MERAH CINTA DIA ~ HANI FAZUHA


LIMITED EDITION

Harga RM40.00 Sem / RM45.00 SS
termasuk poslaju

LAST STOCK
email mybizsantaishop@gmail.com / whatsapp  010-4398892


Nikah kahwin bukan perkara main-main. Dan Riana serius bila dia kata sudah bersedia menerima Arif sebagai imamnya.
"Kalau nak nikah senyap-senyap, kena nikah kat Siam." Arif menduga.
Arif berfikir sejenak. Riana ni betul-betul atau saja nak main-main?
"Okey! saya tak kisah." Mudah Riana bersetuju.
"Tapi kalau nikah senyap-senyap pun, saya tak nak pandang aje. Dah sah, mesti nak sentuh-sentuh." Arif angkat-angkat kening.
Yang sebenarnya, Arif masih ragu-ragu walau selepas ijab dan kabul. Meragui keihklasan Riana dan keraguan itulah yang membuka jalan kehancuran. Dia lupa, dunia sudah akhir zaman. Fitnah sudah terbiasa menjadi hidangan.
Segalanya hancur bila dia meninggalkan si isteri belum sampai sebulan mereka hidup bersama tanpa sebarang ucapan. Dan apabila tersedar, segalanya sudah terlewat.
Menjejak Riana bukan sesuatu yang mudah. Lebih payah apabila bertemu kembali, Riana bukan lagi seperti yang ditinggalkan dulu. Riana sudah menjadi orang baru dan Riana yang baru ini makin buatkan hati Arif haru biru.
"Kau carilah dia, Rif. Yang aku tahu, dia perempuan baik-baik yang tak akan pandang lelaki lain selain dari kau." - Dani
"Empat tahun Arif. Kalau pokok pun, dah lama mati tanpa air." - Riana.
1. Menggunakan kuasa veto sebagai suami
Makin menjadi payah apabila Riana sudah ada 'orang baru' yang 'menjaganya' dan orang itu ialah kawannya sendiri, Rizal Iman. Payah jadi berganda apabila Riana tahu sepanjang empat tahun itu, dia sudah terikat sebagai tunangan Eviana.
Pilihan yang Arif ada cuma 3 :-
2. Melepaskan Riana ke tangan Rizal Iman
3. Melupakan Riana dan belajar menerima Eviana
Tapi kenapa Arif rasa 3 pilihan itu semuanya akan melukakan hati sendiri? Menggunakan kuasa veto, dia pasti akan menang. Tapi dia yakin, Riana akan mengalah sebab terpaksa dan keterpaksaan itu akan sangat melukakan.

No comments:

Post a Comment