longgokan tadi kecuali baju tidur Raina. Dan Farel terus mengeluarkan pemetik api dari poket seluarnya. 
Enggan melihat baju-bajunya musnah, Raina mendekat lagi lalu menyambar lighter dari tangan Farel.
“You ni dah gila ke! I takkan benarkan you buat macam tu,” kata Raina. Ini benar-benar satu penghinaan, bisiknya dalam hati.

Farel naikkan keningnya apabila menanggapi tingkah berani Raina. Tanpa kata dia hampiri Raina yang menjauh tadi. Sejurus berdiri di hadapan Raina, dia tenung lama wajah Raina sehingga membuatkan Raina resah. Pelik melihat lirikan mata Farel. Namun tiba-tiba sahaja lelaki itu menarik pinggangnya sehingga tubuh mereka bersatu.
Farel usap wajah Raina lembut, matanya merenung mata Raina yang redup. Renungan yang membuatkan Raina cair. Ah… Kenapa lain macam saja renungan Farel kepadanya sehingga membuai perasaan hawanya.

“I’m not backing down, darling.” Sepantas itu Farel merampas pemetik api dari tangan Raina dan membuatkan mata Raina membuntang.

atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment