SELINGKUH ~ Aini Marisha


HARGA RM33.00 SEM / RM38.00 SS
termasuk postage


“Kau kena berhati-hati Rania,” ujar Suria apabila aku menyuarakan kebimbanganku.
“Kenapa?” tanyaku. Aku memandang wajah Suria dengan riak hairan. Petang semalam aku mengajak Suria menemankan aku minum di sebuah café kerana aku terasa bosan dan sunyi duduk berseorangan di rumah.
“Lelaki kalau berubah hanya ada dua kemungkinan. Pertama perempuan dan kedua masalah kewangan.”
“Aku tak percaya Hazlan akan curang pada aku. Dia seorang lelaki yang penyayang dan sangat mencintai aku.”
“Sedangkan pantai yang terdampar di tempat yang sama bertahun-tahun juga boleh berubah kedudukan bentuk muka buminya, inikan pula manusia biasa. Tambah-tambah lelaki seperti Hazlan yang kacak dan kaya raya. Pakej lengkap bagi seorang perempuan untuk dijadikan suami. Gadis sekarang ni bukan dia kira laki orang ke apa. Janji laki tu banyak duit dan boleh bagi kesenangan hidup pada diorang lepas kahwin nanti.”
Aku terdiam mendengar kata-kata Suria. Sesungguhnya perkara ini tidak pernah langsung terlintas di fikiranku. Aku hanya berfikir yang baik-baik sahaja. Bagiku perkahwinan kami pasti akan berkekalan selama-lamanya. Aku bukan sahaja ingin menjadi bidadari Hazlan di dunia ini malah sehingga ke syurga.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

No comments:

Post a Comment