Kesayangan Rais- Jaja Ahmad

HARGA RM35.00 SEM / RM38.00 SS
POSTAGE RM8.00 SEM / RM12.00 SS

Kenapa Rais? You memang dah tak cintakan I lagi ke?” Baru kini Armand memadang ke wajah Cempaka dengan riak yang serius.
​“Armand please...”
​“Two years Inara, dua tahun kita bersama but then he came and you fall for him just like that? Easy girl. It is way too easy...”
​“Well, same goes to you. Dah ada isteri but then you fall for me just like that. Easy boy. It is way too easy...”
​Bukan niat dia nak menyindir, tetapi Armand bercakap macam lah dia saja yang bersalah sedangkan Armand yang terang-terang bersalah dalam hal ini. Armand mendengus geram dan jelingan tajam dihadiahkan kepada Cempaka atas sindirannya itu.
​“For once and for all Armand, I nak tahu you masih cintakan isteri you atau tidak?” Cempaka turut berubah serius. Lama dah dia nak tanya tentang hal ini tapi asyik terlupa saja. Semuanya harus dirungkaikan hari ni, kalau tidak sampai bila-bila pun masalah mereka tidak akan selesai.
​“You tak perlu tahu tentang tu.” Jawab Armand mudah sambil menyilangkan tangan ke badan.
​“I need to know.”
​“For what?” Suara Armand kedengaran sedikit keras.
​Cempaka mengetap bibir. “Untuk sedarkan you.” Jawab Cempaka dengan nada yang sama.
​Kemudian masing-masing diam, cuba mencari ketenangan dalam berbicara.
​“Kita kena selesaikan semuanya hari ini Armand so that you can move on with your wife. You dah ada Yara dan I dah ada Rais. Why don’t we just be happy with our life. Be enough with what we have and be grateful. Itu yang penting Armand, bersyukur.”
​Jeda.
​Armand tetap diam kaku, sedikit pun tidak membalas kata-kata Cempaka.
​“You sedar tak yang you ni suami orang Armand, pemegang amanah dari tuhan dan keluarga isteri you. I tak tahu sama ada you masih cintakan dia atau tidak. But one thing for sure, she is still your wife and it is your responsibility to take care of her, to guide her, to make her be the greatest wife and greatest muslimah. Itu tanggungjawab you Armand. Mana boleh you abaikan tanggungjawab you macam tu saja. Ye, I mengaku yang I salah bila I jatuh cinta dengan Rais sewaktu I masih lagi menjadi kekasih you. Tapi you jangan lupa yang you juga bersalah dengan isteri you bila you jatuh cinta dengan I. Itu lagi besar dosanya Armand.”
​Cempaka diam seketika. Nafas ditarik dalam sebelum kembali menyambung bicara memandangkan Armand hanya diam tidak terkutik.
​“You, tugas seorang suami bukan hanya dengan memberi nafkah wang ringgit dan kasih sayang. Tugas seorang suami lebih dari itu Armand. Bimbing. Tugas suami adalah untuk membimbing isteri ke jalan yang di redhai Allah.” Armand tetap diam.
​“Armand...” Suara cuba dilembutkan agar Armand tidak terasa dengan kata-katanya. “Berkahwin dengan non muslim lebih besar tanggungjawabnya. Tak kisah lah dia peluk islam sebab memang berminat dengan agama kita atau semata-mata kerana ingin berkahwin dengan you. Apa yang penting sekarang, once dia dah convert and become your wife, it is your responsibility to teach her about our religion. It is your responsibility to guide her Armand. Tak takut ke bila tuhan persoalkan semuanya dekat sana nanti?”
​Mata Armand tunak memandang ke arah Cempaka. Namun bibirnya tetap tertutup rapat tanpa ada rasa untuk membalas kata-kata Cempaka.
​“I sayangkan you Armand. I sayangkan you as a friend. I tak nak you terbeban dengan semua ini dekat sana nanti. Please Armand, I’m begging you. Tolong bertanggungjawab ke atas isteri you. Please guide her to fall in love with our religion and don’t you ever left her alone. You pun tahu kan betapa besarnya pahala bila kita membawa seseorang itu memeluk agama kita. Lebih besar lagi pahalanya bila kita membimbing dia ke arah jalan yang benar, yang diredhai tuhan. You tak nak ke semua tu?”
​Tanpa kata Armand terus bangun dan berlalu meninnggalkan Cempaka. Terkaku Cempaka seketika. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah memandang belakang Armand yang semakin menghilang.
​Tangan naik meraup wajah. “What have you done Cempaka? Itu lah kau, bercakap tak ingat dunia. Mesti Armand marah dengan aku sekarang. Tapi kalau aku tak cakap macam tu sampai bila-bila pun Armand tak akan sedar. Arghhh...”
​“Cik okey ke?” Pelayang yang kebetulan lalu di sebelah mejanya menegur.
​Pantas Cempaka mengangguk dengan senyuman tanpa rasa. “Saya okey.” Jawabnya sebelum keluhan lemah dilepaskan. Tangan mencapai telefon di atas meja dan satu pesanan dihantar kepada Rais.

​To: Rais
​How I wish you were here. Balik cepat please.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment