Harapan [Seligkuh 2] ~ Aini Marisha

PRE ORDER ~ HARAPAN [Selingkuh 2] ~ Aini Marisha 
tutup order 31 Ogos 2017
LIMITED EDITION
PRINT ON DEMAND

HARGA RM40.00S SEM / RM45.00 SS
termsuk postage
Jika mahu beli novel HARAPAN [SELINGKUH 2] , sebaiknya juga baca novel SELINGKUH kerana kisah di dalam novel HARAPAN adalah sambungan dari novel SELINGKUH. Stok novel Selingkuh masih ada.  

Teaser ~ "HARAPAN" [selingkuh 2]
Bertahun tahun mencuba, akhirnya Rania semakin pulih dari kesedihan yang pernah membelenggu hidupnya. Nama Hazlan juga semakin dapat dilupakan, dan rindunya pada lelaki itu juga semakin pudar. Rania juga mula memikirkan untuk menerima Taufiq Hidayat yang tetap sabar menantikan jawapan "ya" darinya. Namun tiba-tiba Rania dikejutkan dengan berita bahawa ada banduan yang berjaya melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh dan salah seorangnya adalah Hazlan. Ketenangan Rania kembali goyah. Nama Hazlan mula menganggu fikiran dan pelbagai andaian buruk membuatkan Rania sering ketakutan lebih lebih lagi apabila memikirkan keselamatan Damia.
Bagi Hazlan pula, dua tahun di dalam penjara ternyata telah banyak mengubah dirinya. Di dalam penjara, dia bergaul dengan ramai banduan yang kebanyakannya terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah berat. Dia diajar dengan perkara-perkara yang sangat jauh berbeza dari kehidupannya dahulu. Masa yang banyak terluang di dalam penjara juga membuatkan dia sentiasa memikirkan tentang Farisya, tentang Rania dan Damia. 
Memikirkan bahawa segala harta dan wang yang dimilikinya telah dicuri oleh Farisya, hati Hazlan membuak marah sehingga dia tidak mampu bertahan lama menghabiskan hukumannya. Lalu dia nekad mencari jalan untuk melarikan diri dari penjara. Selain dari dendam terhadap Farisya, Hazlan juga rindukan Rania dan Damia dan berharap untuk diberikan peluang kedua.
Dapatkah Hazlan merealisasikan semua harapan dan dendamnya? Adakah Rania akan menerima Hazlan kembali dan membina semula rumahtangga yang telah roboh? Bagaimana pula dengan Taufiq Hidayat? Adakah dia akhirnya akan mengalah dari berusaha untuk memenangi hati Rania? Dan siapakah pula anak kecil bernama Aryyan yang tiba-tiba sahaja muncul dalam kehidupan Rania dan Damia?
Untuk tahu jawapannya...jangan lupa membuat tempahan novel HARAPAN.
WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment