DIRTY LITTLE SECRET ~ SHE IS BELL

*BACAAN DEWASA*
Saya buka kpd uols utk booking. Cetak utk yg booking dulu. HARGA BELUM CONFIRM. KALAU NAK SILA BAYAR BOOKING RM20.00 DULU. BAKI bayar selepas buku dah keluar. Harga sebuah tak sampai RM40. Anggaran tau. Bukan harga sebenar.
Booking dulu, nanti saya bagi nombor booking selepas buku dah masuk kilang. TQ

BOOKING RM20.00
BANKIN BAYARAN BUKU KE SALAH 1 ACC DIBAWAH:
CIMB 12170003733207
MAYBANK 512343655328
Norshahidah abdul wahap BUKTI BAYARAN sent ke..
atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

“Mulai esok, I tak nak you drive sendiri. Driver I boleh jemput dan hantar balik.” Suaranya tegas.
Ini dah berlebih ni. “I tak nak. Nanti apa orang kata.”
“Orang dah pun mengata. Dah lebih 44 orang pun. Dan you pun tahu, I paling suka orang mengata hubungan kita. I suka sangat.” Dah tentulah dia sengih. Tanpa rasa bersalah langsung.
Masalahnya, Shofie yang berdepan dengan orang ramai. Shofie yang tadah telinga mendengar gosip tak masuk akal tu.
“Tuan, takkanlah tuan tak faham situasi I ni. I ni dah jadi buah mulut orang. I tak bebas nak nak buat apa pun.” Shofie merungut. Wajah mendung terpaksa dipamer juga.
Sebolehnya, Shofie tak suka nak mengadu-domba. Itu dah dikira bermanja. Dan dia tak suka beri peluang kepada Aziem untuk beromantika.
Tiba-tiba pula wajah Tuan Aziem jadi kelat pula. Nadanya tersinggung dilontar. “Jadi buah mulut pasal hubungan kita yang you rimaskan. Kalau dengan Zarriq, takpe pula.”
Dan-dan, Shofie angkat muka. Dah tahu sangatlah. Balik-balik hal Zarriq tu juga yang diungkitnya.
“Kata tak jealous. Tuan sebenarnya jealous, kan?”
“Bila masa saya jealous. Taklah.” Kan dah kata, ego seorang Aziem tu tinggi menjulang.
“Jealouslah tu.” Shofie mencebik. Suka pula tengok muka yang panas kemerah-merahan tu. Tanda cemburu sedang membakar diri.
“I tak jealouslah!” Tinggi dan keras suara itu.
“Kalau betul tak jealous, takde masalahlah I nak tumpang Zarriq balik hari ni.” 
Seperti diduga, panahan mata Aziem membidik tajam. Setajam hujung tombak. Tanpa sepatah kata. Seraut wajah serius itu menggoncang hati Shofie.

Air liur tertelan serta-merta. Entah kenapa, perutnya terasa kecut mendadak. Hilang seri di wajah Shofie. Kepala ditundukkan.
“I tak jealous. Tapi I tak suka orang kaitan you dengan Zarriq. You hak I. Milik I.
“Bila masa…”
Aziem angkat jari telunjuk serta-merta. Terus mengunci mulut Shofie.
“I dah sentuh you. Takkan ada orang lain lagi boleh sentuh you.”
Shofie terkelu tiba-tiba. Rahsia itu diungkit lagi. Argh!

No comments:

Post a Comment