CINTA YANG PULANG ~ WAWA AKIL

PENGUMUMAN!!
DENGAN ini batch pertama untuk CINTA YANG PULANG sudah selamat ditutup oder. Tetapi kepada mereka yang masih berminat boleh membuat bayaran cuma urusan pos akan dibuat selepas urusan batch pertama selesai sepenuhnya. 
HARAP MAKLUM ~ Wawa Akil


Selepas PRE ORDER DITUTUP 15/7, esok, jika ade lebihan, baru admin buka order semula
 PRINT ON DEMAND

Harga RM43.00 SEM / RM49.00 SS 
termasuk postage



"Makcik saya naik dululah. Ada kerja yang belum disiapkan kat atas tu," ujar Adina. Dia hulur tangannya untuk bersalam. 
Sebenarnya bukan ada kerja pun nak dibuat tetapi dia malas nak berlama di situ. Dua-dua mak asyik bercerita tentang jodoh anak-anak. Dia ada di situ tapi tak pula mahu bertanya kepadanya.
Dia mencuit bahu si adik. Aina yang ralit menonton TV langsung tidak memandang ke arahnya.
"Kata tadi nak tolong kak long kemas bilik. Jomlah. " ajaknya. Harap-harap Aina fahamlah maksudnya itu.
Volume suara yang sudah perlahan diperlahankan lagi. Wajah kakaknya di pandang penuh hairan.
Berkerut-kerut wajahnya. Bila masa kakaknya ada banyak kerja kat atas tu. Mengintip anak jiran adalah. Dia pandang Adina. 
"Bila masa...." Dia tak jadi meneruskan kata-katanya bila Adina membuat isyarat mata kepadanya.
"Ooo.. Allah lupa pula. Punyalah kak long teruja tadi nak jumpa makcik sampai ditinggal barang kat atas tu bersepah-sepah, " dia hampir tergelak melihat wajah terkulat-kulat kakaknya.
"Ialah..makcik faham tu. Malu pula dia. Apa nak malunya kalau dah jodoh. Bukan kita boleh tolak. Lari jauh mana pun kalau cinta masih ada, dia akan kembali semula." Ujar Puan Hasanah. 
Tersedak lagi Adina dibuatnya. Cinta yang kembali? Makin seram kedengaran ditelinganya.
"Dina naik dulu makcik," sekali lagi dia meminta izin untuk berlalu dari situ. Tangan Aina ditarik. Geram pula dia bila adiknya begitu asyik mendengar perbualan dua ibu itu. 
Tanpa menunggu jawapan kakinya diatur pantas mendaki anak tangga.
"Bakal berbesan rupaya kita. Patutlah masing-masing liat saja jodohnya. Rupanya jodoh mereka dekat sangat. "
Sempat lagi dia menangkap kata-kata Puan Hasanah.
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment