Dhiana ~ Ammara Ayyash

HARGA RM24.00 SEM / RM27.00 SS
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS

“Dhia nak bercerai!” Aku memintas dan suaraku dinaikkan sedikit. 
“Abang tak nak lepaskan Dhiana.” Wajah Nik berubah sedikit keruh. Dia cintakan Dhiana kerana Allah. Dia mahu ubah Dhiana ke arah yang lebih baik. Dia yakin, Dhiana bukan gadis yang berhati hitam selamanya.
“Dhia cuba untuk cintakan abang tapi Dhia tak boleh. Dhia tak boleh nak tipu hati Dhia sendiri apatah lagi tipu abang.”
“Abang tak minta Dhia tipu abang. Abang tak kisah Dhia tak luahkan cinta Dhia pada abang asalkan kita jalani hidup kita macam sebelum ni. But please jangan tinggalkan abang, Dhiana. If you know how much I love you.” Mata Nik Fatah sedikit merah dan aku tidak tegar memandang wajahnya.
Aku menarik nafas dalam-dalam cuba mengumpul kekuatan dan semangat. Wajahnya langsung tidak kupandang kerana aku takut andai kata aku kalah dengannya lagi.
“Keputusan Dhia muktamad, Dhia tak nak teruskan perkahwinan ni lagi,” kataku sedikit dingin kemudian terus baring membelakanginya dan menarik selimut menutup tubuhku.
Air mataku saat itu mengalir dengan deras. Nafas cuba ditahan daripada diketahui Nik bahawa aku sedang menderita dengan kata-kataku sendiri. Aku cuba mengelak daripada tubuhku terenjut dek menahan tangisan.
Nik memandang berat tubuh isterinya yang sedang berselubung itu. Perasaan yang sukar ditafsir sedang menjengah tingkap hatinya. Terluka dengan permintaan Dhiana, cecair yang ditahan tadi akhirnya gugur jua dari sepasang mata miliknya.
“Abang tak akan ceraikan, Dhia. Lillahi Taala, abang sayangkan Dhia. Abang tak sanggup nak berpisah dengan Dhia. Kalau abang...kalau ab...abang ada salah pada Dhia, maafkan abang. Kalau Dhia ada masalah apa-apa, ceritalah pada abang. Tapi sayang, tolong jangan tinggalkan abang.” Bergegar suara Nik Fatah menuturkan ayat tersebut.
“Pergilah bang.” Suaraku sedikit serak.
“Dhia mungkin tak pernah lafazkan, tapi abang tahu Dhia cintakan abang. Sayang, abang sanggup tunggu. Abang tak kisah berapa lama pun untuk dengar perkataan tu daripada Dhia. Tapi jangan sesekali minta perpisahan, Dhiana. Abang tak mampu.” Lenganku disentuh.
Aku memejamkan mata dan air mataku mengalir lagi.
“Abang tahu Dhia tak kisah. Tak apa, sayang tidur dulu rehatkan badan. Jangan fikir bukan-bukan okey,” pesan Nik Fatah cuba untuk berfikiran positif dan terus mengangkat punggung keluar dari bilik, cuba menenangkan fikirannya.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

No comments:

Post a Comment