#HATI

LIMITED EDITION/ EKSKLUSIF
TINGGAL 1 NASKAH SAHAJA
Gabungan  novelis Hana Afriena , Hash Aulia dan Lynn Dayana. 

Harga RM45 (SM), RM50 (SS).
termasuk postage

MR. EGOIS (HANA/HE)
“You can’t say ‘No’, Darlin. Sampai ke rumah orang tua kau, aku datang. Takkan kau cuba nak malukan aku depan keluarga kau pula?” Keras suara Dariz.
Ternyata Dariz tersilap andaian. Sangkanya andai dia menggunakan cara licik sebegini, Darlina takkan mampu untuk menolak dirinya lagi. Tubuh yang tadinya santai terus tegak. Malah, wajah Dariz mula berubah tegang.
“Saya betul-betul tak bersedia nak jadi isteri awak.” Suara yang sarat dengan perasaan bersalah.
“Nur Darlina.” Nama penuh si gadis disebut dalam nada tegas.
Darlina pantas menundukkan pandangan. Mata dipejam dan nafas yang menyemput dihela perlahan-lahan.
“Maaf..” Sepatah kata itu ditutur daripada bibir.
Tubuh Dariz tersandar pada sofa. Meluap-luap dadanya dengan api kemarahan. Jemari kasar naik memegang hujung dahi. Sungguh dia rasa kepalanya berdengung menahan rasa bengang.
Saat melihatkan Darlina sudah mula bangkit daripada duduk dan berlalu ke ruangan dapur, egonya sebagai lelaki mula mencanak naik. Rasa kebas kedua-dua belah pipi.
Seumur hidupnya, ini kali pertama dia merasakan penghinaan yang cukup dahsyat. Nur Darlina memang dah melampau.
“Lin..” tegur Puan Fatma mula menghidu sesuatu yang tak enak.
Darlina angkat pandangan. Mengukir senyuman hambar buat si ibu.
“Maaf, ibu. Lin tolak lamaran dia.” Senafas ayat itu meniti lancar.
Wajah Puan Fatma diperhatikan. Mengesan riak-riak kecewa andai ada tergaris di situ. Namun yang Darlina lihat cumalah senyuman nipis yang nampak ikhlas.
“Ibu faham.” Lengan Darlina diusap penuh kasih.
Dan rasa gusar yang tadinya hadir dalam diri Darlina mula bertebaran pergi. Sekurang-kurangnya dia masih ada Puan Fatma yang menyokong keputusannya kali ini.
“Ibu ke depan dan bagitahu dia elok-elok. Lin rehatlah.” Bicara terakhir Puan Fatma sebelum kembali ke ruangan tamu.
Darlina tersandar pada dinding ruangan dapur. Lama dia menajamkan pendengarannya. Sepuluh minit berlalu, bunyi enjin kereta mula perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah.
Dariz sudah pulang. Namun mungkinkah lelaki itu akan terus mengalah setakat itu saja?
Beep! Bunyi pesanan ringkas yang masuk ke peti simpanan gajet miliknya. Pantas butang ‘Read’ ditekan.
‘Penghinaan yang paling teruk daripada kau, Nur Darlina. Dan satu aku nak ingatkan kau, KAU AKAN TETAP JADI HAK AKU.’ – Syed Dariz
Telefon yang dipegang nyaris hendak terlepas ke lantai. Sesuatu yang ditakutinya sudah pun berlaku. Benarlah, sampai bila-bila pun Dariz takkan pernah mengenal erti kekalahan.
========
SINOPSIS
MINI NOVEL 2: PEREMPUAN TERPILIH
OLEH: HASH AULIA
Essandra teguk liur. Badan Afeef yang elok terletak di atas badannya, menggamit rasa debar yang tak sekata. Serta jarak wajah mereka yang terlalu hampir, buat dia kering air liur. Hilang diksi. Kaku seribu bahasa.
“I don’t think you have a clue how fast my heart races right now..” suara Afeef kedengaran perlahan. Dan nafasnya juga tidak sekata.
Semakin kuat debar yang melanda. Sehingga sukar untuk dia bernafas secara normal. Dan adakala, dia lupa nak bernafas tatkala sepasang mata itu merenung tajam ke dalam matanya. Renungan yang bisa buat dia tak terkata. Hilang bicara dan kaku seribu bahasa. Seperti sekarang.
“I…” Afeef telan liur. Ternyata, ada sesuatu yang mencuitnya. Dan entah syaitan apa yang merasuk, jemari kasar mula hinggap di wajah Essandra lalu membelai lembut.
Dada bergetar menahan rasa. Nafas terasa semakin memberat.
Essandra semakin cuak. Melihat reaksi wajah Afeef saat ini, serta renungan matanya, dia tahu Afeef sedang dirasuk kuasa “keinginan.” Liur di telan kesat.
“Feef..let me go.” Ayat yang simple. Tapi, betapa sukarnya untuk keluar dari bibir tika ini.
“Damn. I really want to kiss you right now.”
Essandra tersentak. Buntang matanya dengar bicara encik suami. Dan bila jemari kasar itu mula bermain di sekitar bibirnya, jantung semakin kuat bekerja. Serentak itu, dia menolak kuat tubuh Afeef. Lalu, dia bingkas bangun. Telapak tangan menekup bibir sendiri.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

No comments:

Post a Comment