DEVIL OF MY LIFE

READY STOCK - terhad

HARGA RM48.00 SEM / RM57.00 SS

termasuk postage
*citer best! lain dr lain.
TEASER #4 DOML
Abang aku akan menikahkan aku dengan si setan ni sekarang?!. Kenapa?!. 
Aku memandang wajah Adrian meminta simpati namun lelaki itu hanya berlagak seakan-akan dia tidak mengenaliku. Abang pula hanya memandangku dengan pandangan tenang seakan-akan dia redha dengan pernikahan aku ini. Dan menyuruh aku bersabar. Huh, bersabar?. Perempuan gila je yang mampu bersabar dalam keadaan aku sekarang ni. Kenapa aku tak lawan?. Nak lawan apanya kalau pernikahanku disaksikan oleh sepuluh orang lelaki yang mempunyai senjata?. Nak mati la jawabnya kalau aku cuba untuk membantah. Aku memejamkan mata apabila upacara lafaz akad nikah dilaksanakan. Sumpah aku tak boleh nak dengar. 

Rasya, fikirkan benda yang indah. Yang indah saja. Jangan fikirkan apa yang jadi sekarang. Anggap saja semua ni macam mimpi. Anggap saja Daniel tu seperti lelaki idaman kau. Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri!!!..Aku segera membuka mataku semula untuk melihat lelaki-lelaki dihadapanku itu.
“Sah..” Belum sempat aku membuka mulutku untuk membantah. Semuanya sudah selesai. Tubuhku serta merta terasa lembik. Aku salah dengar ke atau aku sedang bermimpi?. Norman Daniel Eduardo, lelaki kacukan Melayu-Portugis yang kejam ni sudah sah menjadi suami aku?. Tak. Aku tak sanggup. Aku tak terima semua ni. Apabila aku melihat Daniel mula menapak kearahku, serta merta aku merebahkan diri. Biarlah dia nak marah atau apa pun. Aku tetap tak sanggup nak terima dia sebagai suami aku!.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment