Tuah Kaihnya Teja ~ Anarif

HARGA RM28.00 SEM / RM31.00 SS

Teja diam.

“Awak sayang saya, kan?” 
Teja angguk.
“Jadi, tolonglah saya. Hari ni je. Kan banyak hari lagi untuk kita?” Tuah kenyitkan matanya.
Teja peluk pinggang Tuah tiba-tiba, merapatkan tubuh mereka. 
Ah sudah! Silap taktik! Undur! Undur!
Tapi sudah terlambat. Teja sudah rapatkan wajah mereka juga, dengan senyum menggoda.
“Cium dulu.”
Tuah yang kelu.
“Cium dulu. Make up for last night,” rayu Teja lagi.
Mata Tuah turun ke bibir Teja. Belum sempat otaknya memproses tindakan selanjutnya, Teja sudah menyambar bibirnya. Tuah kaku di situ. Lama bibir mereka bersentuhan, dan baru Tuah sedar matanya terbeliak selama itu. Teja senyum nakal.
“Ee, suci sangat awak ni!” Komen Teja selamba.
Tuah kulum liurnya. Bukan suci, tapi puasa dan menahan diri!
Wafi yang sedari tadi menanti berdeham kuat. Dia sudah risau. Teja ni bukan boleh percaya. Dekat dapur pun boleh jadi kerja, kalau dah namanya Teja.
Tuah toleh ke laluan, bimbang Wafi melihat. Teja pula suka melihat raut Tuah yang kalut.
“Demi awak, saya turutkan.” Teja pagut bibirnya sekali lagi untuk sesaat, sebelum melepaskan rangkulannya. Teja terus berlalu ke ruang makan semula dengan riak selamba.
“Mana Tuah?”
Teja sengih seraya meneguk air teh Tuah.
“Adalah. Sibuk je.”
Wafi dah terjenguk-jenguk. Lega bila Tuah muncul, tapi rautnya yang bingung buatkan Wafi yakin, mesti Teja dah lakukan sesuatu padanya.
“Kau buat apa dekat laki kau?” Tanya Wafi tak bertapis.
Teja angkat keningnya.
“Buat apa?”
“Tu, macam dah kena pukau dah aku tengok. Kau mandrem ke apa?” Komen Wafi.
Tuah duduk kembali, masih tanpa suara.
“Adalah. Sibuk je. Ada aku tanya apa kau buat dengan Kak Nawal?”
Balasan selamba Teja buat Wafi rasa nak cepuk saja adiknya itu. Nasib baik Tuah dah kembali ke alam nyata. Dia cepat-cepat ayun tangannya supaya Wafi bertenang.
Wafi hela nafas dalam. Bila Tuah menjilat bibirnya, Wafi pantas mengerti.
Bertuah punya adik!

atau
WhatsApp 010-4398892
atau

No comments:

Post a Comment