KALAU TIDAK KERANA TUAN ~ NUEEN


buku baru
PRINT ON DEMAND
TERHAD
HARGA RM60.00 SEM / RM70.00 SS
termasuk postage

**copy review dr page penulis*
Alhamdulillah...

Selesai sudah menelaah karya yang sangat dinanti-nantikan. Memang sangat berbaloi dengan kegigihan yang sanggup merentasi highway pergi collect sendiri KTKT di pejabat pos laju. Sebuah karya yang terbaik daripada seorang penulis otai berbisa yang tidak pernah ketandusan idea, suka belasah aje, suka menggoreng dan sempoi. Membaca karya ini seakan-akan menonton drama lakonan pelakon-pelakon di pentas dunia. Ianya bukan khayalan penulis semata-mata. Penceritaan dan pengolahan karya yang tersusun cantik. Penuh dengan pengisian dan pengajaran. Setiap ayat, setiap perenggan, setiap bab dan setiap mukasurat diolah dan diedit dengan baik sekali. Sehingga ke perkataan TAMAT, ketajaman mata rabun saya hanya menemukan SATU typo sahaja. Mata orang lain saya tak tahu lah.


First time bila tengok cover novel ni rasa macam simplenya cover dia. Cover yang tergambar pemandangan sebuah bekas Ladang Tebu bersebelahan dengan sebatang jalan raya. Setelah selesai membaca novel ni apabila diteliti gambar covernya seperti tersirat maksud yang tertentu daripada persepsi saya sebagai pembaca. Sesungguhnya saya percaya bahawa Allah swt tidak akan menarik sesuatu daripada mereka selain menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik malah yang terbaik. Oleh itu sebagai insan yang beriman kita perlu reda dengan takdir yang ditentukanNya. Seperti Ladang tebu yang dulunya gah sebagai penyumbang ekonomi negara akhirnya hilang kemanisan dan menjadi tandus. Ianya bakal diganti dgn tanaman lain atau bakal dijadikan tapak projek pembangunan yang mungkin menjanjikan pulangan yang lebih baik. Begitu lah juga kisah yang terhidang dalam naskhah ini. Fiza(serta anak-anak) dan Hisyam yang ketandusan kasih sayang dan hilang kemanisan dalam kehidupan setelah dicurangi dan ditinggalkan pasangan masing-masing. Namun semua kisah itu tidak semestinya berhenti di situ. Liku-liku kehidupan harus diteruskan. Dengan melalui jalan yang terbentang luas mencari sebuah sinar kebahagiaan hakiki di penghujung jalan bagi menggantikan kisah semalam yang suram. Sesungguhnya takdir Allah swt itu sungguh indah.

Kisah bermula apabila Fiza yang sedang mengandung anak keempat diceraikan dengan talak 3 oleh Fuad bekas suami merangkap sepupunya kerana ingin mengahwini perempuan yang mementingkan diri sendiri dan bengap tahap petala langit. Tambahan pula keputusan Fuad mendapat sokongan penuh daripada ibu Fuad, Mak We. Memang bengong betul Fuad ni dalam-dalam tak suka Fiza tu anak sampai empat tapi anak-anak langsung tak mendapat kasih sayang daripadanya.

Sementara Hisyam pula dicurangi oleh isterinya Yuna yang mengadakan hubungan sulit dan akhirnya berkahwin dengan kawan baik Hisyam sendiri. Ini lagi seorang perempuan bengap sampai sanggup menjadi isteri kedua pulak tu.

Setelah diceraikan dan berpindah rumah, Fiza dipertemukan dengan Hisyam yang sering melayan anak-anak Fiza di taman permainan. Keperihatinan dan kasih sayang yang Hisyam zahirkan terhadap anak-anaknya akhirnya membuka ruang di hati Fiza untuk menerima cinta seorang lelaki buat kali kedua. Sebaliknya di pihak Hisyam, kehadiran Fiza dan anak-anak telah mengembalikan keceriaan dan membangkitkan semangat baru dalam hidup Hisyam. Pernikahan Fiza dan Hisyam menggembirakan keluarga kedua belah pihak lebih-lebih lagi anak-anak Fiza yang selama ini ketandusan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar ayah.
Namun begitu manusia pendengki memang tidak senang hidup kalau tidak mengganggu kehidupan orang lain. Fuad, Mak We dan Yuna seakan langau yang sering mengganggu kebahagiaan Fiza dan Hisyam sekeluarga. Memang benarlah sekiranya kita meraih bahagia dalam penderitaan orang lain kebahagiaan itu tidak mungkin berkekalan seolah tak mendapat keredaanNya. Begitulah karma untuk Fuad dan Yuna. Melepaskan kebahagiaan yang sebenar untuk sebuah kebahagiaan yang palsu akhirnya menderita. What can I say. Padan muka hang pa berdua!!
Pengakhiran cerita saya suka sebab HAPPY ENDING!!!
UNTUK Hisyam, Fiza, Fuad, Yuna dan semua pembaca
LELAKI BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia.
WATAK-WATAK YANG PALING DISUKAI
ZAID HISYAM (Hisyam) - seorang lelaki yang sangat penyabar, bertanggungjawab, sentiasa tenang, seorang ayah yang penyayang, gentleman dan sweet dalam caranya yang tersendiri (hanya melalui cara percakapan dan cara layanannya terhadap anak-anak membuatkan Hisyam nampak sangat sweet)
HAFIZA (Fiza) - seorang wanita yang kuat, tabah, seorang anak dan isteri yang taat, seorang ibu yang penyayang, pelindung dan sanggup berkorban apa saja demi anak-anak. Suka part Fiza belasah Fuad sebab Fuad tampar kepala Darwish dan Umar.
KAK LONG - seorang yang very outspoken, tegas, garang. Tapi garang Kak Long garang bertempat. Suka sangat masa Kak Long tampar kepala Fuad semasa melawat isteri Fuad kat hospital. Jangan main-main dengan Kak Long.
WATAK YANG PALING BUAT TEKANAN DARAH NAIK TURUN
FUAD - seorang yang mementingkan diri sendiri, memang tak layak bergelar ayah, sentiasa menunjukkan kebodohan, bengong dan bangang
MAK WE - seorang yang mempunyai tahap ketebalan muka melebihi muka tembok, like son like mother bodoh, bangang dan bengong tak ada simpan-simpan punya.
KAK CIK - seorang kakak atau adik yang TIDAK ingin dimiliki oleh semua orang. Memiliki sifat hasad yang menebal dalam diri. Agaknya masa kecik terminum susu lembu gila kot.
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment