CINTA SAMPAI MATI ~ SUCI HIDAYAT

LIMITED EDITION 
BAKI TERHAD

RM46.00 SEM / RM50.00 SS 

termasuk poslaju
#LIMITEDEDITION
#TIADADIKEDAI
#TIADAULANGCETAK
#ABIDWANGI
#CINTASAMPAIMATI

Menyangkut tuala dan pakaian di tempatnya, Wangi merenung wajah di biasan cermin. Perlahan-lahan, jari-jemari naik ke wajah. Wajah wanita berusia 30 tahun itu Wangi usap lembut.
Seakan terpercik rasa benci saat melihat dan menyentuh wajah sendiri. Benci kerana wajah itu telah menghimpun bergunung-gunung dosa di sebalik indah kejadiannya diciptakan oleh Yang Maha Esa.
Melucutkan pakaian satu demi satu, Wangi merenung dan meneliti batang tubuh itu pula.
Percikan kecil amarah tadi serta merta marak membakar jiwa Wangi.
Betapa ramai yang telah merasai tubuh itu berulang kali. Sesuka hati. Maruah Wangi diletakkan di tapak kaki!
Satu demi satu wajah lelaki yang pernah menidurinya menjelma di dalam fikiran. Wangi ingat setiap satu wajah. Wangi ingat setiap satu nama. Rasanya sampai mati pun Wangi tak akan lupa wajah-wajah itu. Kerana setiap satunya melakarkan babak hitam dalam hidup Wangi.
Bermula dengan Edika. Lelaki pertama. Dan Wangi menyerahkan kesemuanya secara rela. Kerana Wangi terlalu bodoh untuk membezakan cinta dengan dusta.
Segala-galanya bermain di mata Wangi saat ini. Wangi hanyut dalam lautan dosa. Saat itu, zina menjadi perkara terbahagia. Sejak itulah Wangi mulai ketagih. Bukan lagi Edika yang menggoda. Namun Wangi yang akan datang memaksa Edika memuaskan nafsunya.
Selepas Edika, Mr. Simon.
Pelanggan pertamanya.
Wangi ingat lagi bagaimana Wangi melawan agar cina tua itu menjauhkan diri darinya. Wangi menangis. Wangi menjerit. Wangi meraung. Dan cina tua itu terus ketawa sehingga selesai permainan yang dibayarnya.
Cina tua itu memuji Wangi di hadapan Edika.
“Mana lu dapat ini amoi?”
“Kenapa? Dia buat hal ke? Dia lawan you?” tanya Edika seraya menjeling Wangi yang separuh bogel dan sudah nyawa-nyawa ikan dilanyak lelaki cina tua itu.
“Ya lor. Manyak garang. Tapi I manyak suka.”
Meledak tawa kedua-duanya. Seronok. Seorang dapat melampiaskan nafsu, Seorang lagi dapat duit puluhan ribu. Wangi? Hanya dapat debu. Debu hitam yang makin lama makin menebal. Menutup seluruh cahaya masuk ke dalam hidupnya.
Dr. Razak, Datuk Rahman, Dato’ Khalid, Dato’ Shahrudin, Tan Sri Hamid, Tan Sri Fakhrudin, Mr. Jason, Mr. Harry, Mike, dan Dato’ Majid.
Pelanggan-pelanggan ini, Kiss yang dapatkan. Edika cuma bertanggungjawab membawa Wangi bertemu dengan pelanggan sahaja. Membayang wajah-wajah ini, Wangi jadi mual. Dan jijik. Jijik kepada manusia-manusia yang menjijikkan ini, juga jijik kepada diri Wangi sendiri.
Perlahan-lahan Wangi mengusap perut. Mengenang, sudah berkali-kali Wangi keguguran dan menggugurkan. Setiap kali Wangi mengandung, pelbagai cara akan Edika paksa Wangi lakukan agar kandungan itu dinafikan haknya.
Tubuh ini terlalu najis bagi Wangi. Kotor. Busuk! Walau disiat kulit yang meliputi seluruh tubuh, najis yang terpalit takkan hilang. Tetap berbau. Tetap meloyakan.
Tapak tangan mengesat air mata. Menangislah selautan pun, tak akan mengubah apa-apa.
Jemari mulus Wangi memulas paip pancuran air. Membiarkan dirinya basah keseluruhannya. Sehingga tidak ada satu bahagian pun yang terlepas dari dilalui air. Sambil dalam hati menyeru nama Tuhan. Berharap air yang mengalir, membawa pergi bersama segala noda yang terlekat di dirinya.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment