KOMPILASI CERPERN~ FARAH HUSAIN


Kompilasi Cerpen Farah Husain. 
Coming soon - LIMITED EDITION
Pre-order dibuka sehingga 15.6.2017

HARGA RM45.00 SEM / RM50.00 SS
termasuk postage

Salah satu cerita pendek dalam Kompilasi FH.  Friendly reminder, sebahagian daripada cerita2 di dalam kompilasi ini pernah terbit dan pernah tersiar sebelum ini. Hanya ada satu dua cerita baru. Harap tak ada yang keliru. 

KOPI UNTUK ALANA - Farah Husain

*****
Esakan si gadis mula bertukar menjadi tangisan. Jari-jemarinya dah naik menyapu air mata di pipi. Makin disapu, makin banyak yang mengalir. Tak tunggu lama, Diaz bergerak ke kaunter. Beberapa helai tisu diambil lalu dibawa mendekati si gadis. Helaian-helaian tisu itu diletakkan di atas meja si gadis.
"You look like you need it."
Perlahan si gadis mencapai tisu di atas meja. Diaz menjeling muk kopi si gadis. Kosong! Dan melihat dari gaya si gadis, tak nampak macam dia akan beredar dalam masa terdekat ini. Lebih-lebih lagi, hujan di luar belum menunjukkan tanda-tanda nak reda.
Diaz bergerak ke arah Apez yang berada di kaunter mesin esspresso.
"Apez..."
"Ha, kenapa?"
"Buatkan the red eye satu."
Dahi Apez berkerut pandang Diaz. Sejak bila pula mamat ni minum kopi hitam? The red eye tu signature drinks di kafe Kopi. Kopi hitam yang dihasilkan dari 3 jenis biji kopi ditambah dengan 3 shots espresso.
Seolah mengerti makna pandangan pelik Apez, Diaz hala jari telunjuknya ke arah sudut kafe.
"Untuk dia."
Apez angkat sedikit kepala, menjengah arah yang ditunjukkan.
"Alana nak?"
"Alana ke nama dia?"
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

No comments:

Post a Comment