Bella ~ Acik Lana & Love Unlikely

HARGA RM35.00 SEM / RM38.00 SS
poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS
PRINT ON DEMAND SAHAJA. TAK MASUK KEDAI BUKU.
Bella - Acik Lana“Okey, kalau macam tu aku nak kau berambus dari rumah aku sekarang jugak! Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi, Lin.”
Terkedu Amalina dengan arahan tegas Bella. “Excuse me? Kau halau aku? Kau ingat kau
siapa?” “Aku tuan rumah ni. Rumah yang kau tumpang berteduh, tapi dalam diam kau ‘bunuh’ kebahagiaan yang ada dekat sini. Manusia jenis apa kau ni? Mana maruah kau?”
Amalina menggeleng dengan senyuman mengejek. Sakit sungguh hati dengan kata-kata Bella yang tajam. “Kau boleh cuba, tapi aku takkan ikut arahan kau!”
“Okay, fine.” Bella mengangguk tanda faham. Tanpa mempedulikan kerlingan Amalina, Bella terus meluru ke bilik tetamu. Apa nak jadi, jadilah! Malam ini dia takkan mengalah dengan perangai buruk laku Amalina lagi. 
Masuk saja ke dalam bilik yang didiami kakak kembarnya itu, dia terus membuka almari pakaian. Sebuah luggage di tepi almari solek ditarik dan dihempas ke atas katil. Beberapa helai pakaian Amalina di dalam almari tadi diambil dan dicampak kasar ke dalam beg
tersebut. “Kau buat apa ni, hah? Bak sini baju aku!” Kelam-kabut Amalina cuba merampas pakaiannya ditangan Bella. Perempuan ni dah kena rasuk dek hantu ke apa? Kurang ajar!
“Aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang jugak!” Bella menepis kasar tangan Amalina yang cuba mengganggu kerjanya. “Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi. Kau boleh berambus!”
“Hei!!! Kurang ajar betul kau ni!” Tangan Amalina dengan kuat menunjal kepala Bella. Namun tindakan itu membuatkan Bella turut melawan. Tak pernah dia sangka yang Bella boleh menjadi seagresif ini. Dan keadaan semakin tegang apabila mereka saling bertarik rambut. Tak cukup dengan itu, tolak-menolak pula. “Ouchhh! Rambut aku! Lepaskan rambut aku!” Amalina mula panik apabila melihat segenggam rambutnya putus ditarik Bella. Mampus buruk penampilannya kalau dia botak suku kepala! “Kau nak berambus ke tak? Jawab!” herdik Bella dengan tangan masih kuat mencengkam sebahagian rambut Amalina. “Kalau kau tak nak aku botakkan kepala kau, kau staylah dekat sini selama mana kau suka!”
Blurb Love , Unlikely 
Timah – nama yang begitu sempoi, sesempoi orangnya. Pertembungan dengan si jejaka dalam suatu insiden yang tidak disengajakan menyerlahkan sifatnya yang tenang lagi selamba sehingga mampu mengusik perhatian dan menarik minat lelaki itu. Namun Timah punya kompleks rendah diri yang agak tinggi ekoran ‘kecomelan’ tubuh badannya, lebih-lebih lagi diri sering menjadi bahan usikan serta ejekan sejak alam persekolahan lagi.

Firas tidak mengerti mengapa dia sering ditolak oleh gadis itu. Namun dia tidak mampu menerima alasan-alasan yang dilemparkan Timah sedangkan hati yang disangka telah mati kini seakan bergetar kembali. Maka gadis itu berterusan diburu.

Dan ketika Timah mula akur dengan kehendak hati, langkah murninya telah disalah erti. Firas kecewa lalu meninggalkan si pemilik hatinya terkapar-kapar sendiri. Namun sejauh mana kaki mampu berlari, hati tidak mampu menjauhi. Timah kembali dijejaki setelah kebenaran menampar tepat ke pipi. Masih ada ruangkah untuk Firas kembali bertapak di hati si gadis?
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment